Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran, apa khabar korang semua? Harapnya sihat-sihat belaka dan semoga kita semua di bawah naungan rahmat Allah SWT. Kes covid yang setiap hari ada je jumlahnya, ntah bila lah nak jadi sifar kan...nampak gayanya bersambung lagi lah PKPB. Tunggu je lah keputusan kerajaan. Haissshhh...lama dah tak melepak di pantai. Rindu pulak mendengar alunan ombak yang menghempas ke daratan dan rindu jugak nak melihat lautan yang terbentang luas di depan mata. Sejuknya lah rasa hati...
Benarlah kata-kata di dalam al-quran, tak ada seorang manusia pun yang tidak di uji. Kamu akan diuji sesuai dengan tahap kemampuan kamu. Disebabkan ujian manusia itu berbeza-beza, janganlah cepat kita berputus harapan. Selagi ada Allah yang Maha Mendengar, selagi ada kudrat untuk melakukan, selagi ada hati untuk meluah, selagi kita ada DOA...maka berdoalah semoga hajat yang kita inginkan akan Allah kabulkan. Cepat atau lambat, semuanya adalah ketetapan dariNya...jangan kita berputus asa dalam kehidupan ini.
Hidup ini indah dan aku ingin merasai keindahannya. Dan kita tidak tahu apa yang berlaku, tetapi kita masih dapat merancang masa depan. Baik perlakuan kita, maka yang datang juga akan baik-baik. Aku yakin bahawa Allah akan kabulkan setiap doaku. Apa yang perlu aku buat adalah bersabar. Memang terkadang kesabaran itu ada tahapnya tetapi aku yakin sampai masa yang sesuai, Allah akan menolongku. Allah tidak akan sekali-kali membiarkan doa hamba Nya tidak berjawab. Aku akan terus berdoa semoga apa yang aku hajati akan diperkenankan oleh Nya. In shaa Allah.
Pernah ke kita terfikir setiap pertemuan yang berlaku adalah dengan izin Allah jua. Terkadang ia hadir walaupun sebentar cuma tetapi ia cukup memberi kesan di dalam hati. Itulah takdir dan waktu yang Allah beri untuk kita bermuhasabah diri melalui insan-insan yang hadir dalam hidup kita. Ada kalanya kita gembira, ada kalanya kita berduka, ada kalanya kita merasa bahagia dan bermacam-macam rasa lagi. Andai bahagia menjadi milikmu, teruslah berdoa agar ia terus mekar di sudut hatimu yang paling dalam. Andai kekayaan yang kita perolehi, bersyukurlah kerana Allah akan tambahkan lagi nikmat kesyukuran itu. Kaya tidak semestinya dari wang ringgit, kaya merangkumi budi pekerti, hati yang bersih, jiwa yang tenang dan percakapan yang baik-baik. Apa yang penting, kita terus berusaha dalam mengejar apa yang kita mahukan dalam hidup ini.
Kita tidak boleh mengulang waktu. Kita tidak boleh berpatah semula di zaman lalu. Apa yang boleh kita lakukan adalah merancang apa yang akan kita lakukan pada masa akan datang. Andai rancangan itu tidak kesampaian, kita masih ada zuriat yang boleh menyambung apa yang kita inginkan. Mudah-mudahan Allah permudahkan setiap apa yang kita kerjakan. Aamiin
Ok, sampai sini coretanku. Nak tengok drama Perempuan tanpa dosa...ada ke orang yang tidak melakukan dosa? 😔😐 apa-apapun moga dosa yang aku lakukan akan diampunkan Allah. Sungguh aku manusia yang lemah, yang sentiasa berbuat dosa. Ya Allah, ampunilah aku, setiap perbuatan dan kelakuanku. Aku memohon ampun kepadaMu. Peliharalah aku Ya Rabb. Aamiin…
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan