Khamis, 19 Mei 2016

Random Post

Assalamualaikum & Selamat Pagi 

Bila mood menulis dah mari, macam-macam nak diceritakan. Jenguk-jenguk dalam gobok hp, ada gambar yang tak ber update. Moh le kite layan

Jumaat lepas, NMO Central buat perlawanan bowling di Setia City Mall Shah Alam. Mama ayu terpilih mewakili team Selangor Barat (SB). Itu pun sebab diwajubkan satu group tu ada sorang bunga...hehe, kalau tidak tak de maknaye lah mama ayu nk masuk kan. Disebabkan perlawanan dibuat pada hari Jumaat malam, sehari sebelum tu dah siap booking tiket untuk en suami & anak-anak lelaki tengok wayang. Kang dok tunggu mama main bowling, ntah pukul berapa pulak abisnye....

Peace yo...sebelum main kena amik gambar dulu, dak kecik liyana ni mesti ada menemani mamanya ke mane jua...hehe


Bersama kakak seopis tapi lain bangunan...macamne tu ek 


Team NMO Selangor Barat, bersama pengurus & lain-lain, ada yang mama ayu tak kenal pun dorang-dorang ni..janji main lah


Free style...yang penting sporting kan


Kejadian esoknye, dalam ramai2 anak, dak kecik ni yang rajin menolong mamanya di dapur. Semua nak dibuatnye. Mama ayu bagi je kalau anak2 nak tolong kan, praktis dari kecik lagi. Kalau dak kembar tu, suh basuh pinggan pun leh diharap. 


Tak sampai 10 minit, terhasillah mee curry in the house. Inilah favourite kami sekeluarga. Kalau tak nak makan nasik, buat mee kari...makan sampai malam huhu


Bersusun mangkuk bebudak ni buat, mangkuk pink untuk ggirl, hijau & biru tu untuk lelaki - senang nak makan katanye 


Kejadian lepas seminggu, sebelum ke utm...sempat mama ayu masak untuk anak-anak untuk makan tengahari.


Yang ni pulak kejadian kelmarin, ber shellout kita kt opis ni. Semua kat atas tu RM100 siap delivery add RM10. Kongsilah kami berenam. Ini pun sebab member bangunan sebelah ajak join. Dorang tak nak makan nasik, nak ber shell out pulak. Layankan aje lah tekak deme-deme ni.

ok lah, minggu ni en suami pulang ke rumah...hehe. Sejak-sejak PJJ dengan en suami ni kan, huru hara sikit hidup dibuatnya. Melayan kerenah anak-anak tanpa suami disisi. ecece...
Tapi sekali sekala rindu bertamu ye dak...hihihi

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan