Isnin, 11 April 2016

Ronda-ronda hujung minggu

Assalamualaikum uolls...

Cerita aktiviti hujung minggu mama ayu. Sebab ari ahad tak de kelas, dalam kepala ni dah set dah nak buat apa & nak pergi mana. Pepagi hari lagi dah kejutkan anak-anak, nak bersarapan di AEON Mall Shah Alam....sambil-sambil dapat jugak cuci mata kan. Sambil jalan-jalan tu, kite cari present untuk anak buah yang baru lahir. Pas ni ke Puchong pulak melawat adik mama ayu yang telah selamat melahirkan baby lelaki.


Muka excited sebab dapat jenjalan. Bukan senang kan mama ayu nak cuti...huhu
seawal pukul 10.00 pagi dah tercangok kat dalam mall ni. Ingatkan kami je yang datang awal sebab taknak sesak-sesak cari parking, rupe-rupenye....orang lain pun sama, wakaka


Kat aeon ni musim bunga rasanya...banyak betul bunga sakura di setiap ruang rehat...sambil jalan, kite amik gambar...anak-anak ni bila dah besar susah sikit nak di ajak bergambar




Sesambil tunggu lif tu sempat lagi nak bergambar ko....mana ade ruang je yang nampak cantik, mama ayu suh en suami @ wany amik pic...hahaha


Pagi ni kami bersarapan di food court arena, banyak betul pilihan makanan...sediakan ongkosnye sahaja. Memula tu ingatkan nak makan kat seoul garden tapi sebab lambat sangat bukaknye, kite makan kat sini je lah


Stall-stall makanan yang di ambil dari tempat dudukku. Masakan kat sini, ok lah...sedap gak. Harga boleh tahan jugak, cumanya kedudukan meja makan & kerusi tu rasanya dekat-dekat dan kalau duduk dari tempat mama ayu ni, confirm-confirm nak g beli makanan susah nak jalan...lebih-lebih lagi kalau ramai orang kan


Perut pun dah kenyang....kite tawaf satu bangunan...jenguk-jenguk apa yang ada kat sini. Pantang nampak tempat cantik je..harus amik gambar kenangan.
Ini kekononnye musim salji yek...memang sejuk kat sini tau


Macam nilah dak kembar tu, ntah ape je yang dorang rebutkan...hmmmm


ok steady semua, meh amik gambar kat celah patung-patung jepun ni.
Kalau korang nak tau, aeon ni berkonsepkan style jepun gak rasanya...banyak makanan jepun boleh didapati di sini dan setiap tingkat ada surau tau. Bab kebersihan tu memang tip top lah...lagi pun mall baru kan, suasana pun best jugak...


Penat berjalan, kite lepak dulu kat tempat duduk yang disediakan...tengok kat belakang tu, ramai nau orang nak keluarkan duit kan...banyak tul duit rakyat malaysia ni...hehe


Selesai tawaf di aeon mall shah alam, ke Puchong pulak kite. Nak tengok baby iman. Dak wany bagi susu kat baby iman. Kecik-kecik dah pandai guna susu botol, senang ibunye nak kerja nanti


Persinggahan terakhir di rumah adik ipar yang baru berpindah di Rawang. Sesambil berkumpul, diadakan bacaan yaasin dan doa. Anak-anak pulak mandi kolam kat bawah. Rumah adik ipar ni ada pool jugak...tu lah motif utama bebudak ni kalau datang sini. Sesambil mak pak berkumpul, dorang ada aktiviti mandi kolam.

Selesai program hari ini. Tak tau lah bila pulak dapat berkumpul macam ni lagi kan...seronok dapat jumpa semua.  Next time kite chating2 & gosip2 k..

Bye, sayonara !!

Jumaat, 8 April 2016

17 tahun aniversary

Assalamualaikum uolss.


Syukur ke hadrat ilahi, hari ini 9/4/2016 - genap umur perkahwinan mama ayu bersama en suami selama 17 tahun. Satu tempoh masa yang lama dan diharapkan akan berlanjutan sehingga hujung nyawa. ecece. Alhamdulillah di atas nikmat Allah yang tidak terhingga ini kerana mengurniakan mama ayu seorang suami yang sangat-sangat memahami diri ini. Bergaduh kecik-kecik tu, biasalah kan. Adat berumahtangga. I love u abang Syahrul Azwan bin Ismail. 



Gambar semasa akad nikah. Pernikahan kami diadakan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar selepas solat Jumaat. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.



Selepas nikah, biasalah kan...upacara batal air sembahyang nama diberi...hihi


Hantaran dari pihak lelaki dan perempuan. Yang atas warna biru tu, dari mama ayu kepada en suami dan yang warna kuning tu dari en suami kepada mama ayu. Hantaran ni semua hasil tangan makcik-makcik & mama ayu sendiri (yg warna biru tu jek). Amacam, cantik tak? Kalau korang nak tempah boleh je roger2 mama ayu ek...hehe


Persandingan malam berinai nama diberi. Kami pilih warna merah untuk pakaian malam & warna biru untuk siangnya.


Lentuk-lentuk lah haii....ni semua photographer punye pasal...hahaha


Yes, hari bahagiaku tiba jua di waktu aku berumur 21 tahun. Kawen muda ko. Moga kehidupan berumahtangga kami bahagia sehingga ke hujung nyawa. Semua ini pinjaman Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Satu masa, pasti akan di ambil kembali.


Me & my en suami...i like this capture


Yang sebelah mama ayu tu, yang jadi pengapit tu, zaleha...kami berkawan sejak dari sekolah menengah lagi..tinggal di kejiranan yang sama dan blok yang sama gak. Sekarang dah kawen dan ada anak 4 rasanya. yang sebelah en suami tu kawan baiknya sewaktu bekerja lagi. tak pasti pulak dah berapa tahun kenal tapi lama jugaklah dorang bersahabat.


Acara memotong kek.


Antara kawan-kawan sekolah yang hadir semasa majlis persandingan mama ayu. Korang memang terbaik ar. Dari kiri - rozana, norzie,liza,norli,kanmani,sue,gee, ina & vimala. Berdiri dibelakang - meng siong,david,shahroni.sani, zaleha,zakiah & zizah.

Masa ni, member-member politeknik tak dapat hadir sebab hari graduation di Politeknik Kota Bharu. Huaaa...tak dapat nak grade dengan dorang semua, so tak de lah kenang-kenangan semasa mama ayu amik sijil di politeknik. Apa-apapun, kawen lagi penting kan...hahaha, gembira dalan sedih...sedih ke? ngeee

Ok lah..sampai sini jek tau, nanti kita sambung lagi...bye

Sayonara !!

Selasa, 5 April 2016

Homemade Sardin

Assalamualaikum & selamat pagi uolls..

Aku tanye ape khabar? Apa khabar semua..hihi

Harapnye korang semua sihat hendaknya. Semoga kita semua di bawah lindungan Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Terima kasih mama ayu ucapkan kepada korang semua kerana sudi jenguk-jenguk blog mama ayu ni....hehe, ramai silent reader rupanye.

Malam tadi punye cerita, gigih ko balik keje nak masak sardin. Sebelum ni tunjuk-tunjuk je sardin dalam tin kat pasaraya nun, tapi sebab nak rasa sardin yang fresh punye, gigihlah mama ayu kelentang kelentung kat dapur memasak. Apa de hal kan, mr noxxa kan ado. Main campak-campak pun sodap...haha

Kite tengok cara-cara nak masak sardin guna mr noxxa pc ni...


Bahan-bahannya : ikan sardin (yang ni of course lah main die kan...), 3 ulas bawang putih dihiris halus, 1 ulas bawang besar dipotong dadu, 1 biji tomato dipotong dadu gak, tomato puri dalam tin ( mama ayu guna jenama duChef ) + kalau korang nak pedas sikit boleh lah tambah cili giling sikit ye..


Masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau nye..semerbak rumah mama ayu bau bawang, wangi ko. Lupe lak nak bagitau, tekan stir-fry pada mr noxxa tu untuk menumis yek.


Dah garing sikit bawang2 tu, masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi. Bolehlah kalau nak tambah cili giling untuk di tambah kepedasan sebab tomato puri ni memang tak pedas pun...hehe


Dah mesra semua bahan-bahan tu, bolehlah masukkan tomato puri. kemudian masukkan ikan sardin tadi. 


Tutup piuk mr noxxa tu, halakan tombol atas ke "pressure" dan tekan panel "high pressure" selama 60 minit ye...masa ni mama ayu try an error, letak 30min tapi tulang ikan tak berapa empuk, so...better letak 60 min - just nice die punye rasa


Sampai masa untuk buka tutup piuk mr noxxa...hmmm harum semerbak sardin ni, masa ni boleh lah nak tambah sedikit garam, asam keping dan hirisan bawang sebagai pelangkap masakan sardin ni. Nak bubuh buah tomato pun boleh gak...


Tadaa...the hasil masakan untuk malam ini, yummyy


Sebab malam tadi masak lebih, pagi ni mama ayu buat nasi goreng & sandwich untuk anak-anak sarapan sebelum ke sekolah


Sempat tengok tv ko, sambil sarapan nengok tv bebudak ni...jap g nak g sekolah pulak. Anak-anak mama ayu ni, kalau nengok tv memang khusyuk...kalaulah dorang leh focus time baca buku cam ni, garenti dapat A kan...hahaha

Ok lah...sekian sahaja cerita untuk hari ini. Senang2 kita cerita lagi. So sesape nak dapatkan mr noxxa ni, pm/wa mama ayu @ 0133424800

Bye...sayonara !!

Ahad, 3 April 2016

Popcorn Noxxa

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Pepagi lagi mama ayu dah update blog...mood menulis dah mari, hehe
Hari ini mama ayu nak cerita pasal piuk noxxa lagi. Sejak-sejak ada noxxa ni, macam-macam nak dicuba masak. Semalam en suami request nak makan popcorn buatan tangan isteri tercinta...muahaha, sila jeles hehe. Gigih lah en suami bawak ke Giant Supermarket sebab nak cari jagung popcorn. Jagung popcorn ni bukan semua tempat ada yek, so kena pandai-pandai carik. Kalau nak mudah, kat supermarket besar memang ada jual..senang nak cari. Kalau nak masak ni kena lah try and error kan...first time tau mama ayu buat popcorn.

So, kat sini mama ayu terangkan satu persatu cara nak buat popcorn.


Bahan-bahan yang diperlukan : margerin/planta, berteh jagung (yang ada tulis popcorn tau, kalau salah pilih, tak kembang pulak nanti..huhu) dan gula perang


Margerin/planta dipanaskan sehingga cair. Kat piuk noxxa tu tekan stir fry ye, then bila kita 'on' kan, butter akan cair dan ratakan ke selurus permukaan. Oh ye, masa guna mood "stir fry" tu, tak perlulah nak tutup piuk - biarkan tutup terbuka


Once marjerin/planta dah cair, masukkan berteh jagung popcorn & gaul sebati


Tutup tudung piuk noxxa, halakan tombol atas kepada "high pressure" dan panel pun tekan kepada "high pressure" jugak selama 2 minit. Masa ni akan dengar percikan jagung popcorn sebab masa untuk ia mengembang sudah tiba...haha
Bila dan off tu, halakan tombol untuk keluarkan wap dan bolehlah dikeluarkan popcorn yang telah mengembang tadi


tadaaa....hasil pocorn yang terbentuk, ni belum letak gula lagi ye sebab tu lah warnanya putih, suci bersih - anak-anak sesaje try makan yang ni, memang rangup rasanya


ok, masa untuk meletakkan manisan ke atas popcorn tadi. Pergi mood "stir fry" dan masukkan 1 cawan gula perang, biarkan sehingga gula perang itu mencair. Selepas gula perang cair, bolehlah dimasukkan popcorn tadi dan di gaul sebati


Ini betul-betul hasil yang diperolehi, amacam korang ? senang kan nak buat popcorn ni. Tak sampai 5 minit dah siap semua. Sambil makan popcorn tu, kami sekeluarga tengok cerita Starwars: The Force Awakens @ astrobest. Fefiling macam tengok wayang pulak...ahaks

Sesapa yang nak beli piuk #noxxa ni boleh pm/wa mama ayu @ 0133424800. Dapatkan segera untuk harga yang istimewa. 

Note kecil : pas ni nak cuba buat homemade sardin pulak..tungguuuu

Bye, sayonara !!