Jumaat, 4 Mei 2018

Pengalaman Interview di UITM Puncak Alam

Assalamualaikum semua..

Hari ni mama nak cite sikit pengalaman interview...tapi bukan mama lah yang kena interview. Anak mama, dak wany dapat panggilan temuduga di UITM Puncak Alam. Because of dia adalah anak pertama mama, banyak betul pengalaman yang mama dapat as a mother...hehe. Ok lah, berbalik pada tajuk entri kt atas ni, dak wany call mama kata dia dpt interview kt UITM Puncak Alam pada hari Sabtu 28/4...adududu. Banyak nya program mama hari tu. Tapi sebab anak kan, mama gagahkan jugaklah untuk arrange masa yang ada. Oh ye....kalau nak tahu dapat ke tak utk interview, boleh semak kt bawah ni...

Semakan panggilan temu duga permohonan UPUOnline bagi calon Lepasan SPM Sesi Akademik 2018/2019 boleh disemak mulai jam 12.00 tengahari, 23 April 2018 di URL seperti berikut:

1. UPSI  :     http://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/
2. UiTM  :     http://www.online.uitm.edu.my/
3. Politeknik Premier   :   http://www.politeknik.edu.my
4. UUM   :     http://www.uum.edu.my/kemasukan
5.    UPNM  :    http://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga

Sumber : Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi

Bukan semua subjek yg di pohon ke IPTA akan ada interview ye...hanya subjek-subjek tertentu sahaja. Disebabkan dak wany memilih program Diploma Rekaan Dalaman, memang kena interview. Korang nak tahu tak, masa isi borang UPU Online tu kan...tak tengok pun program yang ditawarkan tu ada yang kena panggil interview. Ni kes main redah je isi online...hahaha. Dan banyak-banyak program yg di isi, semua program Diploma Pengurusan Pelancongan yang dipilih. hmmm...tak tau lah kan dapat ke tak apa yg di pilih tu nanti. Tunggu je lah tarikh 23/5 nanti keputusan penuh kemasukan UPU. Harap-harap dapatlah apa yang dihajati oleh dak Wany nanti. In Shaa Allah.

Jauh melencong pulak kan...hihihi. Sehari sebelum sesi temuduga tu, kat mane ntah dak wany dapat soalan bocor. Dorang kena lukis macam gambar kat bawah ni..


 



Amekkaw gambar...hahaha. Mama pun layan je lah dak wany ni kan.  Malam tu praktis speaking pulak. Maklum lah kan...esok nanti dia tanya soalan, camno nak jawab..huhu. Habis semua blog orang dia google, nak baca pengalaman orang yg pernah interview ni. Macam-macam cerita dan macam-macam kisah. 😊


Proses isi borang & completekan dokumen yang diperlukan - mama suh dia isi borang sendiri & sediakan sendiri


Esok nya, seawal 8.00 pagi kami dah sampai. Dalam kereta, dak wany asyik tanya je...mama tahu ke tempatnya. Eh! Hello sikit ye..ni kawasan jajahan mama lah. Hahaha. Ini kali kami tak sesat pun, straight away sampai kat Fakulti Seni Bina. Semlm mama dah google dah jalan nak masuk kt sana. hehe




Aik, sempat lagi budak ni menulis...ntah apa yang tak siap tu...adoiii


Menunggu dan terus menunggu


Yes...akhirnya dapat no giliran...no. 30 - time ni mama kena tunggu 3 jam untuk settle ujian melukis dan interview. Ok lah, ni kira 3 jam pun sebab datang awal tau..kalau lewat sikit tu, ntah berapa jam nak tunggu. So moral of the story...sila lah datang awal huhu


Sesambil tunggu tu, mama & dak liyana isi perut dulu. lapar kot time ni


Gambar ni di ambil ada sebabnya. Sebabnya adalah...korang tengok lah barisan yang panjang kat belakang tu...semua tengah beratur nak beli makana. Mama pun nasib baiklah awal jugak kan...dah selamat makan pun. Tapi yang tak patutnya, ada 1 kedai je bukak time ni...dah kul 9 kot. Mana tak panjangnya beratur. Sempat lagi mama interview budak yang jaga makanan tu. Orang dah lah ramai, tapi dia sorang je buat keje..mana nak siapkan makanan lagi, nak jadi cashier lagi..kesian tau. Tapi kesian lagi orang yang beratur ni. Sepatutnya pihak UITM dah maklumkan kepada peniaga, bahawasanya hari ini ada sesi interview bagi pelajar baru. Patut semua stall tu kena bukak...barulah mak bapak ni ada pilihan nak makan apa. Lama kot kena tunggu anak nak siap interview...

Haaa...kan dah membebel hihi


Jenjalan melihat kawasan...


Peneman setia mama...

Dalam kul 11, dak wany call..katanya kejap lagi ada IV. Mama kata its ok, amek lah banyak mana masa pun...mama boleh tunggu. Tak sampai kul 11.15 am, dah siap interview. Kejap nya....

Dalam kereta :

Mama : Macamana interview?
Wany : Ok lah
Mama : Ok je..
Wany : Alaaa mama, dia tak tanya banyak pun...
Mama : Haa !!
Wany : Dia tengok resume wany, pastu dia tengok sijil kematian ayah. Pastu dia tanya..ayah awak dah meninggal dunia. Owh..masa awak ambil SPM ye...muda lagi ayah awak ni...sakit apa..wany jawablah sakit jantung. Eh, kat Johor? Owh..sebab bapa saya outstation kat sana. Saya tinggal di Klang. hmmm...ok lah dah abis.. Haa!! betul ke tuan. A ah...dah abis, tak boleh lama-lama, ada dekat 500 orang nak kena interview ni...hehe. ooo yeke, terima kasih, terima kasih
Mama : ok lah tu, wany tak kena tanya banyak
Wany : ye lah, tapi kurang lah cabaran mama, wany tengok orang lain siap speaking lagi, pastu lama nak kena jawab
Mama : tak pe lah...dah selesai pun, kalau ada rezeki, ada lah, in shaa Allah

End.

Kesimpulan yang mama dapat, bila dapat temuduga ni, banyakkan berdoa agar kita dapat penemuduga yang sempoi & tak tanya banyak soalan...haha. Semuanya kira nasib lah kan. Sekali ko dapat interviewer yang banyak tanya, abis lah ko nak...

Sampai cn lah dulu...jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 2 Mei 2018

Pertandingan Kawad Kaki daerah Klang

Assalamualaikum semua

Mood menulis sudah tiba...semuanya trowbek je lah ye. Kejadian hari sabtu lepas 27/4/2018. Penuh dengan event dari pagi membawa ke malam. Mama cite satu-satulah ye...
Usai selesai menguruskan sesi interview dak wany, mama bergegas ke SMK (P) Raja Zarina, Pelabuhan Klang. Masa ni dalam kul 12 tghari...sib baik dak awie belum berkawad lagi. Sempat lah mama memberikan sokongan moral kepadanya dan team kawad kaki SMKTKU.
Sesampai je kat depan sekolah, dapat pulak parking depan pintu pagar...tak de lah nak berjalan jauh kan...dah le panas lit lit tengahari tu..

Moh layan gambar..


Anak bujangku...oh abang bomba kata ucu nya..hehe


Kita amek gambar candid pulak...ntah apa yang dorang tengok tu


Bacaan doa sebelum memulakan kawab kaki, fisrt time mama tengok ada dua orang budak cina dalam team ni...


Sebelum masuk padang....kata-kata semangat dari coach dorang


Bersedia menunggu giliran...good luck anak2


Segak betul adik-adik bomba SMKTKU, semangat berpasukan yang tinggi







Macam-macam gaya ada...apa-apa pun, mama as penonton sangat berpuashati dengan persembahan dorang ni...memang terbaik, ada harapan utk menang


The team - Kadet Bomba SMKTKU
Banyak muka baru dalam ni, tahun depan ntah ada lagi ke idak...kita tunggu


Alhamdulillah...segala penat lelah terbalas jua. Mereka JUARA !!
Tak sia-sia lah dorang ni hari-hari berlatih. Sampai dak wany kata, "wei awie, ko ni tak penat ke..hari-hari balik lambat buat latihan". Mama kata pulak.."sekolah dia kan the best dalam daerah, mesti lah kena berlatih hari-hari. Practice makes perfects ok..."

Memang nampak kesungguhan mereka...they deserve it...No 1 utk kadet lelaki & No 
3 untuk kadet perempuan. TAHNIAH !!

 Jumpa lagi...sayonara

Birthdaynya jatuh pada Hari Pekerja !!

Assalamualaikum semua.

Lamanya mama ayu tak bersiaran. Ini semua sebab faktor-faktor kebizian yang terlampau sangat & penyakit M yang melanda...MALAS hahaha

Sebenarnya ada je benda nak cerita tapi sebab faktor kat atas ni...hari ni mama amek mood jugak nak update blog, kang bersawang pulak jadinya...Dikesempatan ini, mama mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua dan SELAMAT BERCUTI kepada anak-anak. Disebabkan jugak hari ini, 1 Mei merupakan hari lahir dak wany, mama ucapkan
"Selamat Hari Lahir Nursyazwany Binti Syahrul Azwan...mama doakan wany berjaya di dunia & akhirat, selamat mengejar cita-cita." Diam tak diam dah 18 tahun dah anak mama ni. Walaupun ayah tiada di sisi, mama akan cuba yang terbaik untuk mendidik kalian, anak-anak mama semua. Doa mama sentiasa mengiringi kalian dalam hidupku.

Oleh kerana hari ini, hari jadinya...mama ikutkan aje lah apa yang dia mintak. Bukan selalu kan...so ke Seoul Garden lah kami tuju. Kali ini mama bawak anak-anak ke tempat yang tak pernah dorang pergi. Dekat je pun...makan kat Paradigma Mall PJ. Moh le layan gambar..


Kek ni harga dia RM10 jek, kalau tak harga dia RM30 ....memang sedap. Kalau tempah awal, dapatlah free sebab Seoul Garden tengah buat promosi. Dan sebab hari ini hari jadi wany, dia dapat makan free lah ari ni - khas untuk birthday celebration. Siap orang SG tu nyanyikan lagu utk wany...hehe


Potong kek....tak habis pun keknya sbb dah kenyang sangat...sib baik boleh tapau



Me & anak manja kededek 😃


Birthday girl


3 teruna....yang sorang dah boleh imam kan mama. Alhamdulillah. Tunggu dak kembar pulak.

Ya Allah Ya Tuhanku
Jadikan anak-anakku penyejuk mata dan hati
Kau tetapkan iman di hati meraka
Berikan mereka petunjuk ke jalan yang diredhaiMU
Lindungilah anak-anakku
Sayangi mereka dan Kau kasihilah mereka
Mereka anak-anak yang dahagakan perhatianMu 
Yang dahagakan Kasih SayangMU
Ya Allah
Hanya kepadaMu aku bergantung harap
Jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku
Golongan yang tetap mendirikan solat
Ya Allah
Perkenankanlah permintaan hamba Mu ini
Aaminn...Ya Raab