Sabtu, 28 November 2020

Keinginan dan kemahuan

Assalamualaikum semua…



Selamat berhujung minggu. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Moga apa jua yang berlaku dalam hidup ini akan mendapat keberkahan dari Yang Maha Esa, Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kehidupan ini mengajar aku banyak perkara. Terkadang hidup ini terasa sangat sakit, sakit di mana kau rasa mahu pergi buat selamanya. Namun, bila keesokkan harinya kau terjaga dari lenamu, hidup perlu diteruskan. Sebagaimana janji Allah, "Aku tidak menduga hambaKu sesuai dengan kemampuannya". Jalanilah hidup ini dengan mencari redhaNya. Kehidupan manusia yang sentiasa berbuat silap, di mana siang harinya dia melakukan dosa dan malam harinya dia memohon ampun kepada Allah. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Berilah kami jalan keluar di atas semua permasalahan yang kami hadapi. Hanya Engkau yang lebih mengerti apa yang telah berlaku dan moga pengakhirannya juga baik buat kami. 

Terkadang hidup ini menjadikan kita keliru. keliru dengan diri sendiri. Adakah jalan keluar dari kekeliruan ini? Kita hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Moga Allah redha. Dan dalam hidup ini, ada masanya kita melebihkan orang-orang yang kita sayang sehingga kita terlupa untuk menunaikan kehendak dan impian kita. Benarlah kata orang dulu-dulu, bila sayang itu melebihi segalanya, apa pun kita sanggup lakukan. Apa jua yang kita lakukan, biarlah menjadi rahsia hidup. Hidup yang tidak akan kekal lama, di mana suatu hari nanti...kita akan meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ini. Dan bila saatnya tiba, kita tidak boleh berbuat apa, hanya amalan dan doa yang mengiringi di alam sana yang kekal abadi.

Hidup bukan untuk hari ini, esok dan seterusnya. Hidup adalah jambatan untuk kita sediakan di alam akhirat. Syurga adalah pilihan dan neraka itu juga adalah pilihan. Pilihan yang kita pilih semasa di dunia ini. Takutnya bila menghadapi kematian. Ya Allah, matikan aku dalam keadaan husnul khotimah. Matikan aku dalam islam. Matikan aku dalam iman dan takwa. Moga dipenghujung hayatku nanti dapat aku sebut kalimah AgongMu Ya Allah. Aamiin

Kerana hidup ini satu keindahan yang Allah beri, cari dan rasainya. Yang pergi tidak mungkin akan kembali, hanya doa yang sentiasa mengiringi. Aku tidak mungkin melupakan insan yang telah pergi tetapi kehidupan ini harus diteruskan dengan tenang dan gembira. Andai ada hati yang terluka, aku memohon maaf kerana aku manusia biasa yang juga memerlukan perhatian dan sokongan dari insan yang menyayangiku.

Sekian coretan pagiku. 

Jumpa lagi, sayonara !!


Rabu, 18 November 2020

Restu

 Assalamualaikum semua...

Lama sungguh tak menulis. Hampir ke penghujung tahun 2020. Banyak kenangan walaupun tidak dapat diupdate di fb, maklumlah nak bercuti pun tak boleh sangat, inikan pula nak balik kampung...walhal ada je tempat yang kau pergi tapi tak boleh nak update. Biarlah ia menjadi rahsia hidup. Kenangan itu indah untuk dikenang. 😅

Bila diri disayangi, mana mungkin aku menolaknya. Satu rasa yang tidak pernah aku terfikirkan selepas arwah pergi meninggalkan aku. Haaa...ni sebab doa kengkawan lah ni untuk aku bertemu jodoh 😇. Baik ngaku doa sapa yang akan makbul tu...haha. Terkadang setiap perkenalan yang terjalin, tidak pernah kita tahu pengakhirannya macamana. Cuma apa yang aku tahu, doa adalah  segala-galanya. Yang menentukan adalah Allah SWT. Pertemuan dan perpisahan adalah rencana dari Allah. Takdir yang telah Allah tetapkan buat hamba-hambaNya. Moga apa jua yang Allah tetapkan buatku, buat keluargaku mendapat restu dari Nya. Moga Allah redha.

Ya Allah, Kau lindungi mereka yang aku sayang. Berilah kami kesihatan yang baik, hati yang bersih, jiwa yang tenang, hajat yang tertunai. Kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah, berkatilah kehidupan kami di dunia dan akhirat. Kami memerlukan kasih sayangMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Maha Mengasihani. Engkau adalah segalaNya bagi kami. Berilah kami RahmatMu, KeagunganMu, KemuliaanMu. Jadikan kami hamba yang taat pada perintahMu. 

Ya Allah, andai ini yang tersurat buatku, Kau permudahkan langkahku dalam menjalani kehidupan ini. Sampaikan hajat kami Ya Allah, agar kami tidak tersasar dari Mu. Kami memohon pertolonganMu dan Kau permudahkan segala urusan kami. 

Ya Allah, ku serahkan hidupku, matiku, ibadahku, rezekiku, amalanku, jodohku hanya kepadaMu. Perkenankan permintaanku ini.

Aamiin.

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 4 November 2020

Aku manusia lemah

Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran, apa khabar korang semua? Harapnya sihat-sihat belaka dan semoga kita semua di bawah naungan rahmat Allah SWT. Kes covid yang setiap hari ada je jumlahnya, ntah bila lah nak jadi sifar kan...nampak gayanya bersambung lagi lah PKPB. Tunggu je lah keputusan kerajaan. Haissshhh...lama dah tak melepak di pantai. Rindu pulak mendengar alunan ombak yang menghempas ke daratan dan rindu jugak nak melihat lautan yang terbentang luas di depan mata. Sejuknya lah rasa hati...

Benarlah kata-kata di dalam al-quran, tak ada seorang manusia pun yang tidak di uji. Kamu akan diuji sesuai dengan tahap kemampuan kamu. Disebabkan ujian manusia itu berbeza-beza, janganlah cepat kita berputus harapan. Selagi ada Allah yang Maha Mendengar, selagi ada kudrat untuk melakukan, selagi ada hati untuk meluah, selagi kita ada DOA...maka berdoalah semoga hajat yang kita inginkan akan Allah kabulkan. Cepat atau lambat, semuanya adalah ketetapan dariNya...jangan kita berputus asa dalam kehidupan ini.  

Hidup ini indah dan aku ingin merasai keindahannya. Dan kita tidak tahu apa yang berlaku, tetapi kita masih dapat merancang masa depan. Baik perlakuan kita, maka yang datang juga akan baik-baik. Aku yakin bahawa Allah akan kabulkan setiap doaku. Apa yang perlu aku buat adalah bersabar. Memang terkadang kesabaran itu ada tahapnya tetapi aku yakin sampai masa yang sesuai, Allah akan menolongku. Allah tidak akan sekali-kali membiarkan doa hamba Nya tidak berjawab. Aku akan terus berdoa semoga apa yang aku hajati akan diperkenankan oleh Nya. In shaa Allah.

Pernah ke kita terfikir setiap pertemuan yang berlaku adalah dengan izin Allah jua. Terkadang ia hadir walaupun sebentar cuma tetapi ia cukup memberi kesan di dalam hati. Itulah takdir dan waktu yang Allah beri untuk kita bermuhasabah diri melalui insan-insan yang hadir dalam hidup kita. Ada kalanya kita gembira, ada kalanya kita berduka, ada kalanya kita merasa bahagia dan bermacam-macam rasa lagi. Andai bahagia menjadi milikmu, teruslah berdoa agar ia terus mekar di sudut hatimu yang paling dalam. Andai kekayaan yang kita perolehi, bersyukurlah kerana Allah akan tambahkan lagi nikmat kesyukuran itu. Kaya tidak semestinya dari wang ringgit, kaya merangkumi budi pekerti, hati yang bersih, jiwa yang tenang dan percakapan yang baik-baik. Apa yang penting, kita terus berusaha dalam mengejar apa yang kita mahukan dalam hidup ini.

Kita tidak boleh mengulang waktu. Kita tidak boleh berpatah semula di zaman lalu. Apa  yang boleh kita lakukan adalah merancang apa yang akan kita lakukan pada masa akan datang. Andai rancangan itu tidak kesampaian, kita masih ada zuriat yang boleh menyambung apa yang kita inginkan. Mudah-mudahan Allah permudahkan setiap apa yang kita kerjakan. Aamiin

Ok, sampai sini coretanku. Nak tengok drama Perempuan tanpa dosa...ada ke orang yang tidak melakukan dosa? 😔😐 apa-apapun moga dosa yang aku lakukan akan diampunkan Allah. Sungguh aku manusia yang lemah, yang sentiasa berbuat dosa. Ya Allah, ampunilah aku, setiap perbuatan dan kelakuanku. Aku memohon ampun kepadaMu. Peliharalah aku Ya Rabb. Aamiin…

gambar kredit to google


Jumpa lagi, sayonara !!