Jumaat, 26 Mei 2017

Salam Ramadan 1438H

Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik...Ramadan tiba lagi. Syukur kita dipertemukan dengan Ramadan, bulan yang mulia. Alhamdulillah. Semoga kita semua dapat melalui bulan keberkatan ini dengan penuh barakah.


Gambar di ambil dari google


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Semoga perintah Allah untuk kita berpuasa di bulan Ramadan ini benar benar menjadikan kita orang yang bertaqwa. Aamiin. 

Al-Baqarah : 185

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)

Semoga Allah menyingkapkan rahsia nikmat Ramadan dan mengurniakan rezeki ilmu kefahaman sehingga memantapkan keimanan dan kekuatan amal soleh kita. Permudahkan ya Allah dan bantulah kami mendekatkan diri kepadaMu. Aamiin 

Selamat menyambut Ramadhan Kareem.

Jumaat, 19 Mei 2017

Hari Sukan SKTKU (SK Taman Klang Utama)

Assalamualaikum..

Memang kebizian sungguh2 lah mama ayu ni...tak sempat nak menulis pun + kemalasan melanda...huhu. Tapi disebabkan nak abadikan kenangan, gigih jugak lah untuk menulis walaupun x de sape nak baca...haha
Ari ni nak cite psl hari kejohanan sukan tahunan SKTKU yg ke-20. Mama ayu menetap kt Klang ni pun hampir 18 tahun, kira baru jugak lah sekolah ni beroperasi masa mama ayu tinggal di sini. Pilihan yang tepat untuk menetap di Klang sbb tempat keje mama ayu pun dekat jek...dalam 15 minit sampai opis dah (itu pun kalau x jem sbb traffic light banyak). Ok lah, x banyak mana pun gambar yg di ambil, sekada ada kenangan untuk anak2 di kemudian hari.


Minggu lepas punye cerita


Pemandangan dari khemah anak2 sukan


Sesampai je, mesti lah cari anak dulu kan...sbb dah tahu warna rumah sukan ape, so terus je tuju kat rumah kuning. Owh ye, ada jugak lah pelbagai jualan oleh para puru kat belakang khemah tu tapi mama ayu x tangkap gambar pulak...lupe kot nak amek picture
tp adalah jualan seperti nugget, kentang, nasi lemak, air milo, ais krim


Cikgu cikgi bizi uruskan budak2 sekolah ni...utk budak tahap 1 (darjah 1-3) jek ada acara sukaneka. Untuk tahap 2 (darjah 4-5) ada acara lumba lari/pass baton. Utk tahap 1, cikgu dah buat awal sebelum hari sukan sekolah


tengah tunggu giliran untuk acara seterusnya


Masuk 1 acara je pun, tp sebagai tanda sokongan, mama & ayah datang jugak tengok
hmmmm...kalau dak kembar tu, memang x de lah dlm gambar ni sbb tahun ni dorang tak masuk acara


Acara bawak bola pingpong guna sudu...ada lah 2 kali dak liyana terjatuhkan bola tu


Yeay...menang dapat no 2, tunggu giliran cikgu rumah sukan panggil nama untuk beri hadiah. Setiap orang dapat tupperware, jadi lah kan dari nan ado. Alhamdulillah


Ni gambar yang diberi oleh guru kelas yana melalui wasap group. Menang gak dia 2 acara, satu no 2 & no 3 - lari 100 meter berganti2. Tak sangka pulak mama ayu, dak liyana ni aktif jugak...ikut jejak mama ayu lah tu...hehe

Tu je pun nak cerita...jumpa lagi, sayonara !!

Selasa, 2 Mei 2017

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Klang 2017

Assalamualaikum semua..


Mood menulis dah mari....jom tengok apa yang mama ayu nk cite ari ni.
Kisah ari Sabtu lepas di SMK La Salle, Klang - telah berlangsung pertandingan kawad kaki peringkat daerah. Mama ayu & famili datang cn sebab dak awie masuk pertandingan ni, wakil dari SMKTKU. Sebab dia memang minat sangat & aktif kt sekolah, mama & ayah support jek dr belakang, asalkan anak2 tak buat perkara yg x mendatangkan faedah, sudah...kan hehe

Jom layan gambar


Gambar diambil oleh en suami....


Tengah tunggu giliran....masa ni mama ayu sampai pun dh dekat kul 11 pg, sib baik sekolah awie tak start lg...tp utk yg perempuan punya dh terlepas, x dptlah dak wany nk tgk kawan2 dia berkawad


geng-geng perempuan memberi sokongan kpd team lelaki


Masuk padang utk memulakan acara


Macam2 kreativiti yang dorang buat masa kawad tu + macam2 bentuk....memang menarik lah. Selepas team SMKTKU, ada 2 buah sekolah lagi yg menunjukkan bakat


Acara tamat dalam pukul 1pm, semua berbaris sbb tunggu tetamu VIP


Hampir i jam jugak lah menunggu...dlm kul 2 baru penyampaian hadiah bermula


Tada....hasilnya, team lelaki dapat no.3 , team perempuan juara tp x de pulak amek gambar hehe


semua tersenyum riang sebab dah menang !!


Inilah anak mama ayu no 2 , amacam...ada gaya abang bomba tak? hihi


Tamat sudah......sebelum balik meh amek gambar dengan mama & adik2...supporter ni

Alhamdulillah....berbaloi mama ayu tunggu sampai habis. Seronok rasa sebab dapat tengok anak2 membesar depan mata, dapat bagi support aktiviti anak2...moga semua anak2 mama ayu membesar menjadi anak yang soleh dan berbudi. In shaa Allah

Jumpa lagi...sayonara !!