Assalamualaikum semua...
Salam tahajud 2 rakaat. Semoga hidup kita diberkati Allah SWT. Marilah kita bersama-sama mencari redha Allah dengan cara kita sendiri. Kerana hidup masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah yang luas ini.
Kehidupan dengan redha Allah, akan menjadikan hidup kita terasa sangat bahagia. Minta lah apa sahaja, akan Allah kabulkan setiap doa kita. Tidak kira cepat atau lambat doa kita termakbulkan, setidak-tidaknya, bermohonlah kepada Allah tanpa jemu. Yang penting yakin...bahawa satu masa doa kita akan tertunai.
Aku pernah merasa kehilangan, kehilangan seorang yang sangat mencintai dan dicintai. Perginya membawa separuh dari jiwaku. Bukan mudah untuk aku terima tetapi itu adalah ujian Allah kepadaku sebagai hamba Nya. Kenapa kita diuji? Kerana Allah tahu, kita dapat menangani ujian yang Dia berikan. Anggap sahaja kita merupakan insan terpilih yang Allah sayang untuk di uji. Ujian hidup dapat menjadikan kita lebih tabah, lebih matang dan lebih maju ke hadapan. Anggap sahaja Allah ingin menaikkan martabat kita sebagai hamba Nya. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.
Dan kerana aku pernah berasa kehilangan, maka aku akan menjaga setiap pertemuan yang telah Allah rencanakan. Sesungguhnya apa yang telah Allah tetapkan merupakan salah satu daripada amanah yang perlu kita jaga. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita tidak ketahui. Anggap sahaja, ia merupakan dugaan hidup yang indah.
Teman, tersenyumlah dikala duka. Menangislah dikala gembira. Kita tidak tahu apa yang akan mendatang tetapi kita masih boleh merancang untuk masa akan datang. Hidup untuk merasa bahagia dan kebahagiaan itu adalah sesuatu yang sangat indah. Ia ibarat pantai dan laut yang tidak mungkin akan terpisah. Andai merenung lautan yang terbentang luas itu dapat memberi ketenangan, lihatlah dan rasalah angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Betapa indahnya alam ciptaan tuhan.
Teman, aku akan berdiri disampingmu selagi masih ada kekuatan dari diriku. Aku akan terus menyayangimu selagi masih ada kasihku terhadap dirimu. Kita ditakdirkan bertemu dan kau mengatakan sayang itu boleh dikongsi, maka aku ingin berkongsi kasih sayang darimu.
Semoga kehidupan kita semua diberkati Allah.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan