Selasa, 31 Mac 2020

Syukur Itu Bahagia

Assalamualaikum semua…

Gambar kredit to google

Satu kejadian yang tidak diingini berlaku awal pagi tadi. Aku ambilnya sebagai satu hikmah walaupun itu merupakan satu musibah yang telah berlaku. Ada masa, setiap kejadian yang buruk itu datangnya dengan keizinan Allah jua. Kita sebagai manusia hendaklah redha atas setiap yang berlaku.

Mensyukuri nikmat yang Allah berikan merupakan satu tanda bahawa kita masih berpegang pada tali Allah. Iman manusia ada pasang surutnya. Di kala negara sedang dilanda wabak covid-19, sama-samalah kita berdoa agar wabak ini segera pergi. Bila semua orang berkurung di rumah semasa PKP ini, ambil peluang untuk kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik. Masa inilah kita dapat luangkan masa bersama keluarga tersayang, masa inilah yang sesuai untuk kita menggantikan puasa, masa ini lah yang sangat sesuai untuk kita khatam al-quran, masa ini lah yang sesuai untuk kita bermuhasabah diri, mendirikan solat-solat sunat dan melakukan amalan-amalan yang baik. Allahu ...banyak sangat masa terluang yang Allah beri. 

Menyedari hal itu, membuatkan aku tersedar, betapa dulunya aku sering mengeluh kerana banyak kerja. Sekali Allah bagi ko masa yang terlampau banyak sehingga ko tidak tahu nak buat apa lagi bila 24 jam terkurung di rumah selama 14 hari. Dan tempoh PKP ini pun di teruskan lagi selama 14 hari 😟😟, ko rasa macamana? bertabahlah duhai hati. Sekiranya dalam tempoh PKP ini masih terdapat kes covid-19, maknanya, tidak mustahil tempoh PKP ini dilanjutkan lagi sehingga bulan Ramadhan. Bayangkan tahun ini Ramadhan tanpa dapat solat tarawih di surau/masjid 😢😢 Sedihnya rasa. Dua tahun aku tiada feel pun nak sambut raya, memang menantikan kehadiran Ramadhan Kareem. Feel Ramadhan ni lain...seronoknya hanya hati ni je dapat merasanya. Raya dah jatuh no. 2 bagi aku. Tapi tidak bagi anak-anak, ye lah...masa ni lah dorang nak melawa dan berkumpul ramai-ramai kan...tak pe lah, aku kasi can lah kat anak-anak. Tapi raya tahun ni mesti lain. Tak mungkin wabak covid ni akan berakhir sekelip mata. Semua orang akan lebih berhati-hati. Kita doa yang baik-baik je lah ye...mudah-mudahan Allah lenyapkan wabak ini dari dunia ini sebagai membasuh balik dosa-dosa yang telah kita lakukan. Aamiin

Kejadian demi kejadian yang berlaku dalam diri ini, keluarga ini, masyarakat ini membuatkan aku tersedar bahawa, manusia itu PENDOSA. Setiap hari kita melakukan dosa dan meminta pengampunan dari Allah. Semoga Allah menutup AIB kita. Betapa Allah itu Maha Pengampun, Maha Pemberi, Maha Pengasih dan Penyayang.

Bersyukur pada Allah kerana memberikan kesempatan buatku untuk bertaubat. Moga Allah redha akan aku dan keluargaku. Ya Allah, jadikan aku, anak-anakku dalam golongan yang tetap mendirikan solat. Perkenankan permintaanku ini. Aamiin.

Aku doakan agar kita semua terhindar dari wabak penyakit ini dan memdapat perlindungan Allah sepanjang masa. Semoga semuanya dapat berakhir dengan aman bahagia.

Jumpa lagi, sayonara !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan