Isnin, 9 Oktober 2017

Kepulangan yang di nanti @ MAK

Assalamualaikum semua..

Throwback tarikh keramat 23/9/2017 - mak pulang dari menunaikan haji. Bergelar hajah dah mak. Alhamdulillah tercapai cita-cita mak menunaikan haji di tanah suci Mekah. Hampir 2 bulan mak kat sana...Allah, rindunya nak tengok muka mak. Hampir selang 2 hari, pasti mama ayu akan menelefon mak di sana. Peduli kalau tengok bil melambung ke ape...asalkan dapat dengar suara mak. Kami adik beradik tak jemput mak di KLIA. Tunggu di rumah je. Mak dah pesan suh along jemput mak di KLIA. Ketibaan mak dijangka pada pukul 840 pagi waktu Malaysia.

Kul 11 mak sampai di rumah. Peluk cium semua anak2 & cucu2...semua rindukan mak. Mama ayu masih diberi kesempatan untuk melihat wajah kesayangan. Tetiba rindu pulak kt arwah suami. Sempena mak balik ni, kami mengadakan kenduri kesyukuran, di sertakan sekali dengan kenduri tahlil utk arwah suami.

Ceria muka mak...kawan2 mak ramai yang datang. Mak sihat cuma suara je x berapa nak ada..serak

Sebab mak dikenali kt flat ni..dorang pun tahu mak nak balik & kami adik beradik buat kenduri...ramai yg hadir

Ada bacaan doa selamat yang dikendalikan oleh ustazah kiah

Makanan yang disediakan...catering je ni, order ngan cik lela. Catering ni mmg terbaik, siap bagi free lauk nenas masak lemak ikan masin

Makan time...masa ni belah keluarga isi perut dulu, x banyak keje pun nak buat sbb catering kan...

Time kawan2 mak pulak makan...masa ni dah tengahari dlm kul 12.30

Geng surau pulak datang lepas solat zohor...buat bacaan doa selamat & tahlil kt dalam rumah

Abah melayan tetamu...yg sedang berdiri tu abah mama ayu lah tu...

 Selesai sudah majlis...syukur alhamdulillah dikurniakan rezeki & dapat membuat sedikit jamuan untuk keluarga, jiran2 & kawan2.

Bila suami dah tiada, anak2 lah penguat semangat mama ayu...my luvly mak & abah jugak. Kita tidak tahu apa yang Allah rancangkan bagi kehidupan kita. Tetapi percayalah Allah sebaik2 perancangan. Mungkin dah tiba masa untuk mama ayu lebih berbakti kepada orang tua. Amanah Allah ini, anak2 akan mama jaga dengan sebaik mungkin. 

Ya Allah, Kau jadikanlah zuriat keturunanku dlm golongan yang mendirikan solat. Aamiin

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan