Sabtu, 25 Julai 2020

Kerana Satu Ayat

Assalamualaikum semua...

Selamat berhujung minggu. Apa planning korang hari ini? Masa bersama keluarga tersayang, jom lah kita luangkan masa bersama-sama. Kelmarin mama dah grab promo sushi king bersama bff, semalam anak-anak pula. Tapi disebabkan dak kembar yang sorang tu demam, dia tak ikutlah semalam & hari ini minta mama bawakkan dia pulak...😅 Hari ni last promo sushi king yang 1 pinggan RM3 tu...nampak gayanya kena repeat lagilah nampaknya. Haha...


Bukan mudah untuk menjaga persahabatan apatah lagi hendak menjaga hati semua orang. Terkadang apa yang kita lalui tidak sama dengan orang lain. Setiap orang menjalani kehidupan yang berbeza-beza kerana pengalaman inilah yang melahirkan kepada keindahan kehidupan kita sehari-hari. Andai setiap orang mempunyai sejarah yang sama, bagaimana kita hendak merasai kenikmatan hidup di dunia ini. Sesungguhnya pengalaman itu mematangkan fikiran.

Andai sesuatu itu bukan milik kita, mengapa kita harus memikirkan yang bukan-bukan. Ikut aje lah percaturan alam yang telah Allah rencanakan. Setiap pertemuan dan perpisahan itu telah ditakdirkan. Walaupun terkadang kita menemui orang yang salah, tetapi kehadiran mereka dapat membuka minda kita kenapa kita berkawan dengan mereka dan daripada perkenalan itu dapat kita jadikan iktibar untuk kita melangkah dengan lebih jauh lagi. Setiap pertemuan itu membuatkan aku terfikir mengapa dan kenapa? Dan terkadang ia mengganggu ketenteraman hidup yang selama ini aku rasakan sangat selesa. Mungkin Allah ingin menunjukkan aku bahawa hidup ini indah, maka laluinya dengan penuh rasa kesyukuran. Kehadiran orang-orang disekelilingmu banyak memainkan peranan dalam aku menjalani kehidupan ini, dan bukalah minda untuk menilai yang baik dengan yang buruk. Sesungguhnya kehadiran mereka, samada untuk memberi kita kesedaran mahupun pengalaman yang sangat berharga. 

Teman...kehadiranmu memberi keindahan dalam hidupku. Sesuatu yang patut aku syukuri kerana pertemuan ini banyak mengajarku erti kasih sayang yang sejati. Kerana keikhlasan itu dapat aku rasakan, aku akan berusaha untuk tidak menyakiti hatimu lagi. Maafkan aku.

Ok lah, nak tulis apa pun dah blur pagi-pagi ni. Sambung nanti aje...

Jumpa lagi, sayonara !!


Khamis, 23 Julai 2020

No Words

Assalamualaikum semua...

Berkata seorang teman, hidup ini adakalanya suram, adakalanya gembira. Andai kesuraman itu menyelubungi hari-harimu, carilah sesuatu perkara yang boleh menggembirakan hatimu. Ya, aku setuju dengan kata-kata itu tetapi sesuatu yang agak sukar diterima apabila kesuraman itu menyelubungi jauh di sudut hati.

Benarlah kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Andai ketentuan takdirku begini, aku menerimanya dengan pasrah. Walupun terkadang hati ini berat untuk menerimanya, namun aku cuba untuk redha. Redha dengan ketentuan ilahi.

Sesungguhnya, takdirku telah ditetapkan begitu maka aku harus menempuhnya dengan tabah. Tabah dan redha telah menjadi sebati dalam hidupku. Walaupun siang hariku dilalui dengan senyum dan tertawa, namun malamku terkadang dihiasi dengan linangan air mata. Perasaan itu terkadang hadir tanpa disengajakan. Bukan hendak membuai rasa tetapi rasa sepi itu lebih menguasai diri. Rindu yang paling sarat adalah rindu pada orang yang tidak mungkin akan kembali dalam hidup kita. Kerana cinta itu, kerana sayang itu, kerana kasih itu masih utuh, aku masih sendiri menjalani kehidupan ini walaupun aku mempunyai teman yang sudi meluangkan masa dan waktunya untukku. Terima kasih teman kerana sangat-sangat memahami diri ini.


Hidup ini adalah landasan untuk menuju syurga Allah. Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati. Aamiin

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 22 Julai 2020

Hatiku Milik Mu

Assalamualaikum semua...

Moga hari-hari mendatang membawa keceriaan dalam hidup kita. Aku seperti biasalah, menjalani kehidupan ini seperti biasa. Akulah ketua keluarga, akulah supir, akulah bibik dan segalanya aku lah bagi anak-anak. Moga apa jua yang aku lakukan mendapat redha Allah. Menjaga amanah yang telah dikurniakan ilahi, mengajar aku erti ketabahan, kesabaran, dan yang paling beerti buatku ialah pengalaman hidupku dalam menjalani liku-liku kehidupan ini.

Ya Allah...
Sesungguhnya hati ini milik Mu
Sesungguhnya diri ini milik Mu
Sesungguhnya hidupku ini untuk Mu

Aku hidup kerana Mu
Dan matiku juga kerana Mu
Maka...
Kau matikan aku dalam iman
Tetapkan imanku
Aku takut Ya Allah
Andai aku tidak sempat bertaubat kepada Mu
Aku takut akan murka Mu
Sayangilah aku Ya Allah
Lindungi aku dari hasutan syaitan

Ya Allah
Sesungguhnya setiap yang berlaku dengan izin Mu jua
Maka Kau permudahkan langkahku
Kau permudahkan segala urusanku
Jauhkan aku dari mereka yang mencemburui aku
Jauhkan aku dari mereka yang ingin mengambil kesempatan terhadapku
Jauhkan aku dari hasad dengki manusia
Peliharalah aku Ya Allah
Peliharalah anak-anakku Ya Allah
Peliharalah seluruh keluargaku
Peliharalah orang-orang yang aku sayang

Ya Allah
Hanya Kau yang mengetahui hatiku
Hanya Kau yang memahami aku
Jangan Kau bolak balikkan hatiku dengan perkara yang tidak baik
Tetapkan hatiku untuk mencintai Mu Ya Allah

Subhanallah
Alhamdulillah
La'ilahaillallah
Allahuakbar

Ya Allah
Perkenanankan hajatku...
Aamiin Ya Rabbal'alamiin



Jumpa lagi...sayonara !!