Khamis, 14 Januari 2021

Masa Mengubah Segalanya

Assalamualaikum semua.

Selamat pagi Jumaat yang indah. Redupnya hari ini seindah kasih sayangku terhadap insan-insan yang aku sayangi. Moga kalian semua dilindungi Allah SWT.


Hidup banyak mengajar kita erti SABAR dan REDHA. Masa yang berlalu terlalu cepat memungkinkan apa yang kita ingini tidak akan tercapai. Terkadang hati ini berat mengatakan bahawa setiap doa yang dititipkan kepada Allah akan dikabulkan dengan harapan ia terlaksana secepat mungkin. Tetapi keadaan masih sama, kau dan aku tetap menjadi teman dan mungkin akan terus menjadi teman sampai bila-bila. Aku percaya andai sampainya waktu, aku harus meninggalkan...aku akan pergi dalam hidupmu walaupun kasih dan sayang ini terlalu mendalam buatmu. Namun, aku masih berusaha untuk mencapai impianku dan impianmu...aku tidak akan mengalah selagi masih ada sinar dalam harapanku. Andai sinar itu kelam, dan petunjuk itu berada di depan mata, aku harus membuat keputusan yang sebaiknya untuk diriku dan dirimu jua. Aku tidak mahu menidakkan takdir Allah, sesungguhnya pertemuan ini adalah rencana dari yang Esa. Setiap kejadian yang berlaku adalah ketetapan dari Ilahi dan aku hanya mengikut aturan yang Allah telah siapkan buat diriku.

Teman…

Aku sangat menyayangimu. Sayangku bukan bermakna aku dapat melupakan kisah laluku bersama arwah suamiku. Dia seorang yang sangat baik buatku, aku tahu dia sangat sayang kepadaku sepertimana kau menyayangi suri hatimu. Aku tidak kisah jika kau ingin bercerita perihal keluargamu dan aku mendoakan agar hidup bahagia selalu. Hidup banyak mengajar kita lebih dewasa. Jangan pernah kita merasa bahawa hidup ini tidak adil. Setiap corak kehidupan manusia ada dalam genggaman manusia itu sendiri. Takdir dan waktu telah ditentukan sejak kita di alam rahim lagi tetapi kita masih boleh mengubah qada' dan qadar' dengan DOA dan USAHA. Allah tidak sekali-kali membiarkan DOA hamba Nya berlalu sepi. Allah akan kabulkan permintaan DOA hamba Nya satu persatu mengikut masa dan keadaan yang sesuai.

Teman…

Hati ini memang selalu tersakiti tanpa sedar. Tetapi aku dapat membasuh lukanya dengan air mataku. Aku sangat yakin bahawa Allah sangat sayangkan aku. Permintaanku mungkin tidak ditunaikan secepat yang kita mahukan tetapi aku yakin satu masa nanti, Allah akan memberi keindahan yang sebenar dalam hidupku. Hati ini tidak mungkin berubah, tetapi tingkahlaku ini akan membuatkan dirimu sedikit terasa. Maaf andai aku membuatkan hatimu terguris, bukan niatku untuk berbuat begitu tetapi aku sedar kedudukanku. Aku telah tersasar jauh dari landasan yang aku inginkan, dan aku akan pulang semula ke pangkal jalan. Aku mahu persiapkan diriku menemui cinta hatiku yang paling agong, Allah yang satu. Dan impianku untuk mengejar Syurga Firdaus. Semoga Allah menutup segala aibku dan kamu dan satu masa nanti kita akan meninggalkan dunia ini dalam keadaan husnul khatimah. Aamiin

Semoga setiap perlakuan kita di balas dengan kebaikan. Aku doakan agar dirimu bjaya membuktikan bahawa kau seorang lelaki hebat yang tulus dalam membantu rakan-rakanmu dalam urusan harian mereka dan menjadi seorang bos yang baik dan disegani. 😄

Sampai sini sahaja penulisanku. 

Sayonara !!

1 ulasan:

  1. Titanium Fishing Pliers - Best Price - TITIAN ART
    Titanium Fishing Pliers: Titsatonic Art & Design Tita has an extensive titanium hair background in art and design ffxiv titanium nugget and titanium 170 welder can be a true art collector and titanium white dominus have titanium nipple bars a

    BalasPadam