Assalamualaikum semua...
Selamat bekerja pada yang telah lama bercuti. Cuti 3 hari dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga tersayang. Walaupun pagi Jumaat Aidiladha tu hujan turun dengan lebatnya, sambutan perayaan Hari Raya Korban disambut secara sederhana. Nan ado nak pakai baju raya, malas nak gosok baju tapi aku tetap melawa di pagi itu...hahaha. Rugi wei kalau ko mandi tanpa niat aidiladha. Dapat sekali dua pahala mandi hari Jumaat tu. Pertama pahala mandi sunat Jumaat, kedua pahala mandi sunat aidiladha.
Rindu...
Bila kau mengatakan rindu pada orang yang salah...tanggunglah sendiri. Sapa suruh bermain dengan api, nanti terbakar diri sendiri. Sepi itu lebih baik andai kita tidak mahu melukakan diri sendiri. Ia bukan soal perasaan orang lain, tetapi ia adalah perasaan diri sendiri. Biarlah orang hendak menganggap diri kau selfish tapi andai itu yang dapat membahagiakan dirimu, maka sendiri itu lebih baik.
Teman...
Bila keseorangan membuatkan aku terfikir, dalam kehidupan ini, apa lagi yang ingin aku impikan. Aku tidak mengharapkan lebih tetapi aku perlu membuat keputusan demi kebahagiaan diriku sendiri. Andai satu hari nanti aku akan bersama orang lain yang boleh memberikan kasih sayang tanpa berbahagi kasih, aku akan menerimanya. Kerana aku tidak mungkin menyakiti hati wanita lain.

Sungguh, rindu itu sangat pedih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan