Menanti oktober, utk menyambut hari kelahiran en suami. Tetapi Allah lebih menyayanginya. Suamiku pergi tanpa sempat kuucapkan kata2 indah. Selamat tinggal, abang. Moga kita berjumpa lagi di Jannah. Aamiin
TB 19/7/2017
Hari ini, aku berusaha utk pergi awal ke tempat kerja. Banyak kerja yg perlu dilakukan. Semalam pun sampai rumah nk dekat Maghrib. Maklumlah hari ini ada Jamuan Hari Raya di TM Bukit Raja. Bukan saje ade jamuan, tp disertakan sekali dgn internal audit ISO. Macam biasa setiap tahun, bila ada audit je mmg super bz lah kan nak kena siapkan segala dokuman. Tp dokumen yg aku pegang x byk mane pun...2 jek..hehe
Sampai je di opis, belek2 file kejap, pastu naik kt tkt 1 utk dptkn tandatangan. Rasa2 sape2 je yg buat keje last minit mcm aku ni, fahamlah kot situasinya. 😁 Ok, tak lama pun aku kt atas tu sbb pasni nak kena settlekan utk jamuan pulak. Jam menunjukkan kul 9.00 pagi. Duduk2 kejap sebelum nak sambung keje, maklumlah dah pakai baju cantik2 kan nk sambut raya...hihi. Tiba2 jam 9.15 pagi, kring! kring! tepon ku berbunyi...
"Assalamualaikum kak, ni kak ayu ke? Saya izwan ni kawan abg wan...saya nak bgtau ni, tp minta akak bertenang ye...abg wan pengsan, ada di klinik"....duniaku seakan berputar, dugaan apakah ini...
"Allahuakbar!!!! ye izwan, mcmane leh jadi camtu" balasku.
"Sekejap kak, Dr. panggil saya, kejap lagi saya call balik" jelasnya.
Terkaku aku seketika, Allah,Allah, Allah...zikirku dalam hati. Mengharapkan keajaiban dariMu. Semoga suamiku cepat sembuh.
Kring!Kring!..panggilan yg amat ku tunggu, tak sampai 10 minit berbalas kembali.
"Kak...saya harap akak bawakkan bersabar ye...abg wan dah x de, dia dh meninggal dunia. Dr. dah berusaha untuk buatkan CPR tp Allah lebih menyayanginya"
"Innalillahiwainnahirojiun...akak minta tolong kt izwan ye, tolong uruskan urusan pengebumian arwah suami akak di sana"
Subhanallah...subhanallah, betapa derasnya air mata ini mengalir tak mahu berhenti. Masih terbayang2 diruangan mata, dua hari lepas sewaktu suamiku di rumah. Dia mengemaskan rumah sewaktu aku ke kuliah hujung minggu. Menjaga anak2 dan malam minggu tu, dia memasakkan nasi goreng untuk anak2nya. Allah...seperti memberi petunjuk bahawa dia akan pergi, pergi meninggalkan ku buat selama-lamanya.
Astaghfirullah...suamiku nun jauh di selatan tanahair. Aku tidak boleh di buai perasaan. Anak2 perlu diberitahu, keluarga juga serta jiran tetangga. Banyak yang perlu diuruskan. Lantas telefonku kucapai. Aku telefon kakak suamiku yg sulong, tak berjawab. Aku telefon abangnya utk memaklumkan hal ini. Allahu, sedihnya hati tuhan saja yg tahu. Aku telefon along bagi mewakilkan pihak keluargaku pula. Tak sampai 10 minit, mak call utk kepastian. Air mata tak berhenti2 mengalir, aku perlu kuatkn diri. Aku perlu mencari ketenangan sendiri. Aku perlu kuat. Ya Allah, beri lah aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujianMu.
Berita tersebar jugak di opisku. Semua yang ada di opis, aku minta supaya tidak diberitahu mengenai berita ini. Tunggu sehingga majlis selesai baru boleh diberitahu.
Ya Allah, seperti mana Kau permudahkan kematian suamiku, Kau permudahkanlah urusannya di sana. Aku mohon Ya Allah, permudahkan urusannya untuk di bawa ke sini untuk dikebumikan. Ku telefon kakak jiranku untuk menguruskan hal pengebumian. Sungguh, ramai yang telah membantu, keluarga, rakan2 sekerja arwah, rakan2ku, jiran2 dan tidak dapat aku balas budi mereka ini. Hanya Allah sahaja yang membalasnya.
Sejam telah berlalu...ku kutip kekuatan yang ada untuk aku drive pulang dan menjemput kesemua anak2 ku disekolah. Aku ke sekolah anakku yang sulong. Setiba di pejabat sekolah, aku diminta utk menulis nama anak di satu kertas. Puas lah kerani pejabat tu cari nama Nursyazliyana tapi tiada nama tu disekolah ni. "Anak puan sekolah disini ke?" " Ye lah, memang sekolah di sini, kenapa?" Sekejap ye, katanya. Ku lihat kerani sekolah tu mencari nama di notice board. "Betulke nama anak puan ni?" "Eh, maaf saya silap tulis, nama anak saya Nursyawany". Sambil menunggu, tiba2 wany pun naik kt atas tangga. "Mama, mama, nape mama datang? Nak bawak wany balik eh". Nampak ceria mukanya. Maklumlah tak pernah mama datang nak jemput awal kan balik sekolah. Dalam perjalanan menuju ke kereta, ku kutip kekuatan utk mengkhabarkan berita ini. "Mama nak bgtau ni, wany bersabarlah...ayah dah x de" Berlinang air mata kami dua beranak. Tapi aku tak boleh di buai rasa, ada lagi 2 orang yg perlu ku jemput di sekolah sebelah. " Wany tunggu dalam kereta, mama nak g amek iman imin pulak". Sampai di pejabat sekolah, isi borang & menapak naik kt tkt 3 untuk jemput si kembar pulak. "Imin, mama ko datang lah" kata kawannya. Tersipu2 iman & imin masa aku mengambilnya. "Nape mama? ni mesti ada ape2 ni sebab mama datang amek iman & imin". Mengomel je dak kembar ni sepanjang perjlnan menuju ke kereta. Sebaik nak sampai ke kereta, ku khabarkan berita duka kepada mereka. Mengalir air mata si imin. Iman macam tak percaya. Budak masih kecil, apa lah yang mereka faham. Mereka belum mengerti apa2.
Sampai di rumah, ku lihat adik perempuanku dah tiba dan sedang mengemas ape2 yang patut. Ruang tamu kosong, segala kerusi meja telah beralih keluar. Adik iparku bersama awie ke surau untuk meminjam tikar." Angah tak bagitau awie lg ke, ayah dia dah x de?" kata adikku. " Angah tak sempat bagitau, angah nak call takut dia terperanjat, angah ingat nak bgtau depan2", balasku. "owh patutlah dia macam blur je". Tp aku tahu, anakku yg no.2 tu kuat.
"Ya Allah, Kau peliharalah aku & anak2ku. Permudahkan urusan suamiku untuk di bawa ke sini"...hatiku sentiasa berzikir & berdoa agar urusan suamiku dipermudahkan.
Kul 12.00 - "kak, abg azwan perlu dibawa ke hospital, kami tengah tunggu ambulance & buat report polis" "buatlah ape je dik, asalkn arwah dibawa kembali ke sini, akak minta tolong sangat2". Rumahku dipenuhi adik beradik dan saudara mara yang datang melawat. Aku dah tak boleh nak pikir apa, mengharapkan suamikum segera di bawa pulang untuk dikebumikan di sini.
Kul 1.30 - "Ayu, ni firdaus ni, arwah perlu di buat post mortem oleh pihak hospital sebab arwah meninggal di usia yang masih muda, perlu jawapan sebelum kul 2 sebab kul 2.30 Doc dah nak start buat post mortem". Allah, sekali lagi aku diuji. Kalau ikutkan hati, tak perlulah nak buat post mortem bagai, aku nak arwah cepat sampai ke sini tp mengikut nasihat doktor, perlu juga dilakukan demi kebaikan. Sebab nak tahu punca kematian. Setelah berbincang, aku pun setuju. Mengikut doktor, post mortem mengambil masa 2-4 jam. Allah...lamanya.
"Angah, kalau ikut post mortem, mandi jenazah, kapan semua, mungkin dalam kul 5-6 ptg...keluar dari JB ke Klang amek masa 4-5 jam...kurang2 dalam kul 11 baru sampai. Petang JB org balik keje jem tu. Orang masjid kata kalau lambat sampai, kita kebumikan esok", kata along. Terasa batu jatuh ke bahu. beratnya dugaanku. Allah, kalau diizinkan, aku ingin mengebumikan arwah malam ini juga. Hati terus berzikir mencari penawar utk diriku sendiri.
Masa terus berlalu...4.30 pihak hospital menelefon untuk pengesahan memandikan jenazah. Aku minta arwah dimandikan dan dikapankan di sana. Syukur alhamdulillah, Allah telah permudahkan segala-galanya. Syukur juga kerana arwah mendapat majikan yang betul2 memahami. Aku amat berterima kasih kepada mereka.
5.30 mendapat perkhabaran van jenazah telah bergerak untuk keluar dari bandar JB. Applikasi wasap yg banyak membantu di zaman teknologi ini. Setiap masa boleh mendapatkan info terkini. Allahuakbar, Allah Maha Besar, Dia mendengar rintihan hambanya. Alhamdulillah Ya Allah, Kau telah permudahkan urusan suamiku.
9.00 mlm - Van jenazah tiba di perkarangan Surau Al Masyur. Disurau malam ni ada tazkirah, sebaik je jenazah sampai, mereka baru nak solat Isyak. Sekali lagi aku mengucapkan syukur kepada Ilahi. Boleh je kalau aku nak arwah singgah sebentar dirumah kemudian di bawah ke surau untuk disolatkan dan ke kuburan. Tetapi aku tidak mahu melengahkan masa dan menyukarkan urusan mereka2 yang telah banyak membantu. Apa yang ada di dalam fikiran ini adalah semoga diberi kemudahan agar arwah dapat dikebumikan malam ini juga.
Usai solat jenazah selesai, dipanggil kaum keluarga untuk melihat arwah bagi kali yang terakhir. Abang, inilah kali terakhir aku mengucup pipimu. Aku redha atas ketentuan-Nya. Allah lebih menyayangimu abang. Bersemadilah abang dengan tenang, ayang akan memikul tanggungjawab atas amanah yang telah abang tinggalkan iaitu anak2 kita. Sebaik jenazah di usung ke van jenazah untuk ke kuburan, aku pasrah. Tiada lagi insan yang bergelar suami yang akan ada disampingku menemani malamku dan hidupku. Abang, walaupun engkau telah pergi, ingatan ini tidak mungkin dan tidak akan terpadam kerana mengenalimu merupakan moment yang terindah dalam hidupku. Terima kasih Allah kerana telah meminjamkan suamiku untuk tahun2 perkahwinan kami, melayari kehidupan rumah tangga. Kau restuilah rumah tangga kami semasa arwah masih hidup. Jadikan anak2 kami anak2 yang soleh dan solehah dan penyejuk hati kami. Tetapkan iman kami dan berilah kami petunjuk dan hidayahMu. Bimbinglah kami ke jalan yang benar, jalan yang Kau redhai. Aamiin...
Nota hati : aku rindu...rindu yang tidak terungkap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan