Ahad, 15 Mei 2016

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum & Selamat pagi semua

Ceria-ceriakan hidup kita pagi ni dengan senyuman yang indah, no monday blues hokey..
Bekerjalah kita sekuatnya kerana Allah. Mudahan-mudahan urusan kita hari ini dipermudahkan. In shaa allah.

Ada tak guru-guru yang ikuti blog mama ayu ni...hehe



Dikesempatan ini mama ayu ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar mama ayu especially to my luvly mak Pn Samsiah (bekas guru KAFA), ustazah-ustazah yang pernah mengajar mama ayu di Flat Sri Putra (1984-1990), cikgu-cikgu di SRK Convent, Brickfields (1984-1990), cikgu-cikgu di SM Vivekananda (1991-1995), Brickfields, lecturer-lecturer di Politeknik Kota Bharu (1996-1998), lecturer-lecturer di Politeknik Shah Alam ( 2007-2008) dan lecturer-lecturer di UTMSpace, Jalan Semarak (2013 - sekarang ). Banyak sangat ilmu yang telah dicurahkan oleh cikgu-cikgu dan lecturer-lecturer sepanjang pembelajaran mama ayu di sekolah/politeknik/universiti. Terima kasih cikgu, baktimu tidak akan kulupakan kerana mengajar aku menjadi seorang insan yang berguna. Alhamdulillah...

Ni kisah malam tadi...gigih anak-anak suh bungkuskan hadiah, nak bagi cikgu katanya..hehe
turutkan aje lah kemahuan anak-anak ni, bukan selalu pun kan...setahun sekali
Mama suh pilih nak bagi hadiah kat cikgu mane yang dorang nak...kalau nak bagi semua, tak dapatlah kan...huhu


Hadiah daripada Liyana untuk cikgu-cikgu Pasti Al-Hikmah


Hadiah dari Iman untuk cikgu-cikgu SK Taman Klang Utama & cikgu-cikgu SRA Jalan Kapar Batu 4


Budak kememeh ni nak buat sendiri, mama bagi chance dorang buat riben sendiri, buat riben je pun...haha


Mama ayu ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang telah mendidik ke lima-lima anak mama ayu. Cikgu-cikgu tadika Sekolah PASTI Al-Hikmah, cikgu-cikgu tadika Era Indah, cikgu-cikgu PRA Sekolah SKTKU, cikgu-cikgu SKTKU, cikgu-cikgu SRA Jalan Kapar Batu 4, cikgu-cikgu SMP Bukit Kuda dan cikgu-cikgu SMKTKU. Jasa kalian dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mama ayu, amat dihargai. 

Guru
Kau lah pendidik
Mendidik anak bangsa
Menjadi insan berguna

Guru
Baktimu kami semai kedalam jiwa
Budimu kami sambut
Akan kami buktikan sehingga berjaya

Guru
Jasamu kami hargai
Menerangi kehidupan setiap insan yang bergelar pelajar
Tanpamu
Tidak ada ilmu yang dapat dipelajari

Guru
Setiap keringat yang kau curahkan
Akan kami kenang sepanjang hayat
Terima kasih cikgu


Dah lama mama ayu tak bersajak...sesekali ok gak kan. Ok jumpa lagi

Sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan