Selasa, 31 Mac 2020

Syukur Itu Bahagia

Assalamualaikum semua…

Gambar kredit to google

Satu kejadian yang tidak diingini berlaku awal pagi tadi. Aku ambilnya sebagai satu hikmah walaupun itu merupakan satu musibah yang telah berlaku. Ada masa, setiap kejadian yang buruk itu datangnya dengan keizinan Allah jua. Kita sebagai manusia hendaklah redha atas setiap yang berlaku.

Mensyukuri nikmat yang Allah berikan merupakan satu tanda bahawa kita masih berpegang pada tali Allah. Iman manusia ada pasang surutnya. Di kala negara sedang dilanda wabak covid-19, sama-samalah kita berdoa agar wabak ini segera pergi. Bila semua orang berkurung di rumah semasa PKP ini, ambil peluang untuk kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik. Masa inilah kita dapat luangkan masa bersama keluarga tersayang, masa inilah yang sesuai untuk kita menggantikan puasa, masa ini lah yang sangat sesuai untuk kita khatam al-quran, masa ini lah yang sesuai untuk kita bermuhasabah diri, mendirikan solat-solat sunat dan melakukan amalan-amalan yang baik. Allahu ...banyak sangat masa terluang yang Allah beri. 

Menyedari hal itu, membuatkan aku tersedar, betapa dulunya aku sering mengeluh kerana banyak kerja. Sekali Allah bagi ko masa yang terlampau banyak sehingga ko tidak tahu nak buat apa lagi bila 24 jam terkurung di rumah selama 14 hari. Dan tempoh PKP ini pun di teruskan lagi selama 14 hari 😟😟, ko rasa macamana? bertabahlah duhai hati. Sekiranya dalam tempoh PKP ini masih terdapat kes covid-19, maknanya, tidak mustahil tempoh PKP ini dilanjutkan lagi sehingga bulan Ramadhan. Bayangkan tahun ini Ramadhan tanpa dapat solat tarawih di surau/masjid 😢😢 Sedihnya rasa. Dua tahun aku tiada feel pun nak sambut raya, memang menantikan kehadiran Ramadhan Kareem. Feel Ramadhan ni lain...seronoknya hanya hati ni je dapat merasanya. Raya dah jatuh no. 2 bagi aku. Tapi tidak bagi anak-anak, ye lah...masa ni lah dorang nak melawa dan berkumpul ramai-ramai kan...tak pe lah, aku kasi can lah kat anak-anak. Tapi raya tahun ni mesti lain. Tak mungkin wabak covid ni akan berakhir sekelip mata. Semua orang akan lebih berhati-hati. Kita doa yang baik-baik je lah ye...mudah-mudahan Allah lenyapkan wabak ini dari dunia ini sebagai membasuh balik dosa-dosa yang telah kita lakukan. Aamiin

Kejadian demi kejadian yang berlaku dalam diri ini, keluarga ini, masyarakat ini membuatkan aku tersedar bahawa, manusia itu PENDOSA. Setiap hari kita melakukan dosa dan meminta pengampunan dari Allah. Semoga Allah menutup AIB kita. Betapa Allah itu Maha Pengampun, Maha Pemberi, Maha Pengasih dan Penyayang.

Bersyukur pada Allah kerana memberikan kesempatan buatku untuk bertaubat. Moga Allah redha akan aku dan keluargaku. Ya Allah, jadikan aku, anak-anakku dalam golongan yang tetap mendirikan solat. Perkenankan permintaanku ini. Aamiin.

Aku doakan agar kita semua terhindar dari wabak penyakit ini dan memdapat perlindungan Allah sepanjang masa. Semoga semuanya dapat berakhir dengan aman bahagia.

Jumpa lagi, sayonara !!


Isnin, 23 Mac 2020

Hidup Perlu Diteruskan

Assalamualaikum semua…



Kata-kata indah dari FB 


Bila Allah menurunkan sesuatu bala, kita perlu mengambilnya sebagai suatu hikmah, walaupun ia sangat perit dan sakit. Sana sini orang bercerita mengenai penyakit Corona Virus atau lebih dikenali sebagai Covid 19. Dan yang paling aku tidak suka, apabila orang mempersendakan penyakit ini, tidak mengambil serius dan endah. Maksudnya di sini, bila Perdana Menteri mengarahkan untuk kita duduk di rumah, masih ada segelintir manusia yang keluar tanpa tujuan. Haissshhh, tak paham betul aku, duk je lah diam2 kat rumah walaupun ko rasa otak ko dah tepu…( haa...ni akulah tu 😂)

Demi kelangsungan hidup, aku sanggup biarkan anak2 bosan di rumah, biar lah asalkan mereka tidak terjangkit dengan wabak ini. Dan bila hal ini terjadi, aku berdoa pada Allah, agar aku dapat segera menyelesaikan hutang-hutang yg ada. Takot kot kalo aku mati tapi masih tidak sempat selesaikan hutang. Target aku dalam 5 tahun ini, aku dapat selesaikan apa yang patut, setahun telah berlalu  dan tinggal 4 tahun lagi. Tapi kalo memandangkan keadaan sekarang, dengan ekonominya yang down...ishh, nauzubillah...jauhkan lah kami dari mala petaka ini Ya Allah. Peliharalah kami...

Dan disaat ini, bila Allah beri rezeki tetapi tidak dapat ko gunakan, maka fikir2 kan lah cara yang terbaik bagaimana ko hendak memanfaatkan masa yang ada. Allahu, takotnya hendak menghadapi hari esok. Tapi aku berdoa agar Allah panjangkan usiaku agar aku dapat menjaga anak2ku. Mereka masih memerlukan aku untuk menjaga mereka, Ya Allah, bantulah aku hamba Mu yang banyak membuat dosa. Ampunilah kesilapan dan kekhilafanku. Ampunilah aku Ya Allah, yang telah banyak terleka dalam kehidupan ini.
😭

Moga Allah redha…

Jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 22 Mac 2020

Peristiwa Isra' Mikraj

Assalamualaikum semua…

Bersiaran lagi...musim2 Covid 19 ni, mama kerja dari rumah je lah. Sib baik bos bagi pelepasan untuk WFH. Kalo terpaksa masuk pejabat, alamatnya ...termenung sorang2 lah...huhu

Untuk kawan2 TM yang bekerja di luar sana, jaga diri masing2 yo...

Gambar dari google


Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Malam 27 Rejab
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.


Banyak lagi ganjaran dan fadilat yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:

1.Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2.Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
3.Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
4.Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
5.Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ï·º.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْØ­َانَ الَّØ°ِÙŠ Ø£َسْرَÙ‰ٰ بِعَبْدِÙ‡ِ Ù„َÙŠْÙ„ًا Ù…ِّÙ†َ الْÙ…َسْجِدِ الْØ­َرَامِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ الْÙ…َسْجِدِ الْØ£َÙ‚ْصَÙ‰ الَّØ°ِÙŠ بَارَÙƒْÙ†َا Ø­َÙˆْÙ„َÙ‡ُ Ù„ِÙ†ُرِÙŠَÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ آيَاتِÙ†َاۚ Ø¥ِÙ†َّÙ‡ُ Ù‡ُÙˆَ السَّÙ…ِيعُ الْبَصِيرُ ﴿Ù¡

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Sumber : Syafiqqolbu & Zam HK

Jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 8 Mac 2020

I love My Smile !!

Assalamualaikum semua…

Pagi Isnin yang indah...selamat berpuasa kepada yang berpuasa. Dah masuk 14 Rejab moh le kita mengganti puasa yang tertinggal2 dulu ye. Aku ni, kalo bab nak raya memang tak de feel...tapi bila nak sambut Ramadhan tu, aishhh paling aku suka. Sebab bulan Ramadhan ni lain dari yang lain, dia punya special tu sangat2 lah aku suka. 

Ok lah. Sebab dah berhabuk blog aku ni, aku update lah sikit2 apa yang patut. hahaha.  Punya malas ko nak update blog dah kenapa Ayu. Malam minggu yang lepas, sebab anak-anak semua ada kat rumah, mama jemput sekali mak abah, adik beradik & anak-anak buah belanja makan. Rezeki nak masuk kan, alhamdulillah...kita kongsi bersama.



Jom lah layan gambar…









Tetiba anak sulong ko buat surprise....siap beli kek SR lagi. Malu mama nak, lain kali bagitau awal, boleh mama touch up sikit muka ni...hahaha

Sampai sini sahaja, sambung nanti ye...

Jumpa lagi, sayonara !!