Memang kebizian sungguh2 lah mama ayu ni...tak sempat nak menulis pun + kemalasan melanda...huhu. Tapi disebabkan nak abadikan kenangan, gigih jugak lah untuk menulis walaupun x de sape nak baca...haha
Ari ni nak cite psl hari kejohanan sukan tahunan SKTKU yg ke-20. Mama ayu menetap kt Klang ni pun hampir 18 tahun, kira baru jugak lah sekolah ni beroperasi masa mama ayu tinggal di sini. Pilihan yang tepat untuk menetap di Klang sbb tempat keje mama ayu pun dekat jek...dalam 15 minit sampai opis dah (itu pun kalau x jem sbb traffic light banyak). Ok lah, x banyak mana pun gambar yg di ambil, sekada ada kenangan untuk anak2 di kemudian hari.
Minggu lepas punye cerita
Pemandangan dari khemah anak2 sukan
Sesampai je, mesti lah cari anak dulu kan...sbb dah tahu warna rumah sukan ape, so terus je tuju kat rumah kuning. Owh ye, ada jugak lah pelbagai jualan oleh para puru kat belakang khemah tu tapi mama ayu x tangkap gambar pulak...lupe kot nak amek picture
tp adalah jualan seperti nugget, kentang, nasi lemak, air milo, ais krim
Cikgu cikgi bizi uruskan budak2 sekolah ni...utk budak tahap 1 (darjah 1-3) jek ada acara sukaneka. Untuk tahap 2 (darjah 4-5) ada acara lumba lari/pass baton. Utk tahap 1, cikgu dah buat awal sebelum hari sukan sekolah
tengah tunggu giliran untuk acara seterusnya
Masuk 1 acara je pun, tp sebagai tanda sokongan, mama & ayah datang jugak tengok
hmmmm...kalau dak kembar tu, memang x de lah dlm gambar ni sbb tahun ni dorang tak masuk acara
Acara bawak bola pingpong guna sudu...ada lah 2 kali dak liyana terjatuhkan bola tu
Yeay...menang dapat no 2, tunggu giliran cikgu rumah sukan panggil nama untuk beri hadiah. Setiap orang dapat tupperware, jadi lah kan dari nan ado. Alhamdulillah
Ni gambar yang diberi oleh guru kelas yana melalui wasap group. Menang gak dia 2 acara, satu no 2 & no 3 - lari 100 meter berganti2. Tak sangka pulak mama ayu, dak liyana ni aktif jugak...ikut jejak mama ayu lah tu...hehe
Tu je pun nak cerita...jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan