Khamis, 19 Mei 2016

Random Post

Assalamualaikum & Selamat Pagi 

Bila mood menulis dah mari, macam-macam nak diceritakan. Jenguk-jenguk dalam gobok hp, ada gambar yang tak ber update. Moh le kite layan

Jumaat lepas, NMO Central buat perlawanan bowling di Setia City Mall Shah Alam. Mama ayu terpilih mewakili team Selangor Barat (SB). Itu pun sebab diwajubkan satu group tu ada sorang bunga...hehe, kalau tidak tak de maknaye lah mama ayu nk masuk kan. Disebabkan perlawanan dibuat pada hari Jumaat malam, sehari sebelum tu dah siap booking tiket untuk en suami & anak-anak lelaki tengok wayang. Kang dok tunggu mama main bowling, ntah pukul berapa pulak abisnye....

Peace yo...sebelum main kena amik gambar dulu, dak kecik liyana ni mesti ada menemani mamanya ke mane jua...hehe


Bersama kakak seopis tapi lain bangunan...macamne tu ek 


Team NMO Selangor Barat, bersama pengurus & lain-lain, ada yang mama ayu tak kenal pun dorang-dorang ni..janji main lah


Free style...yang penting sporting kan


Kejadian esoknye, dalam ramai2 anak, dak kecik ni yang rajin menolong mamanya di dapur. Semua nak dibuatnye. Mama ayu bagi je kalau anak2 nak tolong kan, praktis dari kecik lagi. Kalau dak kembar tu, suh basuh pinggan pun leh diharap. 


Tak sampai 10 minit, terhasillah mee curry in the house. Inilah favourite kami sekeluarga. Kalau tak nak makan nasik, buat mee kari...makan sampai malam huhu


Bersusun mangkuk bebudak ni buat, mangkuk pink untuk ggirl, hijau & biru tu untuk lelaki - senang nak makan katanye 


Kejadian lepas seminggu, sebelum ke utm...sempat mama ayu masak untuk anak-anak untuk makan tengahari.


Yang ni pulak kejadian kelmarin, ber shellout kita kt opis ni. Semua kat atas tu RM100 siap delivery add RM10. Kongsilah kami berenam. Ini pun sebab member bangunan sebelah ajak join. Dorang tak nak makan nasik, nak ber shell out pulak. Layankan aje lah tekak deme-deme ni.

ok lah, minggu ni en suami pulang ke rumah...hehe. Sejak-sejak PJJ dengan en suami ni kan, huru hara sikit hidup dibuatnya. Melayan kerenah anak-anak tanpa suami disisi. ecece...
Tapi sekali sekala rindu bertamu ye dak...hihihi

Jumpa lagi, sayonara !!

Selasa, 17 Mei 2016

Demo Periuk Noxxa

Assalamualaikum

Bersua lagi hari ini..mama ayu nak cerita sikit kejadian hari jumaat lepas. Amik cuti semata-mata nak demo piuk #noxxapressurecooker...dah namanya bisnes part time kan, kena lah amik cuti ye dak...

Pagi jumaat tu siap sedia membeli barangan untuk didemokan tengahari nanti di Wisma TM Shah Alam. Ada sorang downline mama ayu kerja kat situ, dia ajak member kutu tengok macamane nak mengendalikan piuk noxxa ni...ecece


Sebelum memulakan acara, wajib lah diberitahu segala fungsi piuk ajaib noxxa ni - setiap button tu ada fungsinye, nak masak ape utk button ape. Biasanya yang selalu orang guna button stir-fri utk menumis/menggoreng, high pressure untuk cepatkan memasak ( kalau rebus daging tak sampai 30 minit ok ) & steam untuk buat kek/masak bihun dan macam-macam lagilah...


Semua khusyuk mendengar penerangan dari cikgu ayu...miahahahah


Menu hari ini - nasi arab in the opis..hehe


Sesambil masak nasi arab, kita buat coklat kek. Inilah bisnes partner mama ayu, orang TM gak tapi keje kat Shah Alam, so orang Shah Alam boleh roger-roger lah kalau nak beli produk Amway kat bisnes partner mama ayu ni


Tak sampai 7 minit, nasi arab siap. Sangat mudah dan cepat, tekstur nasi pun cantik je..hmmm yummy


Sesi masak-memasak sedang berlangsung


Ayam masak merah ni mama ayu buat dari rumah. Saje je masak sebab ada masa kan...lagipun menjamu orang makan kan dapat pahala, alhamdulillah rezeki di kongsi bersama


Menu of the day, kek coklat tengah masak dalam piuk tu


Sesambil tunggu kek masak, kita makan dulu sambil gosip-gosip..hehe


Nice kek...cantik gebu je kan, so ape lagi...berminat dapatkan piuk noxxa ni, jangan malu jangan segan, pm/wa mama ayu @ 0133424800

Jumpa lagi di lain siaran...sayonara !!

Isnin, 16 Mei 2016

Celebrate Birthday Wany - 1st Mei 2016

Assalamualaikum semua.

Bila mood menulis dah mari...macam-macam nak diceritakan
Ni kisah kami pada 1st Mei yang lalu, throwback sambutan hari jadi Wany. Pada awalnya kami nak ke Melaka tetapi planning tak menjadi dek kerana jalan jem + tak book hotel (ni kes buat kerja last minit plus hati sentap dek krn tak dapat pergi Family Day anjuran opis.

Oklah, tak nak moody-moody..mood holiday on
Disebabkan hari lahir wany jatuh pada Hari Buruh/Pekerja, alamatnye semua orang cuti lah kan...jem sana sini kalau keluar dari KL ni, maka ke Putrajaya lah kita..hehe


Maman @ Seoul Garden IOI Mall Putrajaya - first time makan kat sini, variety yang banyak especially shushi dia...mak aiii marvelous ko, anak-anak 5-6 kali tambah...haha


Makanan wajib kat sini, daging dia memang sedaap giler lah. Cara perap yang hmmm...super sedap, bertambah-tambah kitorang makan


Tu dia...sorang pengemar udang & the twin pengemar shushi. Balance kan kalau makan kat sini, berbaloi-baloi - semua dapat makan. Kalau bawak anak yang no-2 ni, memang tak rugilah..dia punye makan udang, amek kau...mama ayu rasa adalah nak dekat 2 kilo kot


The ggirls...team Malaysia...dak wany ni kalau nampak makanan memang tak ingat dunia..macam-macam gaya dia buat ko nak...huhu


Lepas makan, kita ronda-ronda dalam IOI Putrajaya. Dah masuk pukul 2, sesaja google kat agoda.com tapi hotel disekitar dah full book. Last sekali cuba nasib kat Palm Garden Hotel, kita walk in terus.


Dah sampai Palm Garden Hotel IOI Resort 


Alhamdulillah, cuba nasib akhirnya ada gak 1 bilik yang masih kosong. Lupa lak masa waktu ni ada Pameran Buku di MAEPS Serdang, sebab tu lah hotel kat area ni full booking. Ni rezeki birthday girl lah ni dapat menginap kat sini


Ruang yang agak besar untuk keluarga besar mama ayu, ni bahagian bilik. Dah tentulah mama ayu, en suami & liyana tido kat atas katil kan...anak-anak todi bawah ye, mama dah siap-siap bawak toto...haha


Ruang tamu untuk tengok TV


Ruang santai, agak besar jugaklah ruang dalam bilik ni...selesa sangat


Ruang dapur, kat sini disediakan microwave & kettle. Abaikan barang-barang yang bersepah tu ye...mama ayu lupa nak tangkap gambar masa check in hotel, yang ni kejadian esoknye


Bilik air sekali ada bath tub..petang tu memang hujan lebat sangat, tak dapat anak-anak nak mandi kolam lama-lama, so sambung mandi kat dalam bath tub. Bilik ni ada 2 bilik air, satu lagi ada kat luar sebelah pintu masuk...tapi bilik air kecil je lah


View dari tingkat 5 tempat kami menginap...cantik kan, ala-ala garden gitew


Keesokan paginya...dapatlah anak-anak mandi manda di kolam


Ada dua kolam kat sini, tapi kitorang tak pergi pun yang kat atas ni. Mandi kolan yang kat bawah je...


Us...Selamat Hari Lahir anakku Nursyazwany. Semoga hidupmu diberkati Allah dan dipermudahkan dalam urusan harianmu. Mama mengharapkan doa kalian anak-anakku semua dan mama sentiasa doakan hidup kalian selamat dunia & akhirat. Aamiin

Jumpa lagi...sayonara !!

Ahad, 15 Mei 2016

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum & Selamat pagi semua

Ceria-ceriakan hidup kita pagi ni dengan senyuman yang indah, no monday blues hokey..
Bekerjalah kita sekuatnya kerana Allah. Mudahan-mudahan urusan kita hari ini dipermudahkan. In shaa allah.

Ada tak guru-guru yang ikuti blog mama ayu ni...hehe



Dikesempatan ini mama ayu ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar mama ayu especially to my luvly mak Pn Samsiah (bekas guru KAFA), ustazah-ustazah yang pernah mengajar mama ayu di Flat Sri Putra (1984-1990), cikgu-cikgu di SRK Convent, Brickfields (1984-1990), cikgu-cikgu di SM Vivekananda (1991-1995), Brickfields, lecturer-lecturer di Politeknik Kota Bharu (1996-1998), lecturer-lecturer di Politeknik Shah Alam ( 2007-2008) dan lecturer-lecturer di UTMSpace, Jalan Semarak (2013 - sekarang ). Banyak sangat ilmu yang telah dicurahkan oleh cikgu-cikgu dan lecturer-lecturer sepanjang pembelajaran mama ayu di sekolah/politeknik/universiti. Terima kasih cikgu, baktimu tidak akan kulupakan kerana mengajar aku menjadi seorang insan yang berguna. Alhamdulillah...

Ni kisah malam tadi...gigih anak-anak suh bungkuskan hadiah, nak bagi cikgu katanya..hehe
turutkan aje lah kemahuan anak-anak ni, bukan selalu pun kan...setahun sekali
Mama suh pilih nak bagi hadiah kat cikgu mane yang dorang nak...kalau nak bagi semua, tak dapatlah kan...huhu


Hadiah daripada Liyana untuk cikgu-cikgu Pasti Al-Hikmah


Hadiah dari Iman untuk cikgu-cikgu SK Taman Klang Utama & cikgu-cikgu SRA Jalan Kapar Batu 4


Budak kememeh ni nak buat sendiri, mama bagi chance dorang buat riben sendiri, buat riben je pun...haha


Mama ayu ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang telah mendidik ke lima-lima anak mama ayu. Cikgu-cikgu tadika Sekolah PASTI Al-Hikmah, cikgu-cikgu tadika Era Indah, cikgu-cikgu PRA Sekolah SKTKU, cikgu-cikgu SKTKU, cikgu-cikgu SRA Jalan Kapar Batu 4, cikgu-cikgu SMP Bukit Kuda dan cikgu-cikgu SMKTKU. Jasa kalian dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mama ayu, amat dihargai. 

Guru
Kau lah pendidik
Mendidik anak bangsa
Menjadi insan berguna

Guru
Baktimu kami semai kedalam jiwa
Budimu kami sambut
Akan kami buktikan sehingga berjaya

Guru
Jasamu kami hargai
Menerangi kehidupan setiap insan yang bergelar pelajar
Tanpamu
Tidak ada ilmu yang dapat dipelajari

Guru
Setiap keringat yang kau curahkan
Akan kami kenang sepanjang hayat
Terima kasih cikgu


Dah lama mama ayu tak bersajak...sesekali ok gak kan. Ok jumpa lagi

Sayonara !!

Khamis, 5 Mei 2016

Teringin Ice Bucket

Assalamualaikum & Selamat petang uolls

Lama nau tak bersiaran yek, aduhaiii...hampir sebulan ko
Tuan punye blog punye lah lemau nak menulis...mood menulis tak mari hehe

Ada reader TM ke kat sini...panjang lah langkah kome ye, poket tengah tebal tu, bonus masyukkk. Alhamdulillah

Ni kejadian ari jumaat lepas, member opis teringin pekena ice bucket..so ke AEON Shah Alam lah kite ari tu. Seperti biase, kalau ari jumaat ni memang ramailah pengunjung kat mane2 mall di Malaysia ni, ye tak? especially ladies... haha


Ice Bucket @ Aeon Mall Shah Alam


Kami order ice bucket yang besar, konsi 4 orang...mama ayu tengok yang mane datang berdua tu mesti tak abis, membazir ko


Model ice bucket...terbaikkkk


Sebab tekak mama ayu ni ala korean kan, order makan yang ni jek


Member lain tekak omputih, so dorang order spaghetti. Anak-anak mama ayu leh lah join selera dorang ni tapi mama ayu tidakkkk..



Gabungan makanan kami...menyelerakan 


Sambil-sambil tunggu makanan sampai, sesi bergambar dibuat...haha
Izati & Yua


Me & Nadrah

ok, overall makanan dia sedap jugak lah, korang kena cuba jugak merasa kesedapan ice cream bercampur buah-buahan. Harga pun ok. Mama ayu tak pastilah pulak ada cawangan lain ke tidak tapi rasanya mesti ada kan...mama ni kalau nak g makan mane-mane, google jek kat internet. hehe

Sayonara !!