Khamis, 30 Julai 2020

Pengorbanan

Assalamualaikum semua...

Salam tahajud dua rakaat dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Hujan rahmat di pagi hari. Marilah kita sama-sama berdoa agar hidup kita diberkati Allah SWT.



Bercerita mengenai Raya Aidiladha ni, ataupun dikenali dengan raya korban...kisah Nabi Ibrahim yang mendapat wahyu untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail dan kerana ketaatan Nabi Ismail, maka Allah gantikan dengan seekor kibas @ binatang korban. Agak-agaklah jika benda ni berlaku kat kita macamana? Tiada seorang bapa yang sanggup untuk menyembelih anaknya sendiri. Tapi sebab ini perintah dari Allah, maka mereka menurutinya. Subhanallah, betapa ujian para nabi begitu besar. Kita ni baru je Allah uji sedikit, dah tak tentu arah rasanya. Allahuakbar...

Hidup di dunia ini semua memerlukan pengorbanan. Bermula dari bapa, ibu, anak-anak...semua ada peranan masing-masing. Seorang bapa yang mencari rezeki buat keluarga, betapa setiap titik peluh yang keluar untuk menyara keluarga itu, moga Allah membalasnya dengan kebaikan. Begitu juga dengan ibu yang mendidik dan menjaga makan minum keluarga, memastikan setiap hari makanan telah tersedia, baju telah berbasuh, mengemas rumah dan bermacam lagi. Anak-anak pula mempunyai tanggungjawab yang lain...iaitu belajar dan mentaati perintah ibu bapa. Setiap dari kita perlu melakukan kerja masing-masing mengikut lumrah alam. 

Pengorbanan ketua keluarga dalam mencari rezeki yang halal bukan mudah. Ia memerlukan ketahanan fizikal yang kuat untuk menghadapi bidang pekerjaan di luar sana. Tidak kiralah samada kau menjadi director ke, manager ke, supervisor ke waima kuli sekalipun...kerja itu tetap di anggap pengorbanan. Setiap keringat yang diberikan pasti mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan.

Kalau pengorbanan cinta pulak macamana eh? Hahaha. Ada ke orang yang sanggup berkongsi kasih sayang. Hidup kita hanya pinjaman di dunia ini. Akhirat sana yang kekal abadi. Maka, carilah akhirat dulu dan kemudian dunia yang akan mengejar kita.

Aku tidak mahu bercakap soal pengorbanan kerana terlalu banyak yang Allah beri. Dari kecil, aku melihat pengorbanan abah dan mak yang membesarkan kami lapan beradik. Mendidik dan memberi kami kecukupan dalam hidup seharian. Bila dah besar dan berkahwin, rasa lah bagaimana nak membesarkan anak-anak sendiri. Satu pengalaman yang cukup berharga. Susah senang hanya aku dan arwah yang tahu. Dan kerana aku tidak suka mengungkit kisah lalu, aku sangat bersyukur kerana Allah telah meminjamkan aku seorang suami yang baik, yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Terima kasih Allah atas anugerahMu.

Dan diwaktu ini, aku telah ditemukan dengan seorang teman yang banyak mengajar aku erti kehidupan juga. Kehadirannya mengisi kekosongan hatiku walaupun kami sekadar teman. Andai berjodoh macamana? Amekaw...hahaha. Kerana aku tahu rasa ini,  aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa. Biarlah ia menjadi rahsia hati.

Ok lah...nak subuh dah ni. Diluar sana masih hujan. Jom submit doa, mana tahu kan, doa-doa kita dikabulkan Allah SWT. Aamiin...

Jumpa lagi, sayonara !!



Rabu, 29 Julai 2020

Bersangka Baik dengan Allah

Assalamualaikum semua...

Nampaknya ramai yang dah pulang ke kampung dan ada yang merancang percutian. Selamat bercuti kepada semua dan selamat menyambut hari raya aidiladha. 

Kisah semalam...


Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Walaupun aku duduk dalam kereta sekalipun, jika kejadian yang akan berlaku akan tetap berlaku, nak elak macam mana pun memang tak boleh. Sungguh, Allah masih sayangkan aku. Nasibku semalam baik tetapi nasib uncle yang tunggang moto tu tak baik. Tapi nak buat macamana kan, salah dia sendiri...sapa suruh minum todi...hahaha. Kan dan mabuk.

Ok, perkara yang terjadi itu telah pun berlaku. Setiap kejadian itu pasti ada sebabnya yang tersendiri. Bersangka baik pada Allah. Moga kita semua di dalam peliharaan Rahmat Nya yang Esa.

Hari ini...


Seawal pukul 5 pagi aku dah bangun. Bertahajudlah memohon keampunan dari Allah. Moga Allah memanggilku untuk melakukan ibadah umrah dan haji tahun hadapan. Telah 5 tahun kusimpan hasrat ini tapi masih belum kesampaian. Setiap hari aku berdoa agar Allah menjadikan  aku insan yang paling istimewa ke tanah suci Mekah & Madinah. Moga Allah kabulkan permintaanku. Sungguh hal ini mengajarku menjadi lebih sabar. 

Dan hari ini juga aku niatkan untuk puasa hari Arafah. Semoga dosa-dosaku diampunkan Allah SWT. Pagi ini juga, aku mendapat perkhabaran dari tuan haji, nama anak yang bongsu naik pula untuk ibadah korban pada tahun ini. Berganda-gandalah kegembiraan hati ini sehingga menitis air mata. Nikmat mana lagi yang hendak kau dustakan. Allah berfirman, "jika hambaKu bersyukur, maka akan aku tambahkan lagi nikmat kesyukuran mereka". Subhanallah, betapa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semalam diberi kegusaran hati, hari ini diberi berita yang menggembirakan. Maha Suci Allah yang sangat Pemberi. Terima kasih Allah. Alhamdulillah.

Ok lah, nak gerak ke Melaka pula petang ini. Sahurku di Klang, berbuka puasa di Melaka. Haaaa...bestnya rasa. Kalau diberi kesempatan, boleh lah singgah pantai nanti.

Jumpa lagi, sayonara !!


Isnin, 27 Julai 2020

Merasa Kehilangan

Assalamualaikum semua...

Salam tahajud 2 rakaat. Semoga hidup kita diberkati Allah SWT. Marilah kita bersama-sama mencari redha Allah dengan cara kita sendiri. Kerana hidup masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah yang luas ini.


Kehidupan dengan redha Allah, akan menjadikan hidup kita terasa sangat bahagia. Minta lah apa sahaja, akan Allah kabulkan setiap doa kita. Tidak kira cepat atau lambat doa kita termakbulkan, setidak-tidaknya, bermohonlah kepada Allah tanpa jemu. Yang penting yakin...bahawa satu masa doa kita akan tertunai.

Aku pernah merasa kehilangan, kehilangan seorang yang sangat mencintai dan dicintai. Perginya membawa separuh dari jiwaku. Bukan mudah untuk aku terima tetapi itu adalah ujian Allah kepadaku sebagai hamba Nya. Kenapa kita diuji? Kerana Allah tahu, kita dapat menangani ujian yang Dia berikan. Anggap sahaja kita merupakan insan terpilih yang Allah sayang untuk di uji. Ujian hidup dapat menjadikan kita lebih tabah, lebih matang dan lebih maju ke hadapan. Anggap sahaja Allah ingin menaikkan martabat kita sebagai hamba Nya. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

Dan kerana aku pernah berasa kehilangan, maka aku akan menjaga setiap pertemuan yang telah Allah rencanakan. Sesungguhnya apa yang telah Allah tetapkan merupakan salah satu daripada amanah yang perlu kita jaga. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita tidak ketahui. Anggap sahaja, ia merupakan dugaan hidup yang indah.

Teman, tersenyumlah dikala duka. Menangislah dikala gembira. Kita tidak tahu apa yang akan mendatang tetapi kita masih boleh merancang untuk masa akan datang. Hidup untuk merasa bahagia dan kebahagiaan itu adalah sesuatu yang sangat indah. Ia ibarat pantai dan laut yang tidak mungkin akan terpisah. Andai merenung lautan yang terbentang luas itu dapat memberi ketenangan, lihatlah dan rasalah angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Betapa indahnya alam ciptaan tuhan.

Teman, aku akan berdiri disampingmu selagi masih ada kekuatan dari diriku. Aku akan terus menyayangimu selagi masih ada kasihku terhadap dirimu. Kita ditakdirkan bertemu dan kau mengatakan sayang itu boleh dikongsi, maka aku ingin berkongsi kasih sayang darimu.

Semoga kehidupan kita semua diberkati Allah. 

Jumpa lagi, sayonara !!