Khamis, 2 Julai 2020

Bahagia Dengan Caraku...

Assalamualaikum semua…

Salam Jumaat, semoga keberkahan hari ini melimpah ruah dalam kehidupan kita seharian. Minggu ni nak ke Ipoh pula. Anak-anak buah di sana tak sabar menanti kehadiran atuk, nenek, mak pak sedara & sepupu-sepupunya. Haaa...moh le kita berjalan-jalan sambil cari makan di bandar Ipoh pula.

Gambar kredit to fb

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi. Doa yang baik-baik, in shaa Allah yang datang pada kita juga adalah yang terbaik. Janganlah kita berputus harapan dengan takdir Allah. Anggaplah setiap kejadian yang berlaku di dalam hidup kita sebagai satu hikmah yang Allah sembunyikan untuk mengajar kita erti kehidupan ini.

Gambar kredit to FB

Bila bercakap soal hati...haaa, yang ni memang payah aku nak terangkan. 😂 Aku ni dahlah sejenis yang kalau suka, memang betul-betul suka tapi kalau dah benci, aku akan betul-betul benci ( tapi perasaan benci ni dulu lah, zaman muda remaja dulu...aku kalau dah benci, nak tengok muka orang tu pun aku tak nak...haha) tapi sekarang dah tak de dah...nak benci sapa pulak dah tua-tua ni kan...hehe. Banyak benda lain yang boleh difikirkan dari kau nak memikirkan hal orang lain.

Bila bercakap soal bahagia...ya aku rasa bahagia kerana dikelilingi dengan sahabat yang baik-baik. As long sahabat itu menghormati pendirianku, menjaga hatiku...aku akan terus meneruskan perhubungan ini. Kerana takdir Allah, kita bertemu dan berbual mesra, aku anggap itu adalah sesuatu signal yang Allah beri untuk aku merasa secebis bahagia dalam meneruskan sisa kehidupan yang ntah berapa lama lagi. Walaupun ada kalanya aku merasa tidak selesa tetapi aku cuba untuk meneruskan perkenalan ini kerana hadirmu memberi ruang dalam hatiku untuk aku mengecapi rasa bahagia itu. Benarlah orang kata, perasaan suka pada seseorang itu, tidak semestinya kita boleh memilikinya tetapi setidak-tidaknya kehadirannya membawa seribu makna dalam hidup ini. Terima kasih teman kerana sudi melayanku, berbual mesra dan membuatku tertawa. 

Bagi aku, biarlah aku merasa bahagia dengan caraku sendiri. Aku tidak memerlukan simpati sesiapa. Andai keikhlasan itu datang dari hati yang suci murni, kita sendiri akan merasainya. Kerana keikhlasan itu tidak perlu di canang. Hanya kita yang tahu betapa hubungan itu terbina dari hati yang tulus ikhlas. 

Bagi aku, andai mereka tahu...sudah tentu aku akan di tuduh dengan bermacam-macam tuduhan tetapi biarlah ia menjadi rahsia hidup ini. 

Terima kasih Allah atas anugerah-Mu. Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidupku ini adalah dengan izin-Mu jua. Perliharalah aku, sayangilah aku kerana aku insan yang lemah. Semoga perjalanan hidupku mendapat redha-Mu Ya Rahman.

Subhanallah
Alhamdulillah
La'ilahaillallah
Allahuakbar

Sampai sini je dulu ye...sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan