Hari Jumaat yang indah. Hari ni genap anak sulongku berumur 20 tahun. Lahir pada 1 Mei 2000. Senangnya nak kira umurmu duhai anak...hehe.
Aku berkahwin pada umur 21 tahun. Jodoh sampai awal lah katanya….hihi. Habis pengajian di Politeknik Kota Bharu, aku tak hadiri pun convocation pertamaku di sana sebab masa tu aku akan diijabkabulkan dengan suami pilihanku. 💖💖👰 Tak dapatlah aku merasa suasana convocation pada waktu itu. haha. Tapi tak per, sebab ada hari yang lebih membahagikan hidup ini…
Begitulah jodoh. Ada masa kita suka, ada masa kita bertengkar, ada masa kita menjauh. Sebab itu orang tua-tua kata, kalo jodoh tidak kemana. Bagi aku, perkahwinan itu ibarat satu pertalian yang indah. Bila masuk je alam rumahtangga, hidup hanya focus pada suami dan meninggalkan yang lain. Banyak kenangan di luar sana yang perlu aku lupakan dan setia pada yang satu. Sepanjang 18 tahun, itu lah yang aku lakukan. Aku mengharapkan kesabaran, kesetiaan, dan kasih sayang yang aku curahkan mendapat redha Allah SWT.
Lahirnya permata hati kami menyerikan lagi jalanan kehidupan seharian kami. Masa aku di dalam labour room tu bila terpandang je wajah mak, terus air mata ini mengalir...tetiba sebak pulak. Besarnya pengorbanan mak melahirkan aku dan adik beradik yang lain. Dan sewaktu aku
kesakitan untuk melahirkan, ada suami di sisi melihat keajaiban tuhan. Merasa lah dia perasaan menyambut anak sulong dan memberi semangat kepadaku. Semua itu kenangan yang tidak mungkin aku lupakan.Buat anakku Nursyazwany Binti Syahrul Azwan - mama doakan dirimu sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah SWT. Semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat, mendapat jodoh yang baik, mendapat rakan-rakan yang baik dan dikelilingi oleh sahabat yang baik. Moga menjadi anak yang solehah dan mendengar kata. Mama sayang anak-anak mama.
Love is everywhere. And I know; Allah love me more 😍💕💕
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan