Jumaat, 4 September 2020

Merasa Bahagia

Assalamualaikum semua...

Salam jumaat yang penuh barokah. Semalam lagi sekali aku ke Pantai Jeram. Agaknya sejarah akan tercipta di sana. Bila stress je, jom lah kita melihat pantai dan ombak yang menghempas ke daratan. Walaupun  kebiruan air itu tidak seperti yang diharapkan, tetapi ada ketenangan yang tidak terucapkan apatah lagi bila duduk berdua di bawah pohon pokok bakau. Hahaha. 


Andai bahagia itu telah di depan mata, bagaimanakah harus ku tolak. Aku tidak menafikan bahawa aku tersangat bahagia bila disampingmu. Layananmu, senyummu, gelak tawamu amat menarik perhatianku. Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan dia yang dapat memahami hatiku. Aku menerima ketentuanMu dan takdirMu telah menemukan aku dengan seorang insan yang aku sayang.

Andai bahagia itu milik kita, sama-samalah kita berdoa agar perkenalan ini mendapat restu dari yang Esa. Kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan. Kita hanya menurut aturan yang Allah tetapkan. Hanya Dia yang mengetahui rahsia hati ini. Hanya Dia yang tahu apa yang akan berlaku di hari esok dan akan datang. Kita hanya menjalankan kewajipan sebagai hambaNya dan mengharapkan yang terbaik dari Nya. 

Moga Allah redha.

Ya Allah, lindungilah orang-orang yang aku sayang. Sayangi kami dan kasihanilah kami sentiasa. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku meminta dan memohon perlindungan. Aamiin...

Sampai sini dulu...tunggu di lain coretan.

Jumpa lagi, sayonara!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan