Jumaat, 14 Mei 2021

Janji

Assalamualaikum…

Ada yang dah start puasa 6 ke tu? Masih bercuti, layan anak-anak kat rumah je lah. Petang agak-agak boring, boleh lah kita ke mall ye...window shopping 😄 Nak makan kat mall pun tak boleh, nak beraya lagi lah tidak dibenarkan...penangan PKP 3.0. Hadap aje lah...huhu

gambar kredit to fb

Bulan depan dapat lah bos baru...nama sapa pun tak tahulah, ntah apa yang di rahsia sangat. Sebab aku dah biasa tukar-tukar bos ni, lantak lah sapa-sapa pun, asalkan aku buat keje hakiki...jangan ganggu sudeh...😇

Aku ni sejenis yang kalau kau dah cakap, kau kena lah tunaikan. Jangan pandai berjanji je tapi habuk pun tak de. Yang ni memang aku pantang. jangan salah faham dengan aku sebab aku akan terus bersangka baik selagi aku yakin dengan orang tu. Jangan sampai aku dah tak percaya, hi hi bye bye lah jawabnya. Bagi aku, apa je yang berlaku dalam hidup, pasti ada alasan yang tersendiri. Allah sedang menguji. Tiada seorang manusia pun yang tidak akan di uji. Jangan sangka, diri ini, dirimu dan diri kalian semua baik sangat. Kita semua pendosa, sentiasa berbuat salah dan silap. Tapi Allah itu Maha Penyayang, maka dia tutup aib-aib kita. 

Dalam hidup, ada masa dan ketika, tanpa sedar...kita telah tersakitkan hati orang. Terkadang kita tak pernah pun terfikir, percakapan kita, tingkah laku kita boleh menyebabkan orang terasa dan melukakan hati. Tapi masa tidak mungkin dapat diundur, yang berlaku itu, telah pun berlaku. Hanya permohonan maaf je lah yang dapat di pinta. Haaaa...sebab masih hari raya ni, marilah kita bermaaf-maafan 🙏🙏

Umur pun dah lebih 40-an, malas dah nak fikir perkara yang menyesakkan kepala. Rasa nak tenang-tenang aje. Kehidupan mengajar banyak benda, menghargai orang yang sayang dengan dirimu. Perasaan sayang itu bukanlah satu paksaan. Ia lahir secara semulajadi, tiada siapa pun pinta. Andai kasih itu wujud, sayang itu pasti ada. Dan andai sayang itu ada, agak susah untuk meninggalkan. 

Masa berubah, manusia berubah...💙 juga akan berubah. Moga setiap yang berubah itu membawa kebaikan untuk semua. Moga Allah redha…



Jumpa lagi...sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan