Assalamualaikum semua
Hari ni, mama nak cerita sikitlah pasal urusan hal-hal bank, kwsp, perkeso, lhdn, pejabat tanah dan lain2 lagilah. Sebab arwah suami mama ayu ni ada buat bisnes sambil kerja, banyak lah bank2 yang perlu mama ayu tuju. Sebelum ni mama ayu ada buat checklist apa yang perlu dibuat selepas kematian suami tercinta. Boleh lah kalau nak buat reference..
Ok lah, berbalik pada pengalaman mama ayu:
1) KWSP
- disbbkan arwah dah buat penama, jadinya mudahlah urusan mama ayu masa di kaunter. mama dah siap2 photocopy sijil kematian, surat nikah dan ic, senang sikit sbb dah tentu dokumen2 ni diperlukan untuk pengesahan tuntutan. Alhamdulillah, sekali urusan je semua selesai. Tinggal wangnye x dpt lg...kalau dpt nnt, nk kena selesaikan hutang2 yang ada.
2) PERKESO
- 2 kali mama ayu g sini utk urusan. First, sebab nak ambil borang dan nak tahu apa yang perlu mama ayu buat. Selepas mendapat penerangan, balik rumah je malam tu jugak isi borang dan siapkan semua dokumen yang di minta. Masa kumpulkn dokument tu, cari surat beranak dak wany x jumpa pulak...rasa dah hilang kot sbb tiada dlm simpanan. Dua hari lepas tu bergegas lah mama ayu ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk dapatkan surat beranak baru. Kena bayar RM5 - sib baik bayar sikit je...x pasal2 kan. Secondly, mama ayu submit borang, bila dh lengkap semua dgn dokumen, kita kena jumpa dengan pegawai untuk pengesahan. Urusan yg ni pun mudah jugak. syukur - yg paling mama ayu x terpikir langsung, sebab arwah dah pergi meninggalkanku, mama dpt pencen pulak.
Moral of the story : simpan lek lok dokumen kelahiran, ic dan benda2 penting...huhu
3) Hong Leong Bank
- Banyak2 bank yg mama ayu pergi, HLB ni memang terbaik service dia. Bawak je sijil kematian, tunjuk kt kaunter, dorg terus buat utk deceased akaun arwah. Pastu amek thumbprint mama ayu as a waris. Ape2 tunggakan yg ada, mama ayu perlu bayar & opkos lah amek masa kan...buat masa ni byr bulan2 dulu, kalau dpt duet nnt, nak selesaikan semua. In shaa Allah
4) Hong Leong Assurance
- Arwah ada buat anuity masa baru2 kawin dulu. Anuity ni dikeluarkan pada masa dulu & urusan pun mudah jugak. Masa g kaunter tu, terus CSR tu bukakan file utk mama ayu. Tp next step kena dapatkan surat kuasa sbb x de penama. (kiv)
5) Bank Rakyat
- Sbb akaun anak2 yang 4 org ni atas nama arwah, buat masa ni mama ayu x leh nak transfer/tutup akaun. Kena dptkn surat kuasa sbb amuan dlm bank dah melebihi dari had yg ditetapkan. (kiv) Masa borak2 ngan arwah, katanya dh keluarkan saham dlm bank rakyat tp bila check, masih ada. Maka, dptlah wang khairat kematian dari Bank Rakyat. Perlu isi borang dan dptkan pengesahan dpd ketua kampung/pegawai daerah.
6) Maybank
- Fisrtly, mama g caw Bandar Baru Klang - layanan memang mama ayu x suka sebab macam layan x layan jek. Utk akaun ni pun sama gak, kena dptkn surat kuasa (kiv lagi). Pastu mama ayu g caw Klang kt bandar tu + arwah pun bukak akaun kt situ, alhamdulillah..CSR kt situ pun sangat2 membantu dlm memberi pendapat.
7) RHB Bank
- sama gak...kena dptkn surat kuasa (kiv) bagi akaun bisnes arwah
- utk loan rumah pulak, dh submit borang tunggu feedback je...sib baik ada amek insurance masa buat loan rumah, sbb nama bersama - nama arwah dh boleh settle, cuma mama perlu bayar yg bhgn mama punya lah
8) Pejabat Tanah
- Spt yg mama ayu cerita seblm ni, ada 3 option utk buat tuntutan harta yg tiada wasiat/penama. Mama ayu pilih nak buat di Pejabat Tanah sebab fee yg dikenakan amat berpatutan. Tuntuan di Pejabat Tanah hanya boleh dibuat sekiranya si mati ada meninggalkan tanah/rumah. Kalau tiada, terpaksalah guna Amanah Raya jugak. Dan sbb arwah juga sangat teliti orangnya, segala dokumen yg dikehendaki dapat mama ayu sediakan. tp masih x complete lg sbb carian rasmi tanah yg kt teluk intan tu x dpt lg, sib baik makcik arwah nk tolong buatkan. Kalau x, ke teluk intanlah mama ayu kena pergi.
-Dpt jugaklah pengalaman mama ayu mencari carian rasmi di pejabat tanah dan daerah klang untuk rumah yg didiami skrg ni. Tak susah pun sebenarnya, pergi kaunter utk carian rasmi, isi borang dan buat pembayaran, tak sampai 5 minit - siap dah surat carian rasmi tu.
yang ni pun terpaksa kiv, kalau lambar hantar borang, alamatnya lambat lagilah proses mama ayu nak uruskan semua hal2 yg berkaitan arwah.
Semoga Allah memudahkan urusan2 mama ayu. Aamiin
Jumpa lagi, sayonara !!