Monday blues ke tu? Haha...Lemau betul bulan-bulan puasa ni terkurung di dalam rumah sendiri. Nak keluar pun tiada keperluan, duduk sahaja lah di rumah. 😅😅
Malam tadi selepas tarawih, aku bukaklah tv, lama rasanya tak tengok tv malam-malam tetapi ntah apa sebabnya...tengok lah tv sesambil moreh tu. Moreh makan coklat & popia cheese je...nak makan nasi tak berselera, walhal ko dah melantak sepinggan nasi masa berbuka puasa tu...hehe
ok lah...aku tengok drama air mata , tajuknya Insan Terpilih...rupa-rupanya drama ni dah pernah ditayangkan di tv tahun 2019....haha. Sebab aku ni bukanlah penggemar sangat cerita melayu, tapi boleh layanlah...aku pun tengok lah. Pelakon dia biasa-biasanya je...tapi sangat terkesan kat hati aku ni...huwaaaa ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Aku tengok cerita ni sampai habis, merembes air mata aku keluar tanpa dapat di tahan lagi...sedih sangat rasanya. Berbahagialah rasanya jika kita tahu akan dekatnya kematian kita dan kita dapat membuat amal kebaikan...Allahu, moga aku dan kalian semua mati di dalam keadaan husnul khatimah.
Moga kesudahan hidup kita berakhir dengan kematian yang baik, dan semoga Allah menutup aib kita - kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Allahuakbar…
Tengok drama je pun...tapi kesan dia sangat menyentuh hati.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan