Khamis, 14 Mei 2020

Simpan sikit BAHAGIA itu...




Gambar dari wasap group


Ceriakan pagi Jumaat yang indah. Hari berlalu dengan begitu cepat sekali. Minggu depan dah nak raya...tapi feel raya tak de, camne? 😐



Kadang-kadang aku ni sejenis yang suka bergurau dengan anak-anak. Mama nak kawen boleh tak? Haha, soalan apakah ini...tapi jawapan dari anak-anak 'NO WAY' okey...eh eh eh...mama saje je tanya, bukan betul pun. 2-3 tahun lagi nak bermenantu ko...ingat mama nak buang tabiat ke apa…??? hahaha.



Aku lihat anak  yang sulong tu dah ada yang berkenan di hati. Yang no 2 tu, SPM pun tak lepas lagi, tapi dah ada pujaan hati. Haaa, tengok lah tu...selalu aku ingatkan pada anak-anak ini, simpan sikit BAHAGIA itu...BAHAGIA yang dikecapi usah di canang duhai anak. Kelak bila kecewa nanti, merana diri pula. Agaknya memang pesen budak-budak sekarang, semua nak di update di status. Eh, hello...jangan ingat mama tak tahu okey...mama ni perhati je 😎😎😎...kalau lebih-lebih memang kena sound setepek. Sporting, sporting jugak tapi ada batasnya.

Tapi, aku rasa apa yang jelasnya...jika hati bahagia...muka pun nampak muda belia...kahkahkah. Lantak lah apa orang nak kata. Hati yang bahagia akan ada mood dan persekitaran yang baik dan segala perlakuan akan baik-baik sahaja.

ok, tak de apa nak cerita...jumpa lagi, sayonara !!

Rezeki dari Allah SWT

Assalamualaikum semua…

Masuk fasa terakhir Ramadhan, melalui liku-liku kehidupan ini seperti biasa, walaupun norma kehidupan itu telah berubah, setidak-tidaknya life must go on. Hadap aje apa yang bakal berlaku. Selagi kita ada Allah, teruskan langkah menuju syurga impian.

Jangan tengok aku, tengok ayat kat belakang tu tau...haha
"Life is to short, enjoy it" 😎


Semalam aku update ayat-ayat indah ni dalam FB, sila amalkan...


Rezeki dari Allah SWT

Sambil tengok tv, sales masuk. 

Itu lah rezeki yang Allah beri & manusia adalah perantaraan-Nya...
Alhamdulillah 🥰

Janji Allah, andai kita bersyukur...
akan Dia tambahkan lagi…

Tips dia mudah je...
~ Bersangka baik sentiasa
~ Doa selalu untuk ibu bapa
~ Jangan lupa baca ayat kursi setiap pagi dan petang
~ Amalkan Zikrullah
~ Sedekah
~ Bersihkan hati
~ Doakan untuk orang lain
~ Baca Al-quran 

Moga kita semua menjadi insan terpilih di Syurga Firdausi
Aamiin Ya Rabb

Jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 3 Mei 2020

Rindu...

Assalamualaikum semua…


Masuk round yang kedua, 11 hari dah kita puasa. Aku...biasa lah, belum dapat lagi puasa penuh, ABC pulak…(Allah bagi cuti 😂😂😂). 



Korang pernah rasa tak...bila jauh kita rindu tapi bila dekat, buat tak tahu je...haha. Itu lah aku. Tak pandai dah nak bermain dengan perasaan. Anak-anak kata mama dah tua, eh! Musim-musim PKP ni, duduk di rumah, malas dah nak piker-piker peningkan kepala. Tapi kadang kala perasaan rindu tu datang secara tak sengaja. Firstly, mesti lah aku rindu kat mak abah. Dalam video call, abah asyik suh datang Bangsar...katanya kalo sorang boleh je lepas...haha, tapi aku takottttt. Nanti nak jawab apa ngan pak polisi. Aku ni dah lah sejenis yang tak pandai menipu 😓 kang tak pasal-pasal aku kena patah balik...huhu. 

Tapi yang lebih mengherankan aku..lately ni asyik teringatkan seseorang. Aku pun tak tahu, either dia ingatkan aku atau tidak. Sebab biasanya instinct aku ni kuat...haha. Tapi malaslah nak piker. Buat semak kepala je. Just follow aturan yang Allah dah tetapkan. Aku bukan nak kawen pun...nak berkawan je. Asalkan ada teman sembang, teman borak, ok dah tu. Nak masuk web Baituljannah risau pulak...haisshhh, macam-macam lah ko ni ayu.😇

Lagi satu, aku rindu nak tengok pantai...laut...kat situ aku dapat tenangkan fikiran walaupun sebentar cuma...hehe. Moga musibah covid 19 yang melanda negara kita segera pergi, dan dapat kita jalankan kehidupan seperti biasa. Otak dah tepu weyh duk kat rumah. Memang banyak aktiviti yang boleh di buat tapi tak sama bila kita dapat melihat alam ciptaan tuhan. Sejuk je mata memandang.

Lagi...aku rindu kat arwah suami. Hari-hari pandang muka arwah, terasa dia dekat di hati. Apa-apapun kehidupan harus diteruskan. 

Aku hidup hari ini kerana Allah dan aku mati juga kerana Allah. Moga Allah redha.

Ya Allah, jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku dalam golongan yang mendirikan solat. Perkenankan permintaanku. Aamiin…

Jumpa lagi, sayonara !!