Isnin, 16 Mei 2016

Celebrate Birthday Wany - 1st Mei 2016

Assalamualaikum semua.

Bila mood menulis dah mari...macam-macam nak diceritakan
Ni kisah kami pada 1st Mei yang lalu, throwback sambutan hari jadi Wany. Pada awalnya kami nak ke Melaka tetapi planning tak menjadi dek kerana jalan jem + tak book hotel (ni kes buat kerja last minit plus hati sentap dek krn tak dapat pergi Family Day anjuran opis.

Oklah, tak nak moody-moody..mood holiday on
Disebabkan hari lahir wany jatuh pada Hari Buruh/Pekerja, alamatnye semua orang cuti lah kan...jem sana sini kalau keluar dari KL ni, maka ke Putrajaya lah kita..hehe


Maman @ Seoul Garden IOI Mall Putrajaya - first time makan kat sini, variety yang banyak especially shushi dia...mak aiii marvelous ko, anak-anak 5-6 kali tambah...haha


Makanan wajib kat sini, daging dia memang sedaap giler lah. Cara perap yang hmmm...super sedap, bertambah-tambah kitorang makan


Tu dia...sorang pengemar udang & the twin pengemar shushi. Balance kan kalau makan kat sini, berbaloi-baloi - semua dapat makan. Kalau bawak anak yang no-2 ni, memang tak rugilah..dia punye makan udang, amek kau...mama ayu rasa adalah nak dekat 2 kilo kot


The ggirls...team Malaysia...dak wany ni kalau nampak makanan memang tak ingat dunia..macam-macam gaya dia buat ko nak...huhu


Lepas makan, kita ronda-ronda dalam IOI Putrajaya. Dah masuk pukul 2, sesaja google kat agoda.com tapi hotel disekitar dah full book. Last sekali cuba nasib kat Palm Garden Hotel, kita walk in terus.


Dah sampai Palm Garden Hotel IOI Resort 


Alhamdulillah, cuba nasib akhirnya ada gak 1 bilik yang masih kosong. Lupa lak masa waktu ni ada Pameran Buku di MAEPS Serdang, sebab tu lah hotel kat area ni full booking. Ni rezeki birthday girl lah ni dapat menginap kat sini


Ruang yang agak besar untuk keluarga besar mama ayu, ni bahagian bilik. Dah tentulah mama ayu, en suami & liyana tido kat atas katil kan...anak-anak todi bawah ye, mama dah siap-siap bawak toto...haha


Ruang tamu untuk tengok TV


Ruang santai, agak besar jugaklah ruang dalam bilik ni...selesa sangat


Ruang dapur, kat sini disediakan microwave & kettle. Abaikan barang-barang yang bersepah tu ye...mama ayu lupa nak tangkap gambar masa check in hotel, yang ni kejadian esoknye


Bilik air sekali ada bath tub..petang tu memang hujan lebat sangat, tak dapat anak-anak nak mandi kolam lama-lama, so sambung mandi kat dalam bath tub. Bilik ni ada 2 bilik air, satu lagi ada kat luar sebelah pintu masuk...tapi bilik air kecil je lah


View dari tingkat 5 tempat kami menginap...cantik kan, ala-ala garden gitew


Keesokan paginya...dapatlah anak-anak mandi manda di kolam


Ada dua kolam kat sini, tapi kitorang tak pergi pun yang kat atas ni. Mandi kolan yang kat bawah je...


Us...Selamat Hari Lahir anakku Nursyazwany. Semoga hidupmu diberkati Allah dan dipermudahkan dalam urusan harianmu. Mama mengharapkan doa kalian anak-anakku semua dan mama sentiasa doakan hidup kalian selamat dunia & akhirat. Aamiin

Jumpa lagi...sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan