Assalamualaikum semua...
Moga hari-hari berlalu membawa keceriaan dalam hidup. Kerana hidup ini indah, marilah sama-sama kita merasai keindahannya.
Kebahagiaan itu lahir dari hati yang suci murni. Tidak kira dengan siapa pun kita berkawan, andai ia lahir dari hati yang tulus ikhlas pasti kita dapat merasainya. Ada orang, bila mereka mendapat apa yang dihajati, itu dapat membahagiakan mereka. Ada orang pula, bila mereka memperolehi sesuatu, itu juga dapat membahagiakan mereka. Kerana erti bahagia pada pandangan manusia adalah berbeza-beza mengikut pada penilaian masing-masing. Kaya atau miskin mahupun hidup bersederhana...setiap manusia berhak untuk merasa bahagia. Kerana Allah telah mengajar kita bahawa hidup memerlukan kasih sayang sesama makhluk. Terpulang pada diri untuk melahirkan kebahagiaan itu.
Andai sampainya detik itu, sewaktu kita diuji dengan sesuatu yang tidak kita sangka, maka berbaliklah pada janji Allah. Setiap apa yang Allah turunkan kepada kita, setiap ujian yang kita lalui, pasti akan terselit suatu hikmah yang tersembunyi. Allahu, betapa di waktu ini, pentingnya peranan hati. Hati yang ikhlas akan membuat diri ini tenang seperti lautan luas yang terbentang di depan mata. Ramai manusia yang baik di dalam dunia ini, tetapi untuk mencapai keikhlasan yang sebenar-benarnya amat susah di cari. Sebab itu ada pepatah, "berkawan biar seribu, berkasih biar satu"...hahaha. Ada kena mengena ke? Adehhh
Ok lah, aku tak tahu hati orang. Nak baca-baca pun dah malas nak mikir. Nan ado masa dah nak kaji psikologi manusia walaupun aku teringin nak sambung pengajian master bab psikologi ni. Rasanya buat masa ini, bagi anak-anak selesai dulu persekolahan/pengajian mereka. Tunggu lah kalau aku dah rasa boring sampai tak tahu nak buat apa nanti...baru boleh cadang nak sambung kot. Manalah tahu dapat berkenalan dengan orang baru pulak kan...hahaha. Ade hati ko ayu ðŸ¤
Dua hari lagi genaplah 3 tahun pemergiaan arwah suami tercinta. 19/7/2017 merupakan tarikh keramat di mana arwah meninggalkanku dalam kesepian. Sepi... yang aku sahaja dapat merasainya. Bila mengenangkan kisah lalu, banyak sungguh kenangan terindah yang arwah tinggalkan buatku.
Dalam hidup ini, melayari bahtera rumah tangga, janganlah kerana kesilapan kecil itu kita perbesarkan. Mungkin kesilapan itu mengajar kita untuk lebih matang dalam menghadapi situasi yang mendatang. Dan janganlah kesilapan itu menutup seribu kebaikan yang telah dilakukan. Andai sengketa berlaku, muhasabah semula diri untuk kita mengukur sejauh mana keimanan kita, hubungan kita dengan Allah, pergaulan kita dengan sesama manusia. Betapa takutnya menghadapi kematian, andai diri belum bersedia.
Ya Allah, sampai waktunya...aku juga akan pergi menghadap-Mu. Matikan aku dalam keadaan iman dan takwa. Matikan aku dalam keadaan husnul khatimah. Jagalah aku, ibu bapaku, anak-anakku, keluargaku dan orang-orang yang aku sayang. Bahagiakan kami Ya Rahman.
Moga hidup kita semua dalam keredhaan Allah SWT.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan