Berhujung minggu lagi kita sebab ada tambahan cuti sempena Deepavali. Anak mama yang sulong pun telah berangkat ke Poli..tinggal lah kami berlima. Semalam petang sesaja lah bawak anak-anak beriadah di Taman Rekreasi Seksyen 7...dapat jugaklah buat 2 pusingan keliling tasik tu. Sesekali menjalankan aktiviti sihat di petang hari sambil mengeluarkan peluh. Dan apa yang mama lihat semasa di sana, kaum lelaki masih ada yang menggunakan seluar pendek untuk bersenam. Aduh...aurat yang paling senang mereka jaga tapi masih tidak dapat menutupinya. Malu rasanya. Melihat kepada kejadian itu, baru mama tersedar semasa kami menjalankan aktiviti kelab, ada seorang staf yang berpangkat pakcik ada menegur supaya orang lelaki menutup aurat dengan betul. 👀 At least ko pakailah seluar pendek yang menutupi sampai lututkan..tak de lah janggal sangat. Huhu. Kalau orang perempuan ni memang banyaklah nak kena jaga walaupun terkadang tu terselak jugaklah sana sini..aduhdu 😥 Moga kita semua terpelihara daripada godaan syaitan.
Disebabkan semalam dah kepenatan berjalan aka berlari, pagi ni terlajak pulak tidurnya. Pukul 615 pagi anak no 3 kejut suh solat.
Anak : Mama, mama solat ke cuti?
Mama : Solat…(jawab dalam keadaan mamai). Dah pukul berapa ni?
Anak : Pukul 615 pagi, Iman dah ambil wuduk tinggal nak solat je..
Mama : Ha..iyalah, mama bangun ni..(terasa letih sangat badan sebab dah lama tak exercise 😂😂)
Begitulah kehidupan. Ada masa kita terleka, ada masa kita lalai dengan hasutan dunia. Tapi Allah hadirkan seseorang untuk menegur kita. Seseorang itu kadangnya orang yang paling dekat dengan kita, dan seseorang itu adalah orang yang tak pernah kita sangka akan menegur kita. Bila Allah sayang, Allah hadirkan mereka kepada kita untuk menegur dan saling ingat mengingati. Kehidupan membuatkan mama berfikir, untuk apakah kita hidup di muka bumi ini? Hidup bukan untuk menunjuk siapa bagus dan siapa tidak. Hidup adalah untuk mencari kehidupan selepas kita dimatikan. Mama teringat sewaktu emak sangat-sangat inginkan anak-anak mengikuti program pengurusan jenazah di surau. Dan kebetulan mama diberikan peluang untuk menghadirkan diri dalam program tersebut. Beria-ia mak suh mama duduk dekat ngan model jenazah tu...hulurkan kain kapan dan tolong apa yang patut. Allahu 😠Tidakkah ko terasa disebalik kehendak dan keinginan seorang ibu? Huaaa...rasa nak nangis. Tingginya harapan mak agar suatu hari nanti aku dapat memandi dan mengkafankannya. Tapi adat di dunia, kita tidak tahu siapa yang akan pergi dulu meninggalkan dunia ini. Jika ini persediaan yang perlu aku hadapi, aku memang telah bersedia. Moga Allah memberikan ku kesempatan untuk melakukannya. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Pagi ini pula, mendengar ceramah seorang ustazah. Bila perginya seorang ibu atau bapa, akan ada anak soleh yang akan memandi dan mengkafankannya. Ya, apa yang aku pelajari...memandi dan mengkafankan jenazah tidak semua orang boleh lakukan. Walaupun itu fardu kifayah yang dituntut tetapi ada yang tidak sanggup dan belum bersedia. Aku berharap, aku tergolong di antara anak-anak soleh yang mendoakan ibu bapaku. Moga aku terus istiqomah dalam melakukan ibadah harian. Bantulah aku Ya Allah. Aku memerlukan kasih sayangMu. Jadikan aku hamba yang Kau kasihi dan ingatilah aku sebagai hamba Mu.
Bukan mudah untuk meletakkan tahap iman seseorang. Iman ada pasang surutnya. Semoga kita terus menerus mengejar Syurga Allah. Mengejar kehidupan yang kekal abadi di alam sana. Aku menulis bukan bermakna aku baik tetapi aku menulis sebagai ingatan buat diri sendiri, buat anak-anak dan buat mereka yang membaca. Moga coretan ini membawa manfaat kepada kita semua.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan