Ahad, 7 Jun 2020

Keajaiban Sedekah Subuh

Assalamualaikum semua…

Selamat berhujung minggu. Hari ni nak share sikit lah pasal sedekah subuh ni...aku dapat ni pun dari group wasap kerja, ada member hantar. Tetiba terkesan pulak, dan kami sekeluarga cuba amalkan. Jomlah sama-sama kita praktikkan.

APAKAH SEDEKAH SUBUH?
Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh iaitu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat subuh. Jangkawaktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan memasukkan sedikit wang ke dalam satu bekas secara istiqomah selama 40 hari, 

CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH
1. Sediakan sebuah bekas transparent (pandang tembus) seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)
3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa RM/sen ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda dengan terperinci (untuk dunia dan akhirat)
4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham (doa awal pagi akan diaminkan oleh para malaikat )
5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula terbit (selepas solat subuh) dan sebelum waktu syuruk. Kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak waktu yang paling mustajab, maka segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.

APA NAK BUAT DENGAN DUIT SEDEKAH SUBUH TU?

1. Join Team Sedekah Subuh. Kami membuat projek-projek kebajikan seperti wakaf (sekolah, masjid, Al-Quran, jalan, telaga dan lain-lain), supaya dapat menimbulkan semangat Ukhwah dan hasilnya Nampak secara jelas. Team Sedekah Subuh akan membahagikan sumbangan itu kepada wakaf, sarapan pagi anak yatim dan fakir miskin, serta lain-lain kebajikan. (rujuk facebook : Sedekah Subuh atau Mahawa Pilus)
2. Tuan/puan boleh agihkan sendiri sama ada dalam bentuk tunai atau barangan kepada penerima yang tuan/puan fikirkan layak dan sesuai.
3. Beli makanan kucing, burung dan sebagainya – sedekah kepada haiwan.
4. Beri kepada ahli keluarga, yang termasuk dalam golongan anak yatim atau asnaf iaitu layak menerima zakat.(misalnya sepupu/anak buah)

Bagi sesiapa yang ingin Sedekah Subuh mereka menjangkau pelbagai projek sama ada dalam atau luar negara walaupun sedekah anda hanya sedikit. Jangan ragu-ragu untuk bank in ke MAYBANK NO 562263519387 AKAUN RASMI PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEDEKAH SUBUH. masukkan ke sini dan akan diuruskan oleh team Sedekah Subuh. Buka page SEDEKAH SUBUH @FB Mahawa Pilus atau GROUP MMR DAN SEDEKAH SUBUH untuk melihat ke mana wang anda disalurkan. 
Jazakallahu khaira.

Ok, petikan ni aku ambil dari FB Sedekah Subuh


Permulaan

Sekarang...alhamdulillah

Dah boleh agihkan, semoga istiqomah dalam urusan harian. 😊

Jumpa lagi, sayonara !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan