Assalamualaikum semua...
Salam tahajud dua rakaat dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Hujan rahmat di pagi hari. Marilah kita sama-sama berdoa agar hidup kita diberkati Allah SWT.
Bercerita mengenai Raya Aidiladha ni, ataupun dikenali dengan raya korban...kisah Nabi Ibrahim yang mendapat wahyu untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail dan kerana ketaatan Nabi Ismail, maka Allah gantikan dengan seekor kibas @ binatang korban. Agak-agaklah jika benda ni berlaku kat kita macamana? Tiada seorang bapa yang sanggup untuk menyembelih anaknya sendiri. Tapi sebab ini perintah dari Allah, maka mereka menurutinya. Subhanallah, betapa ujian para nabi begitu besar. Kita ni baru je Allah uji sedikit, dah tak tentu arah rasanya. Allahuakbar...
Hidup di dunia ini semua memerlukan pengorbanan. Bermula dari bapa, ibu, anak-anak...semua ada peranan masing-masing. Seorang bapa yang mencari rezeki buat keluarga, betapa setiap titik peluh yang keluar untuk menyara keluarga itu, moga Allah membalasnya dengan kebaikan. Begitu juga dengan ibu yang mendidik dan menjaga makan minum keluarga, memastikan setiap hari makanan telah tersedia, baju telah berbasuh, mengemas rumah dan bermacam lagi. Anak-anak pula mempunyai tanggungjawab yang lain...iaitu belajar dan mentaati perintah ibu bapa. Setiap dari kita perlu melakukan kerja masing-masing mengikut lumrah alam.
Pengorbanan ketua keluarga dalam mencari rezeki yang halal bukan mudah. Ia memerlukan ketahanan fizikal yang kuat untuk menghadapi bidang pekerjaan di luar sana. Tidak kiralah samada kau menjadi director ke, manager ke, supervisor ke waima kuli sekalipun...kerja itu tetap di anggap pengorbanan. Setiap keringat yang diberikan pasti mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan.
Kalau pengorbanan cinta pulak macamana eh? Hahaha. Ada ke orang yang sanggup berkongsi kasih sayang. Hidup kita hanya pinjaman di dunia ini. Akhirat sana yang kekal abadi. Maka, carilah akhirat dulu dan kemudian dunia yang akan mengejar kita.
Aku tidak mahu bercakap soal pengorbanan kerana terlalu banyak yang Allah beri. Dari kecil, aku melihat pengorbanan abah dan mak yang membesarkan kami lapan beradik. Mendidik dan memberi kami kecukupan dalam hidup seharian. Bila dah besar dan berkahwin, rasa lah bagaimana nak membesarkan anak-anak sendiri. Satu pengalaman yang cukup berharga. Susah senang hanya aku dan arwah yang tahu. Dan kerana aku tidak suka mengungkit kisah lalu, aku sangat bersyukur kerana Allah telah meminjamkan aku seorang suami yang baik, yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Terima kasih Allah atas anugerahMu.
Dan diwaktu ini, aku telah ditemukan dengan seorang teman yang banyak mengajar aku erti kehidupan juga. Kehadirannya mengisi kekosongan hatiku walaupun kami sekadar teman. Andai berjodoh macamana? Amekaw...hahaha. Kerana aku tahu rasa ini, aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa. Biarlah ia menjadi rahsia hati.
Ok lah...nak subuh dah ni. Diluar sana masih hujan. Jom submit doa, mana tahu kan, doa-doa kita dikabulkan Allah SWT. Aamiin...
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan