Assalamualaikum semua...
Selamat berhujung minggu. Apa planning korang hari ini? Masa bersama keluarga tersayang, jom lah kita luangkan masa bersama-sama. Kelmarin mama dah grab promo sushi king bersama bff, semalam anak-anak pula. Tapi disebabkan dak kembar yang sorang tu demam, dia tak ikutlah semalam & hari ini minta mama bawakkan dia pulak...😅 Hari ni last promo sushi king yang 1 pinggan RM3 tu...nampak gayanya kena repeat lagilah nampaknya. Haha...
Bukan mudah untuk menjaga persahabatan apatah lagi hendak menjaga hati semua orang. Terkadang apa yang kita lalui tidak sama dengan orang lain. Setiap orang menjalani kehidupan yang berbeza-beza kerana pengalaman inilah yang melahirkan kepada keindahan kehidupan kita sehari-hari. Andai setiap orang mempunyai sejarah yang sama, bagaimana kita hendak merasai kenikmatan hidup di dunia ini. Sesungguhnya pengalaman itu mematangkan fikiran.
Andai sesuatu itu bukan milik kita, mengapa kita harus memikirkan yang bukan-bukan. Ikut aje lah percaturan alam yang telah Allah rencanakan. Setiap pertemuan dan perpisahan itu telah ditakdirkan. Walaupun terkadang kita menemui orang yang salah, tetapi kehadiran mereka dapat membuka minda kita kenapa kita berkawan dengan mereka dan daripada perkenalan itu dapat kita jadikan iktibar untuk kita melangkah dengan lebih jauh lagi. Setiap pertemuan itu membuatkan aku terfikir mengapa dan kenapa? Dan terkadang ia mengganggu ketenteraman hidup yang selama ini aku rasakan sangat selesa. Mungkin Allah ingin menunjukkan aku bahawa hidup ini indah, maka laluinya dengan penuh rasa kesyukuran. Kehadiran orang-orang disekelilingmu banyak memainkan peranan dalam aku menjalani kehidupan ini, dan bukalah minda untuk menilai yang baik dengan yang buruk. Sesungguhnya kehadiran mereka, samada untuk memberi kita kesedaran mahupun pengalaman yang sangat berharga.
Teman...kehadiranmu memberi keindahan dalam hidupku. Sesuatu yang patut aku syukuri kerana pertemuan ini banyak mengajarku erti kasih sayang yang sejati. Kerana keikhlasan itu dapat aku rasakan, aku akan berusaha untuk tidak menyakiti hatimu lagi. Maafkan aku.
Ok lah, nak tulis apa pun dah blur pagi-pagi ni. Sambung nanti aje...
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan