Isnin, 27 Februari 2017

Rezeki itu Milik Allah

Assalamualaikum semua..

Agak lama menyepi, lumrah kehidupan - every week macam biasa hari2 uruskan anak2, kerja dan weekend g kelas pulak. Sebenarnya banyak je aktiviti tapi sebab mama ayu malas nau nak amek gambar...so x de lah gambar yang berbicara, haha

Minggu lepas dak wany ke Laman Cikgu @ Tanjong Karang. Ada kem motivasi anjuran sekolah selama 2 hari 1 malam. Balik je dari kem, macam biasa dok cite sana sini pengalaman kt sana, so jadilah mama ayu pendengar yang setia...hehe. Ok lah nak, asalkan korang enjoy dan dapat melakukan perkara yang bermanfaat dah memadai bagi mama ayu. Korang boleh google kalau nak tahu apa yang menarik kat sini, memang banyak kem2 motivasi dibuat kt sini. Tengok gambar pun mmg seronoklah.

Berbalik pada cerita rezeki, kadang2 tu mmg akan dapat rezeki yg tidak disangka2. Tapi bagi warga kerja TM, bulan 4 memang dinanti sebab kebiasaannya, syarikat akan bagi bonus pada setiap pekerja.


Makanya, rezeki ini memang di jangka tetapi pekerja tidak tahu berapa bulan bonus yang akan diberikan oleh syarikat. Bagi tahun ini pulak, kami akan menerima 2.1 bulan bonus (yang ni memang tak dijangka...hehe). Syukur alhamdulillah. Rezeki itu Allah yang beri tetapi melalui tempat kita bekerja. Oleh itu, bekerjalah kita kerana Allah dan buat kerja bersungguh-sungguh. Rasa2 ramai kot geng TM yg dah boleh pikir2 apa yg nak dibuat dgn bonus yang dapat tu kan...hihi

Dah tak tau ape nak cite. Allah itu Maha Kaya, Maha Pemurah dan Maha Besar. Bersyukur atas nikmat yang diberikan-Nya. Alhamdulillah

Jumpa lagi, sayonara !!


Ahad, 12 Februari 2017

Birthday Kembar

Assalamualaikum..

Selamat bekerja setelah 4 hari bercuti. Cuti Thaipusam ari tu, kami jenjalan ke Bukit Jugra. Niat asal nak ke Pantai Kelanang Banting, tapi singgah situ untuk makan tengahari je sebab pantai nya tak berapa berkenan di hati. Lihat dikejauhan tu ramai orang mencari siput/lala agaknya sebab sampai di sana pun air dah surut. Lupa lak nak amek gambar sebab masing-masing perut dah berkeroncong. Pas makan lepak-lepak dulu bagi anak-anak main pasir.


Laju...laju, buaiku laju. Seronok anak-anak dapat main buaian ni


Sampai jugak di Bukit Jugra, Banting. 


Pemandangan yang indah dari atas Bukit Jugra


Birthday Boy...dak iman & imin


Naik atas ni dengan kereta, masa lalu kiri kanan tu ingatkan tak de orang tapi bila dah sampai atas, ramai jugak lah yang datang berkunjung kat sini. 




Sejarah Bukit Jugra - sila baca..hehe

On the way balik tu, singgah kejap di GM Klang...cari hadiah untuk dak kembar. Tak boleh nak jalan jauh sebab esoknya anak-anak sekolah. Ari sabtu pun ada kelas tambahan lagi..kita jalan dekat-dekat sudah...haha





Gambar kat atas ni adalah percutian yang tak dirancang. Semua ini en suami punye keje...hehe
Tak pergi jauh pun, kat dalam Klang ni jugak. Kita check in @ Merrida Hotel, Klang. Asalkan anak-anak dapat mandi kolam, ngeee
Syiokk betul bebudak ni mandi sebab tak ramai orang. Nampak sangat satu kolam ni kami yang punya...hahaha


Malam tu lelepak @ Dataran Shah Alam sesambil tengok bola live


Tada...itu lah hadiah daripada ayahnya kepada anak-anaknya. Yang abang nak roller blade, adik pulak nak kereta control. Dan yang untungnya, si kecik tu dapat gak roller blade dari ayahnya.




Dua jam kat sini, pastu balik hotel tido. esok nak sambung mandi kolam pulak...

Itu je aktiviti weekend kami. Bulan depan cuti sekolah pulak tapi mama dah start kuliah dah...cuti adalah terhad ye anak-anak.

Jumpa lagi...sayonara !!

Selasa, 7 Februari 2017

Persahabatan

Assalamualaikum semua

Tajuk mama ayu ari ni...PERSAHABATAN

Gambar diambil dari Kartun.com


Dalam perkenalan, tidak kira samada lelaki atau perempuan...banyak istilah yang digunapakai. KAWAN, SAHABAT, TEMAN, KEKASIH ..semua mempunyai maksud yang tersendiri. Itu terpulang kepada individu untuk menilai.

KAWAN
~ Istilah ni paling win antara semua tu. Sebabnya, mana-mana kita pergi, kita akan berjumpa dengan orang yang dikenali dan tidak dikenali. Sekaligus menjadi kawan kepada kita. Contohnya, di sekolah, di ipt, di tempat kerja...kawan ni memang ramai. Bak kata pepatah, "kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari". Tapi bila kawan ini menjadi rapat, maka jadi lah teman atau sahabat.

SAHABAT/TEMAN
~ Sahabat ia lebih rapat daripada kawan. Sahabat ini, bila kita ke mana, apa yang kita buat, perasaan kita, dialah tempat kita mengadu. Walaupun jauh di mata, sahabat ini masih saling ingat-mengingati antara satu sama lain.
~ Teman pula merupakan satu jalinan yang saling bergantungan diantara satu sama lain. Pernah tak korang rasa, bila nak ke mana je..mesti nak kan orang ni menemani. Orang kata, ke hulu ke hilir mesti ko berdua jek...dah tak de orang lain dah. Tak boleh berenggang langsung. Kalau dapat macam ni, memang teman sejati.

KEKASIH
~ Bila dua hati menjadi satu. Macamne tu eh...hihi.

ok lah...nak bermadah berhelah skill tu dah lama menyepi. Agak-agak pas ni nak menulis balik lah. Lama dah tak berkarya. haha. Jumpa lagi, sayonara !!