Isnin, 8 Oktober 2018

Majlis pernikahan adik bongsuku @ 6 Sept 2018

Assalamualaikum semua..


Hujan lebat melanda Klang saat ini. Dan memang kita tahu kan, ramalan kaji cuasa ada mengatakan bahawa hujan akan turun sehingga hujung bulan Disember. Dan ada ura-ura mengatakan bahawa kawasan Klang akan menghadapi banjir. Hujan itu memang membawa rahmat tetapi hujan yang berlebihan boleh menyebabkan musibah seperti banjir dan sebagainya. Sama-sama lah kita berdoa kepada Allah SWT, semoga Allah memelihara kita semua.

Haha, mukadimah kena ada sebelum memulakan bicara. Ni kejadian hari Sabtu lepas, kami semua ke Bukit Ampang kerana meraikan adik bongsuku ber akad nikah. Sampai jodohnya di kala umur 27 tahun. Maka genaplah sudah kesemua adik beradikku telah berumahtangga. Ni kira majlis penutup buat Wahili family...

Jom lah layan gambar

















My big family

Family perempuan


Tak banyak nak cerita, biar gambar je yang berbicara ye...tahniah buat adik bongsuku Mohamad Fadhir Bin Wahili dan pasangannya Nur Syafika binti Arip. Angah doakan korang berbahagia selalu dan dilimpahi rezeki serta Berjaya di dunia dan akhirat. Selamat menjalani hidup berumahtangga.

Sekian, jumpa lagi..sayonara !!

Isnin, 1 Oktober 2018

Menunaikan Impian

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua, pagi yang didatangkan dengan hujan lebat. Semalam petang hujan ribut dikawasan Klang. Sana sini orang update mengenai pokok tumbang, atap terbang dan macam-macam lagilah. Sape yang merasainya, memang akan terasa. 

Perasan tak..Allah timpakan hujan supaya kita boleh berdoa sebab doa bila hujan ni akan Allah makbulkan. Tetapi jika hujan yang disertakan ribut dan petir, mungkin akan membawa mala petaka. Untuk mereka yang bersangka baik, fenomena ini sebagai peringatan untuk kita semua supaya lebih dekat dengan Allah SWT. Ye ada juga yang mengaggap ini sebagai musibah tetapi ketahuilah, Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang ditimpakan kepada umatNya.

Suka nau kan mama ayu lari dari tajuk...haha. Meh sini mama nak ceritakan mengenai menunaikan impian. Setiap orang mempunyai impian masing-masing, tidak kira kecil atau besar impian itu. Apabila seseorang berimpian, mesti mereka ada cara bagaimana untuk menunaikannya kan? Tidak guna seseorang yang berimpian tetapi tidak mahu mencapai impian yang diimpikan.

Ada orang...IMPIAN nya untuk menjadi kaya, ada yang ingin belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi demi mencapai cita-cita, ada yang ingin ada bisnes sendiri dan ada juga yang ingin menjadi pekerja yang cemerlang. Apa pun impian kita, berpaksilah kepada jalan Allah. Antara perkara-perkara yang boleh kita lakukan untuk menunaikan impian kita adalah dengan:

1~ Focus terhadap apa yang kita inginkan, once kita dah decide apa yang kita mahu, kita mesti berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan. Dalam hal ini, kata-kata negatif dari orang lain kita tolak tepi, yang perlu dilakukan hanya FOCUS.

2~ Kerjakan/membuat tindakan terhadap apa sahaja yang telah kita focuskan dengan impian kita itu. Tindakan yang kita buat akan mempengaruhi kecapaian impian yang telah kita focuskan tadi.

3~ Usaha...usaha penting supaya perkara yang kita buat tidak terhenti separuh jalan. Dugaan dalam kehidupan ini pasti ada, begitu juga dugaan dalam mengejar impian kita. Kita perlu berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya. Kejayaan tidak akan datang sendiri sebaliknya kita harus berusaha untuk memilikinya.

4~ Berserah dan bertawakal kepada Allah. Setiap usaha yang kita lakukan, kita wajib melakukannya kerana Allah. Berserah dan tawakal membawa maksud kita memohon kepada Allah dan memanjatkan doa agar apa yang kita lakukan mendapat redha Allah dan memohon supaya Allah permudahkan segala yang kita lakukan. Sebab itu, ada  hadis yang mengatakan, "senjata utama seorang mukmin adalah DOA". Berdoalah dan mintalah apa sahaja kepada Allah, nescaya akan Allah kabulkan.

5 ~ Ikhlas...bab ikhlas ni agak susah untuk dipraktikkan. Kenapa mama kata begitu? sebab ada orang yang mengatakan dia ikhlas tetapi di dalam hati masih berkata-kata. Allahu, agak sukar untuk melakukan ikhlas. Sebab tu ada hadis yang menyebut "bila kita bersedekah dengan tangan kanan, tangan kiri tidak tahu pun kebaikan yang telah kita lakukan". Nak mencapai tahap ini bagi mama agak sukar, sebabnya kita sebagai manusia memang suka bercerita. Membawang lah katakan. Dengan medium komunikasi yang tiada sempadan, ye mungkin orang melihat kita nak show off tapi sebenarnya hanya orang tu sendiri yang tahu samada itu untuk ditayangkan atau untuk memberitahu kepada orang supaya mereka juga boleh membuat macam kita. Hal sebegini adalah sesuatu yang sangat subjektif kerana pemikiran setiap manusia tidak sama. Ada yang memandang sebagai positif begitu juga sebaliknya. Yang penting, nawaitu kita kena betul.

6~ Bersyukur dengan setiap apa yang telah ditetapkan. Apa sahaja yang kita impikan, ada masanya cepat je kita dapat. Kadang-kadang, apa yang kita mahu, ada juga yang kita tidak dapat. Cepat atau lambat terkabulnya keinginan kita, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita harus percaya bahawasanya Allah akan memberi kita at "the right time and the right place". Berusahalah selagi kita termampu, bergantung haraplah kepada Allah yang Maha Pencipta.

Itu saja coratan mama buat pagi ini. Musim-musim hujan ni perut asyik lapar je kan. haha. Semoga pengisian ini mendapat manfaat untuk semua.

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 26 September 2018

Hari ini hari Rabu

Assalamualaikum semua.

Haa, amekkaw tajuk hari ni, memang hari Rabu pun kan. Tak tahu nak cerita apa kan. Macam biasa, anak-anak masih menghadap paper UPSR mereka. Esok paper Sains. Pas ni boleh berehat seminggu sebelum bersambung dengan peperiksaan UPSRA. Boleh rehat ke? Eh !...Menjaga anak-anak lelaki memang tak sama dengan anak perempuan. 

Oklah, setiap kali mama balik rumah je, mesti tanya dak kembar, macamana peperiksaan hari ini. Semalam paper English.

Mama : Camne periksa, boleh jawab tak?

Imin : emmm, aaaaa...boleh lah tapi imin rasa macam gagal lah

Mama : Aik, kenapa pulak? Baru satu paper dah cakap gagal...esok jawab elok-elok ye

Iman : Iman boleh jawab. Iman rasa macam betul je. Mama tahu tak, Iman main ROBLOX kan, banyak membantu tau..Iman belajar Bahasa Inggeris kat situ.

Mama : Eh ! 😠 (dalam hati ada betul jugak, sebab dorang ni masa main ROBLOX, ada jugak tanya apa maksud sesuatu perkataan tu) hmmmmm

Camne tu? Kang dibagi main games ROBLOX, dah tak boleh nak buat keje lain. Tapi at least ada jugaklah bebudak ni belajar bahasa masa permainan tu. Aduhhh...mama dalam dilema.
Apa-apa pun no gadget sepanjang peperiksaan. Focus walaupun mama tahu takat mana kemampuan anak-anak mama. Mama doakan yang terbaik untuk korang. Aamiin

Jumpa lagi, sayonara !!