Assalamualaikum semua...
Marilah kita bekerja kerana Allah. Apapun yang kita lakukan, niatkan kerana Allah dan in shaa Allah setiap perkara yang kita lakukan akan mendapat keredhaan-Nya. PKP bersambung lagi sehingga hujung tahun. Tahun 2020 yang membawa seribu kenangan dalam diri ini. Walaupun masih belum sampai ke penghujungnya tetapi terasa manisnya liku-liku kehidupan yang dilalui sehingga ke hari ini. Banyak hikmah yang ditempuh sepanjang tempoh pkp berjalan. PKP mengajar aku untuk terus tabah dan bersabar. Setiap kejadian yang dilalui memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Maklumlah kan...bila anak-anak semua berada di rumah, dengan kehendak kerajaan lagi bahawa hanya ketua keluarga sahaja yang perlu keluar untuk membeli barang keperluan rumah, dengan masalah air di Selangor lagi...dengan tempoh masa hampir 2 bulan tidak dapat menjengok mak abah di Bangsar...dan bermacam-macam lagi. Semua ini membawa kenangan terindah dalam tahun 2020. Suka duka dilalui bersama keluarga tersayang.
Terkadang ujian hadir dengan bermacam cara. Begitulah Allah hadirkan virus Covid-19 ini untuk memberikan impak yang paling besar dalam kehidupan harian kita. Setiap norma kehidupan kita turut berubah. Dan daripada sini, dapat kita mengambil hikmah bahawa masa yang Allah berikan untuk bersama keluarga tersangatlah berharganya. Namun begitu, ada juga hikmah yang tersembunyi yang Allah berikan. Andai kita mengambil setiap ujian itu sebagai hikmah, besar ganjaran yang Allah sediakan untuk kita.
Bagi aku, terlalu banyak hadiah yang Allah beri. Aku bersyukur kerana Allah sangat sayangkan aku, maka Dia menghadirkan insan-insan yang teristimewa yang sangat menyayangi aku. Aku sebagai hamba Nya hanya mampu berdoa dan Dia telah memberikan petunjuk dan bimbingan untuk aku menuruti gerak hati ini. Pada permulaannya, aku berasa sangsi dengan perasaan sendiri, akhirnya aku mengakui bahawa rasa hati ini bukanlah satu kepura-puraan. Ia hadir dari keikhlasan yang dapat dirasai. Sesuatu yang sukar dimengertikan bila ia melibatkan soal 💙.
Ya Allah,
Aku bermohon kepadaMu...
Setiap apa yang Kau berikan, aku sangat bersyukur dan sangat berterima kasih. Alhamdulillah kerana Kau sangat Pemurah lagi Maha Mengasihani. Kau hadirkan aku insan-insan yang memahami diri ini dan aku sangat menghargainya.
Ya Allah,
Peliharalah aku dan anak-anakku. Lindungilah kami dan selamatkanlah kami di dunia dan akhirat. Jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku dalam golongan yang mendirikan solat. Kasihani kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihani aku di waktu kecil dan bahagiakan kehidupan mereka. Dan kau peliharalah adik beradikku dan keluarga mereka, berikan kebahagiaan buat mereka.
Ya Allah,
Kau lindungilah insan yang istimewa dalam hidupku. Berikan kejayaan buatnya dan jauhkan dia dari hasad dengki manusia. Aku ingin dia berjaya dalam mengejar cita-cita dan impiannya. Kau kabulkan hasratnya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Maha Kaya, maka perkenankan hasratnya.
Ya Allah,
Aku mengharapkan setiap apa yang Kau tetapkan membawa harapan kebahagiaan dalam hidup ini. Aku berlindung di bawah Arash Mu yang Maha Agong. Periharalah kami semua dari musibah dan mara bahaya. Sayangi kami dan kasihanilah kami. Moga apa yang Kau berikan dapat kami manfaatkan sepenuhnya dalam kehidupan kami.
Ya Allah,
Hanya kepada Mu aku memohon pertolongan dan petunjuk. Tetapkan imanku, tetapkan hatiku dalam setiap perilaku harianku.
Allahumasolli'alasaidinamuhammad
Subhanallah
Alhamdulillah
La'ilahaillallah
Allahuakbar
Aamiin Ya Rabbal'alamiin
💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💞💖💝💙
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan