Assalamualaikum semua…
Cuti hujung minggu dihabiskan bersama mak & abah. Seronok betul abah bila tahu anaknya nak tido Bangsar. Ada jugaklah yang menolong abah buat kuih nanti 😄. Malam tu jugak mak ajak jenjalan g Midvalley, nak cari bra...hahaha. ok lah mak, anakmu akan bawa ke mana saja yang mak nak pergi. Sebut je...in shaa Allah sampai.
Sungguh kehidupan ini banyak mengajar aku erti redha. Redha atas ketentuan Nya. Betapa Allah itu Maha Besar, diberikan sedikit kesedihan tetapi digantikan dengan berjuta kebahagiaan. Walaupun ia mengambil masa, ia sangat bererti apabila kita merasai manisnya kehidupan ini.
Sepanjang tiga tahun, aku tidak terfikir pun untuk mencari bahagia kerana bagiku cukuplah dengan apa yang telah berlaku dan aku rasa sendiri itu lebih baik. Tetapi sebagaimana kita merancang, Allah jua telah aturkan perjalanan hidup untuk kita di dunia ini. Terkadang sesuatu perkara itu memang tidak pernah terfikirkan, namun ia hadir dengan ketetapan ilahi. Andai perkenalan ini membuatkan aku bahagia, aku terima dengan hati yang terbuka. Ntah kemana hilangnya prinsip yang selama ini aku pegang. Prinsip yang mana bila Allah kata "kun fayakun" (yang terjadi, maka terjadilah ia)...siapalah aku untuk menidakkan takdir ilahi. Sesuatu yang cuba aku pertahankan, akhirnya tewas juga pada insan yang amat aku sayangi. Maafkan aku kerana rasa ini. Rasa kasih dan sayangku terlalu mendalam buat dirimu dan aku mengharapkan agar ia terus utuh di dalam hatiku. Moga Allah merestui perhubungan ini.
Mengambil iktibar tentang kehidupan sehari-hari, aku tahu Allah memberi peluang buatku untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku. Terima kasih Allah atas kesempatan yang Kau berikan. Dan aku amat berterima kasih pada Allah kerana menemukan aku dengan teman hatiku. Sungguh, indahnya sebuah kedamaian bila dapat duduk bersama, berbual mesra dan keserasian itu semakin hari semakin tersemai kasih sayang itu. Aku mengharapkan ia tidak pudar ditelan waktu dan moga ia kekal harum seperti sekuntum mawar biru yang terletak di jambangan 💙.
Bahagia itu tidak datang dengan sendirinya. Bahagia itu perlu di cari dan mencari. Mencari dengan siapa kita ingin berkongsi kebahagiaan itu. Kerana hidup ini indah, selami hati dan ikutlah rentak hati ini kerana yang ingin memberi bahagia adalah kita dan yang menerima bahagia juga adalah kita.
Dah malam, mata pun mengantuk dah ni...jomlah layan gambar hujung mingguku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan