Isnin, 1 Mei 2017

Cuti @ Pullman Putrajaya Lakeside

Assalamualaikum semua..


Mama ayu nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga Malaysia & selamat bercuti pada anak2 sekolah. Untungnya 1 Mei ni sebab anak sulong mama ayu lahir pada tarikh keramat ni, satu Malaysia cuti wei.


Gambar dpt dari group wasap


Sebab cuti 1 Mei ni jadi 3 hari, kitorang tak nak jalan jauh2...malas nak hadap jem so kita g dekat2 jek...ari Sabtu g tengok awie punye pertandingan kawad kaki peringkat daerah (nnt mama update yek), ari ahad kita ke Pullman Putrajaya Lakeside. Ni pun sebab dpt staf price  (TM) utk penginapan, semalam RM220 sahaja. Jom tengok apa yang menarik kat cn...


Sampai awal sbb nak tengok keliling kt resort ni


Menara jam kat tengah2...ada 4 blok kalau x silap dan setiap blok tu diberi nama bunga, jasmine, lutos - lg 2 tu x ingat pulak...hihi


Ruang santai aka ruang menunggu, rasanya di setiap blok ada ruangan santai utk lepak2


Tempat utama anak2 ni nak tgk dulu...kt cn ada 2 swimming pool, satu kt bawah (berhadapan dengan menara jam tu...) dan satu kt tkt 2 bahagian atas lobi, yg bestnye kt cn sbb boleh tgk picc, tu kt belakang tu...


Sesambil nunggu kt lobi tu, ada pulak badut bg belon kt budak2....nak patern apa, cakap jek...nnt badut ni buatkan mcm2 bentuk. Meh tangkap gambar sikit ye
Sementara nak menunggu utk check in, kami ke Taman Warisan Pertanian utk makan tengahari. Makanan yg pemes kt cn adalah nasi ayam, tp byk jek gerai2 yg jual masakan panas, roti john, nasi kukus, sate samuri pun ado...overall, mkn kt cn mmg puas hati lah. Harga sangat berpatutan. Tengah2 mkn tu, dpt call dari Pullman - bilik dh siap so lepas makan kitorang pun pergi ke sana balik


Dpt bilik superior - bilik yang luas sesuai utk kami sekeluarga. Dtg cn memang dh siap2 bawak toto utk anak2 tido


Bilik air....yg x syioknye sbb tak de pintu wei....cmne nk melepas ni...adoiii
Kalau berdua ok lah kot, ni bwk anak2...huhu


Ni memang win, kalau mak2 ni perkara yg paling suka tgk adalah iron...hehe
senang ko, x yah nak call2 soh dorg anto


Macam biasa, aktiviti petang dihabiskan dgn mandi kolam


Kt tkt 2 ni, dari jauh nampak dah bangunan2 tinggi kt putrajaya ni...& PICC jugak


Seronok anak2 mandi kolam


Dah mandi kolam, pas maghrib kami kt IOI City Mall, Putrajaya. Perjalanan ambil masa 15 minit dari hotel, sekejap jek dh sampai


Request dari birthday girl, nak makan Seoul Garden



Saje nak tunjuk gambar ni sbb warna air dia berubah mengikut warna lampu....keindahan malam di tengah tasik putrajaya


Ni gambar keesokkannya...mandi kt bawah pulak


Puas mandi kt bawah, nak mandi kt atas....sambung mandi lagi sampai kul 11


Pas check out, bawak anak2 menunjukkan bakat..


Semua take part...ni antara servis yang diberikan oleh pihak hotel. Customer service memang terbaik lah bagi mama ayu & en suami. 


Birthday girl, tahun ni nk amek SPM. Mama doakan anak mama, Nursyazwany berjaya dalam semua bidang yg diceburi. Semoga success dlm SPM yang akan datang. In shaa Allah, moga dipermudahkan urusanmu anakku.


Sebelum pulang, dapat belon lagi...seronok anak2 dapat jenjalan. 

Sekejap je masa berlalu, bulan ni Ramadhan akan bertamu lagi...Allahuakbar. Rindunya dengan Ramadhan. Semoga kita semua sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. Jumpa lagi ye...sayonara !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan