Rabu, 14 Oktober 2015

Hello Mr Perfect

TERJEBAK....




Hahahaha...amik ko
Balik keje je layan cite ni....best gak bila dah tengok lama-lama...konon-konon tak nak tengok lah kan....slot akasia ni ditayangkan selepas cerita Mencintaimu...cite Mencintaimu ni memang best giler lah...especially nak tengok pelakonnya...

So, disebabkan tak tau nak tengok cite ape yang best...terlayanlah jugak cite Hello Mr Perfect ni....hehe, boleh tahan jugaklah kan...layankan aje

Sinopsis cerita drama Hello Mr Perfect mengisahkan pasangan Arif Fikri dan Ainul yang merancang untuk berkahwin. Namun perkahwinan terhalang kerana mengikut adat keturunan keluarga, Arif Fikri tidak boleh langkah bendul selagi abang sulungya Izzul Islam belum berkahwin. Arif Fikri terpaksa mencari jodoh untuk abang sulungnya dan memberi imbuhan RM500 ribu bagi mana-mana wanita yang dapat memikat hati abangnya. Izzul yang kacak dan tinggi agak cerewet orangnya dan memerlukan pasangan sempurna sepertinya. Tambahan pula keluarga Ainul memberi tempoh 6 bulan kepada Arif Fikri untuk melangsungkan perkahwinan dengan anak perempuan mereka. Ketika buntu mencari jodoh buat abangnya dalam masa terdekat, muncul Alya Adriana sahabat baik Ainul yang berada di dalam kesusahan diburu along kerana hutang ayahnya. Oleh kerana terdesak, Alya Adriana menerima tawaran RM 500 ribu sekiranya dapat berkahwin dengan Izzul. Mampukah Alya Adriana memikat hati Izzul yang penuh dengan ego dan mencari kesempurnaan itu? Dapatkan Alya bertahan dengan perangai dan sikap Izzul?

Jeng jeng jeng....saksikan sendiri lah ye...mama ayu pun tak sabar nak tengok pengakhiran cite ni.

Jumpa lagi...sayonara !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan