Assalamualaikum semua…
Semoga hari-hari yang mendatang membawa seribu keceriaan dalam hidup kita semua. Syawal hari ke-4...rakan sekerja anak bertandang di rumah. Kalau dah rakan sekerja tu...termasuklah dengan si dia kan. Hari ke empat baru ketemu. Ok lah, mama jangan merajuk lagi ye...apa pun, mama tetap bergaya di hari raya 😉😅
Bertemu dan berkenalan dengan dia membuatkan mama rasa di hargai. Maafkan mama kerana mama tahu anak-anak tidak berapa suka dengan pilihan mama. Mama ada sebab sendiri kerana memilih dia. Janganlah kalian menganggap mama ini meruntuhkan rumah tangga orang, tidak pernah terfikir pun mama untuk berbuat demikian. Mama bukan merampas segalanya, mama cuma perlukan sedikit perhatian dan kasih sayang. Mama pernah merasa terluka dahulu dan mama tahu betapa pedihnya perasaan itu. Namun, apa yang berlaku adalah ketentuan Allah jua. Mama menerimanya dengan berlapang dada. Andai ada jodoh, mama akan menerimanya kerana dia telah bertakhta di hati mama. Ini bukan bermakna mama dapat melupakan ayah kalian di alam sana. Ayah tetap di hati mama. Tidak mungkin mama lupakan tetapi beri peluang mama menghabiskan sisa hidup ini dengan pilihan mama. Mama hanya ingin merasa bahagia dan dihargai. Mama tidak mungkin mensia-siakan anak-anak mama. Segala-galanya telah mama sediakan untuk kalian. Demi Allah, mama bersyukur kerana mendapat anak-anak yang baik, yang mendengar kata, walaupun kadang-kadang tingkahlaku kalian telah membuat mama sedih. Mama sentiasa bersangka baik...dan sentiasa berdoa agar anak-anak mama berjaya di dunia dan akhirat. Ayah menanti doa darimu duhai anak. Setiap hari dan ketika, doa anak yang soleh dan solehah dari kamu setiap anak-anakku.
Janganlah kerana perlakuan mama, membuatkan kamu berasa terasing dan beranggapan kasih sayang itu kian pudar. Tidak pernah sekalipun mama tidak sayang anak-anak mama. Mama terlalu sayangkan kamu. Betapa Allah ingin memberikan pahala yang cukup banyak buat mama untuk membesarkan kamu anak-anak yatim. Walaupun dalam kesedihan dan kelukaan, mama pasti apa jua aturan yang Allah beri, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Satu hari, Allah akan buka hikmah itu satu persatu dan kalian semua akan bahagia di samping pilihan hati masing-masing. Selagi mama hidup, iringan doa akan sentiasa ada untuk kamu duhai anak-anakku.
Mama sayang kamu anak-anakku dan mama sayang dia juga. Kasih ini tidak mungkin hilang walaupun masa berlalu. Ingatlah anak-anakku...kasih dan sayang mama tidak mungkin berubah. Ia lahir dari hati yang suci murni. Moga Allah kurniakan rahmat dan kasih sayangnya buat mama, buat anak-anak mama dan juga dia. Nama kalian akan ku sebut dalam tahajudku. Tidak mungkin aku lupakan.
Satu hari nanti kalian akan mengerti. Itu mama pasti. Mama tidak mengharapkan harta benda, hanya secebis kasih sayang sudah cukup untuk membahagiakan mama.
Ya Allah,
Lindungilah anak-anakku...
Nursyazwany binti Syahrul Azwan
Mohamad Syaznawie bin Syahrul Azwan
Mohamad Syahiman bin Syahrul Azwan
Mohamad Syahimin bin Syahrul Azwan
Nursyazliyana binti Syahrul Azwan
Berilah kasih sayang Mu kepada kami sekeluarga...
Kasihanilah kedua ibu bapaku...Wahili bin Abdullah dan Samsiah binti Bahatan sebagaimana mereka mengasihiku di waktu kecil...begitu juga adik beradikku Ya Allah
Terangilah dan lapangkanlah kubur arwah suamiku Syahrul Azwan bin Ismail, tempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman...
Kau bahagiakan insan yang aku sayang Raja Mohd Shamsul bin Raja Abdul Rahman dan keluarganya, berilah kejayaan buatnya dan permudahkan urusannya...
Ya Allah...sayangilah aku hambaMu..aku Wahidayu binti Wahili memohon keampunan kepadaMu Ya Allah, kasihani dan sayangilah aku. Pilihlah aku menjadi insan yang Kau pilih untuk disayangi...
Bimbinglah kami semua ke jalan Mu. Temukan kami di syurga firdaus. Matikan kami dalam keadaan husnul khatimah. Hanya kepada Mu kami bermohon, perkenankanlah permintaan hamba Mu ini.
Aamiin...
Sampai sini dulu
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan