Selamat berhujung minggu bersama keluarga. Minggu ni aku ke Bangsar lah nampaknya. Dah lama tak tidur dengan mak, boleh lah temankan wali keramat tu hari ini. Mesti banyak benda nak cerita tu...aku kan pendengar yang setia...hahaha
Gambar kredit to FB
Akhirnya dapat jugaklah aku menghirup udara pantai petang semalam. Terima kasih teman kerana sudi menemani diri ini. Andai takdir itu menemukan kita, aku harap dirimu sentiasa berbahagia di samping orang-orang yang tersayang. Hidup untuk menyayangi dan disayangi. Aku tidak tahu kenapa diri ini merasa tenang bila di sampingmu dan aku harap perkenalan ini mendapat restu dari yang Esa. Menerimamu sebagai sahabat dan teman, mengisi kekosongan jiwa ini. Aku sangat-sangat menghargai dirimu kerana memahami diri ini.
Bahagia adalah pilihan dan kerana hidup ini indah, aku ingin merasakan kebahagian itu. Walaupun aku tidak suka dengan caraku, tapi aku tidak berdaya untuk melawan takdir-Nya. Aku menerima ketentuan itu untuk mendidik hati ini bahawa, tidak semua yang kita inginkan akan kita perolehi, tetapi selagi keberbatasan itu kita jaga, in shaa Allah...aku yakin ada sesuatu yang Allah akan berikan satu masa nanti. Aku sangat bersyukur kerana perkenalan ini tidak melekakan aku bahkan mendekatkan diriku pada Pencipta. Allahu, betapa kasih sayang Allah itu begitu luas, sehingga Dia hadirkan insan yang sangat memahami diriku, anak-anak yang baik dan manja dan keluarga yang sakinah. Aku tahu, berjayanya kehidupan aku hari ini adalah berkat doa mak abah dan mereka yang telah mendoakan aku dalam diam.
Teman…
Andai kau tahu, perkenalan ini seperti langit dan bumi, andai tidak dapat bersama ia terasa tetap di hati. Perhubungan ini seperti ombak dan pantai yang tidak akan terpisah, andai ada kekurangan, dia akan tetap berdiri disebelah untuk menyokongmu dari belakang…Aku mengenalimu kerana takdir yang telah tersurat dan kita tidak tahu apa yang tersirat, cuma yang pasti, niatku berteman denganmu bukan hanya untuk mengembirakan hatiku tetapi ada sesuatu yang sampai kini tidak aku bertemu jawapan…Kenapa kamu? Namun, andai perkenalan ini terbina dari hati yang tulus suci, aku akan terus disampingmu sehingga diri ini tidak diperlukan lagi.
Teman…
Mengapa ada rindu yang bertamu? Mengapa ada rasa sayang? Terkadang aku sendiri tidak mengerti dengan perasaan ini. Namun, aku tidak berdaya untuk menidakkan rasa ini. Hanya aku dan kau sahaja yang tahu. Aku harap kita masih seperti dulu...berbual, bergurau dan menjadi teman hingga akhir nafas ini.
Nota hati : Bila hati berbicara, ntah mengapa ada debaran yang terasa, sesuatu yang sudah lama tidak aku rasakan.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan