Mood menulis dah mari....jom tengok apa yang mama ayu nk cite ari ni.
Kisah ari Sabtu lepas di SMK La Salle, Klang - telah berlangsung pertandingan kawad kaki peringkat daerah. Mama ayu & famili datang cn sebab dak awie masuk pertandingan ni, wakil dari SMKTKU. Sebab dia memang minat sangat & aktif kt sekolah, mama & ayah support jek dr belakang, asalkan anak2 tak buat perkara yg x mendatangkan faedah, sudah...kan hehe
Jom layan gambar
Gambar diambil oleh en suami....
Tengah tunggu giliran....masa ni mama ayu sampai pun dh dekat kul 11 pg, sib baik sekolah awie tak start lg...tp utk yg perempuan punya dh terlepas, x dptlah dak wany nk tgk kawan2 dia berkawad
geng-geng perempuan memberi sokongan kpd team lelaki
Masuk padang utk memulakan acara
Macam2 kreativiti yang dorang buat masa kawad tu + macam2 bentuk....memang menarik lah. Selepas team SMKTKU, ada 2 buah sekolah lagi yg menunjukkan bakat
Acara tamat dalam pukul 1pm, semua berbaris sbb tunggu tetamu VIP
Hampir i jam jugak lah menunggu...dlm kul 2 baru penyampaian hadiah bermula
Tada....hasilnya, team lelaki dapat no.3 , team perempuan juara tp x de pulak amek gambar hehe
semua tersenyum riang sebab dah menang !!
Inilah anak mama ayu no 2 , amacam...ada gaya abang bomba tak? hihi
Tamat sudah......sebelum balik meh amek gambar dengan mama & adik2...supporter ni
Alhamdulillah....berbaloi mama ayu tunggu sampai habis. Seronok rasa sebab dapat tengok anak2 membesar depan mata, dapat bagi support aktiviti anak2...moga semua anak2 mama ayu membesar menjadi anak yang soleh dan berbudi. In shaa Allah
Jumpa lagi...sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan