Rabu, 21 Ogos 2019

Tulis Cerpen

Assalamualaikum semua..

Di awali dengan lafaz bismillah...ceria-ceriakan hidup kita pagi ni 😃 
Mood menulis adalah sikit-sikit. So mama bagi sikit apa yang mama dah tulis. Rasa cam nak tulis cerpen tapi tak habis lagi...mama bagi sikit lah yang mana dah mama tulis.


Cerpen – Andai Itu Takdir Nya

“Kita putus, hubungan kita setakat ini sahaja”, kata Danial Ikhwan kepada Ayu Suraya. Lantas, dengan perlahan Ayu Suraya mengangkat kaki meninggalkan Danial Ikhwan. Kehangatan petang itu di Taman Tasik Titiwangsa terasa begitu hening sekali. Ada air mata gugur di kelopak matanya. “Sampai hati abang minta putus, apa salah Ayu?”, desisnya dalam hati. Perlahan Ayu melangkah dengan harapan agar Abang Danial mengikutnya dari belakang tetapi hampa. Segera dia menahan teksi dan pulang ke rumah.

Ah, terlalu banyak kenangan yang bermain di fikiran Ayu. Walaupun Abang Danial bukan yang pertama bertakhta dihatinya, dia mengharapkan Abang Danial ada lelaki yang terakhir yang hadir dalam hidupnya. Betapa cintanya terhadap Abang Danial terlalu agung. Abang Danial adalah seorang lelaki yang banyak berteloransi dengannya. Ialah, sikapnya yang keras kepala dan degil telah dilembutkan oleh seorang lelaki yang bergelar Danial Ikhwan. Bagi Ayu Suraya, dia tidak dapat melihat lelaki lain lagi selain Abang Danial.

Hmmm…degusnya dalam hati. Malam itu, Ayu Suraya tidak dapat melelapkan mata. Kejadian petang tadi berlegar-legar di fikirannya. Kenapa mesti putus? Kenapa? Aku telah serahkan segalanya kepada Abang Danial. Aku sayang kepadanya. Terlalu sayang. Macamana lagi nak ku ungkapkan perkataan keramat ini. “Aku cinta padamu”. Sungguh aku telah jatuh cinta padanya. Cinta pandang kedua. Pandangan pertama, aku melihatnya bersama kekasih hatinya. Mereka begitu mesra. Masih ku ingat di waktu seluruh Semenanjung Malaysia bergelap, aku menemani rakan untuk berjumpa kenalannya. Dari situlah aku mengenalinya. Selepas itu, rakan aku memberitahu bahawa dia telah putus dengan kekasih hatinya. Wah, ada can lah aku nak masuk line, hehe.

“Ayu, weekend ni jomlah kita pergi Sungai Congkak”, ajak Intan. “Haa, nak pergi ngan sapa? Ko boleh lah sebab balak ko ada moto”, kata aku. “Alaa…ko ajak lah sapa-sapa yang ada moto, leh join sekali”, kata Intan. Sapa aku nak ajak ni?, getus Ayu dalam hati. Otaknya ligat berfikir, sapa pulak yang ada moto ni. Seronok jugak kalau dapat join Intan pergi mandi manda. Hujung minggu bukannya ada aktiviti. “Ayu, ko try lah ajak Abang Danial”, kata Intan. “Seganlah aku”, jawabku. “Tak payah nak segan lah hai, dia member ngan balak aku lah, balak aku kenal dia. Lagi pun dia masih single lah”, ucap Intan lagi.

Esok malam, aku memberanikan diri untuk menelefon Abang Danial. Tut!tut!..telefon berdering. “Assalamualaikum Abang Danial, hujung minggu ni free tak?, kata Ayu. “Hujung minggu ye, rasa macam tak de apa-apa hal, napa?”, balasnya. “Hmmm, camne nak cakap ni, seganlah. Sebenarnya macam ni, Intan ajak pergi Sungai Congkak, convoi motor. Ayu nak pergi tapi tak de teman. Abang boleh temankan tak?”, soalku. Wah…merah muka, tak pernah-pernah aku memulakan dulu pertemuan ini. “Boleh jugak”, kata Abang Danial. “Ok, jumpa Ahad ni kat Stesen Petronas depan ni nanti ye, pukul 8 pagi”, aku mengakhiri kata-kata.

Hari minggu pun tiba. 

Bersambung….tunggu ye 👀

Sayonara !!

Selasa, 20 Ogos 2019

Bila kita rasa macam nak mati?

Assalamualaikum semua,

Apa khabar korang? Moga sihat-sihat hendaknya. Kelmarin mama balik dari kerja, badan ni rasa macam tak berapa nak sihat. Dahi berpeluh-peluh. Dalam hati rasa macam diri ini berada di ambang kematian. Hmmm, mengingatkan kepada kematian membuatkan mama rasa takut sangat. Ye lah, kita sedar setiap orang pasti akan mati. Tapi bagi mama, mama masih perlu meneruskan hidup ini. 

Ya Allah, Kau panjangkanlah umurku. 

Aku masih ada anak-anak yang perlu diberi perhatian. 

Aku masih ada emak dan abah yang perlu aku berbakti kepada mereka. 

Aku masih ada adik beradik yang perlu aku santuni mereka. 


Ya Allah, lindungilah aku. 

Aku perlu melihat anak-anak membesar di depan mata. 

Berilah aku peluang untuk melihat anak-anakku berjaya di dunia dan akhirat. 

Berilah aku peluang untuk memberikan kasih sayang seorang mama dan ayah kepada mereka.

Berilah aku peluang menggembirakan mereka.

Berilah aku peluang untuk mendengar segala keluh kesah mereka.

Mereka adalah amanah Mu untuk aku jaga.


Ya Allah, jadikan aku, anak-anakku dan keturunanku dalam golongan yang mendirikan solat.

Perkenankan permintaanku ini.

Aamiin Ya Rabbal'alaamiin

Selasa, 6 Ogos 2019

Cinta Monyet

Assalamualaikum semua..

Apa khabar hari ini? Moga sihat-sihat hendaknya. Semalam kan, anak bujang bercerita ngan mama.

Anak 2: Mama, awie ngan ain dah putus
Mama : Haaa, putus?
Anak 2: A ah...dia layan lelaki lain
Mama : Awie camne? Frust ke?
Anak 2: Tak de lah..

😱😥


Wahai anak,

Perjalananmu masih jauh. Ramai lagi orang yang akan kalian jumpa di luar sana. Bermula dari alam persekolah, alam universiti, alam pekerjaan dan sehingga satu masa kalian akan berjumpa dengan pilihan hati masing-masing. Disaat itu, baru kalian akan kenal hati budi masing-masing. Sebuah ikatan memerlukan reaksi yang cukup sempurna dari kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan. Masih banyak masa untuk kamu membuat pilihan dan ada masanya pintu hati kamu diketuk oleh si dia. Pertemuan dan perpisahan itu pasti akan terjadi. Kita tidak tahu perancangan Allah tetapi yang kita pasti Allah adalah sebaik-baik rencana-Nya.

Wahai anak,

Perempuan atau lelaki yang baik tidak akan membiarkan dirinya disentuh oleh mereka yang bukan muhrimnya. Begitulah kuasa cinta. Cinta membolehkan kita hanyut dalam penasaran. Cinta boleh membutakan mata hati untuk melihat keburukan. Andai rasa itu wujud dalam dirimu, berpeganglah pada tali Allah. Jangan biarkan dirimu terleka dek kerana panahan asmara itu.

Wahai anak,

Sedarlah. Takdir itu indah untuk dikenang. Pasangan hidup kita ada kalanya berlawanan dengan kehendak kita. Semua itu telah tertulis. Ada orang dijodohkan dengan pasangan yang tidak banyak cakap dengan pasangan yang kecoh mulutnya. Ada orang dijodohkan dengan pasangan yang panas baran dengan yang lembut hatinya. Ada orang ditakdirkan jodohnya dengan seorang yang alim dengan pasangan yang kasar tingkah lakunya. Begitulah ketentuan Allah. Kita tidak boleh menidakkan. Kita hanya mampu berserah dan berdoa agar kita ditemukan jodoh yang baik-baik.

Wahai anak,

Mama sentiasa doakan kalian mendapat jodoh yang menjadi pilihan hatimu dan kalian mendapat pasangan yang boleh menerimamu seadanya. Pasangan yang dapat menerima baik dan buruk kalian kerana tidak ada seorangpun yang sangat sempurna di dunia ini. Setiap orang pasti ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Jadi hargailah dan jagalah orang-orang yang kalian sayang.

Moga kita semua terpelihara dalam rahmat Allah SWT.

Sampai sini coretan mama, sayonara !!