Nak cerita sikit kenangan mama ayu & en suami ke Jakarta, Indonesia pada tahun lepas...tujuan utama nak ke Bandung tetapi disebabkan penerbangan MAS tak ade ke Bandung, jadinya kami pun turun di Jakarta dan di ambil oleh travel agent kami terus ke Bandung. Perjalanan ke Bandung mengambil masa hampir 2 jam disebabkan kesesakan lalulintas di Bandaraya Jakarta. Masa ni kami guna perkhidmatan agen MasFlyz - sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Mana taknya...kami dilayan seperti orang kaya sepanjang percutian di sana. Oleh kerana pertama kali mama ayu ke sana, kami decide untuk mengambil pakej percutian...maklumlah kan, tempat orang...kang jalan-jalan sendiri sesat pulak...baiklah ambil pakej sekali dengan supirnya...hehe
ok, nak cerita banyak-banyak memang tak dapatlah...masa ni memang tak rasa pun nak berblogging kan...gambar semua dah di upload ke dalam fb...tinggal gambar-gambar yang ni je sebab kami guna khidmat photographer kat sane...layankan aje lah ye..
Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Indonesia dan antara tempat-tempat yang sempat kami tujui ialah Taman Mini Indonesia, Menara Monas, Tangkuban Perahu, Kek Lapis Kartika Sari...banyak lagilah sepanjang 4 hari 3 malam kami di sana...tak ingat sudah..huhu tp mama ayu memang rekemen lah kalau nak jenjalan di Jakarta/Bandung, Indonesia. Mama ayu bagi 5 bintang
Jumpa lagi...sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan