Assalamualaikum semua…
Selamat bercuti dan selamat berhujung minggu. Selamat menyambut tahun baru 2021. Moga hadirnya tahun ini membawa kegembiraan dan kebahagian dalam hidupku.
Selalunya aku tekadkan azamku di tahun Maal Hijrah, cuma tahun 2021 agak berbeza sikit...dengan norma baru, Covid-19 yang banyak mengubah segalanya. Betullah orang kata, sedangkan pantai boleh berubah, manusia pun boleh berubah. Pantai yang dulunya tercemar, kini lautannya luas membiru...sangat indah tanpa pencemaran. Begitulah kehidupan manusia, menikmati keindahan alam semulajadi, dapat menjadikan hati ini terasa begitu tenang. Setenang air laut yang menghempas ke pantai membentuk buih-buih indah. Sejuk mata memandang.
~ 2021 ~
New Norm
New Beginning
New Chapter
New Vision
New Mission
& New Me
Aku bermohon kepada Mu Ya Allah, moga tahun ini aku terpanggil untuk menunaikan umrahku yang pertama. Andai terpanggil untuk aku menunaikan haji, sujud syukur aku pada Mu Ya Allah. Satu anugerah yang sangat terindah dalam hidupku. Moga hari itu akan tiba. In shaa Allah...dan untuk itu, aku akan bersedia untuk menemui Mu Ya Allah. Aku akan persiapkan diriku untuk Mu. Aku ingin merasai kenikmatan beribadah di rumah Mu. Jemputlah aku sebagai tetamu Mu yang sangat istimewa. Aku rindu Ya Allah, rindu untuk melihat keajaiban di depan mataku. Moga Kau redha dalam perjalanan hidupku. Bantulah aku, berilah aku petunjuk dan hidayahMu dalam aku menjalani kehidupan harian ku. Aamiin…
Hidup untuk memberi bahagia dan membahagiakan. Andai aku berupaya membahagiakan orang-orang yang aku sayang, aku akan berbuat demikian. Sungguhpun ada luka dalam hati, aku telah persiapkan ubat dan penawarnya. Aku yakin setiap yang berlaku pasti terselit hikmah yang tersembunyi. Tidak kiralah suka atau duka, tangis atau gembira, sayang atau benci...dan aku tidak mungkin menanam kebencian dalam hati kerana perasaan itu tidak wujud lagi dalam hatiku. Ntah ke mana hilangnya...dan yang hanya aku tahu, aku akan terus berusaha untuk menggembirakan hati mereka disekelilingku. Mendapat sesuatu yang mustahil, ada masanya memerlukan effort yang lebih...tapi aku yakin Allah tidak akan menolak doa hamba Nya. Allah akan beri satu persatu mengikut masa yang sesuai. Moga segala impianku dan impian nya tercapai. Hidup bukan hanya untuk aku, tapi untuk semua yang aku sayang. Kerana kasih sayangku, aku rela melakukan apa sahaja walaupun ada kalanya hati ini terguris juga. Aku mengalah bukan bermakna aku kalah, tapi aku mengalah kerana aku tahu setiap kebaikan yang diberi akan mendapat kebaikan juga. Itu janji Allah dan yang pastinya Allah tidak akan membiarkan hamba Nya teraniaya. Peritnya yang dirasa hari ini, pasti akan diganti dengan manisnya senyuman.
Tahun 2020 banyak kenangan terindah yang dilalui. Terima kasih Allah atas segalanya.
Moga keceriaan menjadi peneman hidup ini. Kuserahkan hidupku, matiku, amalanku, rezekiku...hanya kerana Mu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Besar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sayangilah aku Ya Allah. Sayangi orang-orang yang aku sayang.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Laa'ilahaillallah, Muhammadar'rasulullah
Jumpa lagi. Sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan