Sumber dari google
Pepagi ni mama ayu nak cite sikit pasal memberi dan menerima. Kita ni dari golongan yang mana satu, samada memberi, menerima ataupun kedua2nya sekali. Setiap daripada golongan ini memberi makna yang tersendiri. Kesemuanya mempunyai kelebihan masing2. Golongan memberi atau lebih dikenali sebagai memberi sedekah/hadiah. Teringat zaman persekolahan dulu, mama ayu boleh dikatakan setiap tahun dapat hadiah sebab periksa no 1 sekolah agama. Tok ustaz yang bagi hadiah tu, dia cakap jangan cakap terima kasih masa dia bagi hadiah, sebaliknya ucapkan alhamdulillah. Sehingga sekarang pesanan ini masih terlekat diminda mama ayu. Memberi ini kalau kita fikirkan, ia adalah anugerah dari Allah. Allah menggerakkan hati si pemberi untuk memberi kepada orang lain. Maknanya, pemberian itu datangnya dari Allah SWT tetapi melalui siapa? majikan @ keluarga @ rakan2 dan sebagainya. Sebab itu keberkatan rezeki datangnya daripada Allah jua. Betapa besarnya kasih sayang Allah kerana memberi rezeki kepada kita. Dalam konteks kehidupan kita seharian, ada juga golongan yang suka memberi, tidak kira samada melalui kewangan, makanan, pakaian dan lain2 yang berupa hadiah/sumbangan. Bagi penerima hanya mengucapkan syukur dan mengharap satu hari nanti mereka juga akan menjadi golongan yang memberi.
Menerima pula adalah apabila seseorang memberi apa sahaja bentuk seperti wang/makanan/hadiah kepada kita. Sepertimana Allah memberi sesuatu kepada hambaNya dan kita sebagai penerima. Seseorang yang menerima hendaklah berlapang dada dan menerima pemberian seseorang dengan hati yang terbuka. Hanya doa yang dapat dikirimkan sebagai membalas balik kebaikan yang dilakukan oleh pemberi tadi.
Golongan memberi dan menerima adalah golongan yang ramai sekali di dunia ini. Ini kerana kita suka untuk memberi dan menerima. Contohnya, dalam pergaulan rakan sekerja, ada yang suka belanja rakan2 lain. Di sini maksudnya ada yang memberi, dan ada yang menerima. Hal ini berlarutan kerana kemungkinan pada masa akan datang ada rakan lain pulak yang belanja, maka yang memberi tadi telah menjadi penerima.
Begitulah sikap keterbukaan yang kita amalkan di zaman ini. Anugerah Allah kepada hambaNya, pemberian ibu bapa kepada anak2, pemberian majikan kepada pekerja...semua itu adalah lumrah hidup di dunia ini. Jika kita rasa kita susah, mintalah pada Allah. Allah akan datangkan/kabulkan permintaan kita. Hanya cepat atau lambat sahaja permintaan kita itu dikabulkan, maka teruslah berdoa.
Firman Allah SWT:
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
“…… dan tidak satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya” (Surah Hud, ayat 6).
Hadis Rasulullah SAW :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan