Assalamualaikum semua...
Lama sungguh tak menulis. Hampir ke penghujung tahun 2020. Banyak kenangan walaupun tidak dapat diupdate di fb, maklumlah nak bercuti pun tak boleh sangat, inikan pula nak balik kampung...walhal ada je tempat yang kau pergi tapi tak boleh nak update. Biarlah ia menjadi rahsia hidup. Kenangan itu indah untuk dikenang. 😅
Bila diri disayangi, mana mungkin aku menolaknya. Satu rasa yang tidak pernah aku terfikirkan selepas arwah pergi meninggalkan aku. Haaa...ni sebab doa kengkawan lah ni untuk aku bertemu jodoh 😇. Baik ngaku doa sapa yang akan makbul tu...haha. Terkadang setiap perkenalan yang terjalin, tidak pernah kita tahu pengakhirannya macamana. Cuma apa yang aku tahu, doa adalah segala-galanya. Yang menentukan adalah Allah SWT. Pertemuan dan perpisahan adalah rencana dari Allah. Takdir yang telah Allah tetapkan buat hamba-hambaNya. Moga apa jua yang Allah tetapkan buatku, buat keluargaku mendapat restu dari Nya. Moga Allah redha.
Ya Allah, Kau lindungi mereka yang aku sayang. Berilah kami kesihatan yang baik, hati yang bersih, jiwa yang tenang, hajat yang tertunai. Kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah, berkatilah kehidupan kami di dunia dan akhirat. Kami memerlukan kasih sayangMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Maha Mengasihani. Engkau adalah segalaNya bagi kami. Berilah kami RahmatMu, KeagunganMu, KemuliaanMu. Jadikan kami hamba yang taat pada perintahMu.
Ya Allah, andai ini yang tersurat buatku, Kau permudahkan langkahku dalam menjalani kehidupan ini. Sampaikan hajat kami Ya Allah, agar kami tidak tersasar dari Mu. Kami memohon pertolonganMu dan Kau permudahkan segala urusan kami.
Ya Allah, ku serahkan hidupku, matiku, ibadahku, rezekiku, amalanku, jodohku hanya kepadaMu. Perkenankan permintaanku ini.
Aamiin.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan