Semalam merupakan wedding anniversary ku yang ke-21 tahun. Anniversary yang tak bersambut ðŸ˜...walau apapun kenangan itu tetap terpahat di hati sanubari ini. Akan ku bawa kenangan indah bersamamu hingga akhir hayatku. Haisssh, tetiba craving for cake SR. Tapi anak sulong kata tunggu birthday dia lah baru beli cake 😆😆 ...hmm ok lah mama tunggu je lah 1 Mei nanti...
kau yang ku sayang- Syahrul Azwan bin Ismail
Hari ini pula adalah hari lahir abah yang ke-66 tahun. Selamat Hari Lahir abah. Abah adalah abah yang terbaik bagi angah dan adik beradik. Jasa abah dan mak membesarkan kami tidak dapat kami balas hingga hujung nyawa. Hanya doa yang dapat angah & kami titipkan buat abah dan mak.
Me & my luvly abah
Terima kasih abah atas doanya. Semoga abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki dan dalam redha Allah SWT. Anakmu ini akan sentiasa mengingatimu hingga akhir hayatku.
Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang abah dan emak yang sangat-sangat memahami diri ini. Tolong jagakan mereka untukku.
Rindu hendak bersama mereka. Kau angkatlah penyakit Covid 19 ini Ya Allah. Aku rindu untuk berjumpa kedua orang tuaku.
Aamiin Ya Rabb.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan