Sampai sudah hajat untuk ke Melaka minggu lepas. Tiga hari bercuti tapi rasa tak puas sebab tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Hajat nak ke pantai pun tak lepas lagi ni, dapat tengok dari kejauhan saja. Dia kan, kalau dapat pergi pantai, dapat lepak-lepak melihat terbenamnya mentari petang, merenung air di tengah-tengah lautan tu, menggapai buih-buih dipergigian pantai tu, ah! indahnya lah rasa 😍 Nampak gayanya kena bercuti lagi lah nampaknya. Sapa nak teman ni 🙋...hihihi
Terkadang, suratan yang berlaku dalam hidup kita adalah secara kebetulan. Apa yang berlaku, tetap akan berlaku. Kita sebagai manusia hanya lah seorang musafir yang Allah jadikan bagi mengindahkan alam ini. Baik perlakuannya, maka baik juga lah pengakhirannya.
Terkadang, hal-hal yang berlaku memang tidak pernah kita sangka. Semuanya telah Allah aturkan. Kita ibarat seorang pelakon pentas yang mana kita yang melakonkan sesuatu watak dalam lakonan. Watak yang mempunyai pelbagai karektor yang hanya kita sahaja mengetahuinya. Baik watak lakonan kita, maka persepsi orang terhadap kita pun baiklah, tetapi bila jahat watak lakonan kita, maka persepsi orang akan berubah. Begitulah relate nya perhubungan kita antara sesama makhluk. Tidak semua orang akan suka pada kita atau benci pada kita. Ini adalah kerana, manusia mempunyai pilihan masing-masing, kerana perlakuan dan tingkah laku kita adalah subjektif. Pandangan manusia yang berbeza-beza ini lah yang melahirkan kepada keindahan duniawi.
Terkadang, apa yang berlaku memang telah kita rancangkan. Setiap rancangan yang kita buat, kita telah aturkan mengikut kehendak kita. Sama ada rencana kita itu berjaya atau tidak, hanya Allah yang menentukan. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.
Masa depan yang kita pilih berada di tangan kita sendiri. Bagi aku, aku tidak akan sekali-kali mengkhianati prinsip yang telah aku semai di dalam hati. Walaupun terkadang ia tersasar dari landasan hidup ini. Allah...tolong lah aku, aku mengharapkan belas kasihan dari-Mu. Peliharalah aku, lindungilah aku Ya Allah.
Terkadang...aku terfikir, hidup ini untuk apa? Rasa macam nak pergi jauh dari dunia ini, tapi masih ada amanah yang perlu aku tunaikan. Masih ada harapan yang perlu ku gapai, masih ada sinar yang menanti. Aku harus kuat demi anak-anakku. Mereka adalah amanah Allah untuk aku jaga, untuk aku sayang. Moga Allah redha akan perjalanan hidupku.
Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup ini, sebahagiannya telah dapat aku tempuh. Kehidupan yang penuh liku-liku disebalik wajah yang redup ini. Aku tidak mungkin akan berkongsi rahsia melainkan dengan orang yang aku sayang, walaupun tidak sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya terlepas sedikit beban di hati ini. 😎
Aku bukanlah seorang yang mudah untuk sukakan orang tetapi bila aku dah suka...beruntunglah orang tu...hehe. Tapi tak salah kan kalau setakat suka je…
Dah blurr pulak...sambung nanti lah.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan