Jumaat, 25 Oktober 2019

Doa yang baik-baik

Assalamualaikum semua..

Salam Jumaat yang penuh barakah. Moga hidup kita diberkati Allah SWT.

gambar kredit to google


Pernah tak korang rasa hidup ni tidak adil? Sapa pernah rasa sila angkat tangan. 😂 Mama rasa ramai yang pernah rasa macam ni kan...kan..tetapi Allah itu Maha Adil. Apa juga ketentuan yang berlaku adalah dengan izin-Nya jua. Jangan pernah kita menidakkan apa yang telah berlaku. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Hidup ini ibarat roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Bila kita berada di atas, jangan pulak kita lupa memandang ke bawah. Begitulah sebaliknya. Bila kita berada di atas, jangan lupa mendongak ke atas. Mencari kenikmatan dunia memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang bukan sahaja untuk dunia tetapi untuk membawa kita ke akhirat alam yang kekal abadi. Pernah mama mendengar pesan seorang ustaz, " Bila kita minta syurga, minta lah masuk ke Syurga Firdaus" ..sebab apa? sebab Syurga Firdaus adalah Syurga yang tertinggi. Allahu..betapa amalan kita juga bertingkat-tingkat. Ntah di mana tingkatnya? dan berada di mana tahap iman kita?

Hati yang selalu berbisik, itulah mainan syaitan. Bila kita mahu melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan, ada aje lintasan syaitan di dalam hati. Nauzubillah...Macamana kita hendak membersihkan hati? Ada masa, zikir kita dah buat, menjaga perkataan kita dah buat tetapi hati itu akan tetap berkata 😭😭😭

Ada masanya kita berperang dengan perasaan sendiri. Sedih, terluka, gembira, menangis dan bermacam emosi yang kita rasakan sehari-hari. Mungkin hari ini kita tetawa gembira, dan mungkin hari esok kita menangis. Lusa, tulat tak tahulah apa yang akan terjadi.

Ya Allah,
Aku berserah kepada Mu. Tetapkan imanku. Tempatkan aku di dalam Syurga Fisdaus Mu.

Walau banyak mana pun dosa yang telah aku lakukan, aku berharap agar Allah mengampunkan dosa-dosaku. Perliharalah ku Ya Allah, peliharalah anak-anakku & keturunanku. 

Aamiin.



Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan