Sabtu, 4 April 2020

Hidup Sederhana

Assalamualaikum semua.

Salam Jumaat yang indah, penghulu segala hari. Moga hidup kita semua diberkati dan mendapat perlindungan Allah SWT.

Gambar kredit to google


Kehidupan kita ini hanyalah sementara. Allah hidupkan hamba Nya di muka bumi untuk membawa bekalan di akhirat nanti. Allahu, takutnya menghadapi kematian. Semoga kematian kita semua di dalam keadaan husnul khatimah...aamiin

Gambar di ambil dari FB


Hidup adalah pilihan. Pilihan yang terletak pada tangan kita sendiri. Bila kita pilih untuk kaya, maka berusahalah ke arah itu. Bila kita pilih untuk menjadi orang soleh, maka jagalah tingkah laku dan perbuatan serta belajarlah mendidik hati untuk mengejar redha Allah. Kalau kita pilih untuk sihat, berusahalah dengan menjaga kesihatan. Kalau kita pilih untuk bahagia, carilah bahagia itu. Apa yang paling penting ialah DOA. DOA adalah senjata orang mukmin.

Orang yang pernah susah, dia akan beringat bila dia berada di atas. Aku dulu di masa kecil pernah merasa makan burger pun di potong empat. Ko bayangkanlah kan, sekecik-kecik burger ramly tu dipotong 4 dan di bahagi sama rata untuk 4 beradik 😂😂. Yes, aku tahu bukan kami sahaja yang mengalami situasi macam ni, ramai lagi yang sebaya dengan aku mempunyai nasib yang sama. Hehe...tapi kalo nak diingatkan balik, perkara sebeginilah yang mengajar aku dan adik beradik menghargai di antara satu sama lain. Mengajar kami untuk berkongsi rezeki. Masih segar di ingatan, bila setiap kali abah dapat gaji hujung bulan, kami akan berjalan kaki ke KFC paling dekat yang terletak di Brickfields. Iyalah, abah bukannya ada kereta dan sampai sekarang abah masih tidak tahu bawak kereta. Hanya menggunakan motorsikal untuk ke mana-mana. Jika mak dan abah hendak balik kampung, kami adik beradik akan membawa mereka, ikutlah siapa yang free masa tu. Nasib baiklah dah ada rumah di kampung tu, dapatlah kami adik beradik beraya di sana. Kalau tidak, dahulu masa nak raya je, mesti arwah suami akan carikan homestay untuk kami berkumpul. Banyak jasa arwah pada aku isterinya kerana memberi aku peluang untuk berbakti kepada kedua orang tuaku. Aku bersyukur kerana perjalanan hidupku direstui dan diberkati Allah SWT.

Pengalaman hidup membuatkan aku sedar bahawa laluilah hidup ini dalam bersederhana. Jangan malu terlihat miskin dan jangan berlagak bila dilimpahi kekayaan. Kesenangan hidup adalah landasan untuk kita memanfaatkan hidup ini. Sama-samalah kita mendidik hati untuk menjadi lebih baik dan ikhlas. Setiap orang pasti ada satu sisi baik dan buruk. Moga yang buruk itu Allah selindungkan dan yang datang pada kita adalah yang baik-baik. Moga kita semua  berada di bawah rahmat Allah.

Terima kasih Allah atas segalanya. Aku pernah melakukan dosa masa silam dan aku menyesali setiap perbuatanku. Aku bermohon kepada Mu Ya Rabb, moga Kau sentiasa melindungi aku, anak-anakku, mak abah, adik beradikku dan kaum muslimin dan muslimat di dunia ini. Kasihinilah kami dan sayangilah kami Ya Allah, kami memohon petunjuk dan hidayahMu.

Aamiin..aamiin...aamiin Ya Rabal'alamiin

Jumpa lagi, sayonara !!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan