Khamis, 21 Disember 2017

Jenjalan Cuti Sekolah

Assalamualaikum semua...

Buat apa tu? Selamat bercuti, selamat bekerja, dan selamat lah semuanya. Mood menulis x mari2 lg ni...bercinta rasanya nak siapkan PSM1 ni..haha. Ntah kenapa penyakit M melanda terus minggu ni. Tak dapat lah nk karang ayat2 cinta, idea ilek 😌😖

Hujung minggu lepas merealisesikan impian mak tercinta nak ke rumah adik di Ipoh. Jom lah mak kita jalan2...kang x de benda pulak budak2 ni nk karang ayat masa buat karangan nnt " aktiviti cuti sekolah"....hehe

Moh layan gambo


Padat ko...merasmikan kete baru hihi. Dak wany punye penangan sampai nenek dia pun dh pandai buat peace yo😄




Singgah makan dulu di RNR Tapah. Request by dak kembar ni nak makan kfc. Masa ni baru 4 hari dorg berkhatan. Jalan sambil pegang seluar ha...lawak tul 


2 1/2 jam perjalanan dr KL...sampai IPOH dah


Di Kem PGA Ulu Kinta, Perak. Tenang je masuk kt kawasan ni


Aktiviti malam minggu - ape lagi kasi kenyang dulu perut ni


Adikku belanja....haha. Bukan selalu kan. Alhamdulillah, lain kali leh lanje lg


Ok, perut pun dah kenyang...kita g Meru pulak, lepak2 & main mainan. Korang tengok dak kembar tu...masa main langsung x rasa sakit wei....elok je dia sampai berlari2. Sampai rumah je terus sakit balik...huhu


Dak yana dgn keretanya. Ini je pun yang dia leh main kan. yg lain tu x sesuai dgn umurnya


Dak wany ni, ko bg motor ni, abis satu taman dia pusing..haha. Apa2 pun anak2 mmg seronok. Mama pun join sama hihi.

Ok. nk bg tips sikit ni...kalau korg g sini, survey2 dulu harga ye sbb lain tempat lain harganya. Masa mama tanye tempat yg first tu, naik motor ni RM25/15 minit, yang kereta kecik tu pulak RM10/15 minit gak. Pastu g tempat lain pulak, dapat lah RM20/20 minit utk motor & RM10/20min utk kereta. Haaa, sib baik x amek yg mula2 tu, dapatlah bebudak ni main lama2 sikit kan + jimat lah duit RM10 sebab sewa 2 motor kan.
Dan 1 lg tips, mak2 ni jgn bwk duit byk2 sbb nnt abis kena paw ngan anak2 haha

Jumpa lagi, sayonara !!

Nota kaki : aku rindu, rindu yang tidak terucap 😢

Khamis, 14 Disember 2017

Khatan Dak Kembar

Assalamualaikum semua..

Lama x jenguk blog ni, perghhh..dah bersawang rasanya haha...
Ntah nape kebizian melanda. Hujung2 tahun ni banyak pulak assignment yang harus disiapkan. Sib baiklah nak mengadap paper final 1 je...itu pun semput dah rasa2 ni.

Cuti sekolah telah 3 minggu berlalu. Belum sempat lagi mama nak penuhi permintaan anak2. Dorang dok sibuk nak tgk cite STARWARS. Tapi sebab anak2 tengah berpantang lagi, kita tunggu sampai dah baik. Ini pun esok mama nak ke Ipoh, rumah adik di sana. Mak teringin sangat nak pergi, gigihlah mama ayu kena drive jugak. Lagi pun, lepas ni kemana-mana pun memang mama yang kena drive kan. Dah tak jadi co-pilot 😢😢. Nak tido pun dah x boleh....

ok lah, jiwa kena kental hokey...semangat kena KUAT.

Ini kejadian hari ahad yang lepas.



Muka ada senyum...kita tgk senyuman ni kekal sampai keluar dewan berkhatan ke idak ye😉


Dak kembar & rifqi


Tengah tunggu giliran, sib baik along dah daftarkan dulu, kalau tak..alamatnye lambat lagi lah nak nunggu. Dorg punya giliran no 8,9,10


Tada...selesai dah. Majlis berkhatan ni di buat di Masjid Jamek, Abdullah Hukum Jalan Bangsar anjuran Masjid Saidina Abu Bakar. Sorang bayar RM50 . Kalau x, g klinik swasta sekaran ni, mau dekat2 RM300 sorang.


Tengok muka tu semua, senyum menawan korang ye...selamat berpantang..haha
Makan nasi + ikan bilis je lah korang...tp mama x sampai hati, hari kedua dah bagi makan ayam goreng, tp bg sikit je lah

Selesai sudah anak2 ni berkhatan. Syukur pada Allah kerana dipermudahkan segala urusan. Dak kembar ni memang cekal betul...x nangis pun. Good boy anak2. Nanti dah baik, mama bawak makan shushi king.

Jumpa lagi, sayonara !!


Khamis, 30 November 2017

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum

Pagi yang indah hari ini. Udara terasa nyaman dan sejuk. Allahuakbar, betapa besarnya kasih sayang Allah pada kita semua. Dikesempatan ini, mama ayu nak ucapkan Salam Maulidur Rasul, marilah kita berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhamad SAW. Semoga hidup kita semua diberkati Allah dan Rasul.

Gambar dr group whatsapp


Image result for selawat nabi

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim)

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - (HR Abu Naim)

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- (HR Thabrani)

Jom sama2 kita amalkan selawat nabi.

Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 23 November 2017

Rela dalam terpaksa

Assalamualaikum semua,

Lamanya mama ayu x bersiaran. Bz bebenor lately ni, ntah x tau cmne nk bahagi masa. Korang pernah alami situasi macam ni ke? huhuhu...sama2 lah kita muhasabah diri. Ada masa kita perlu bersendirian, memohon agar Allah memberi kekuatan kepada diri untuk terus hidup di muka bumi ini.

Salam Jumaat yang penuh barakah. Cuti sekolah akan start esok, ke mana hala tujuan korang? Bercuti? Kerja? Makan Angin? JJCM? @ mereput je kt rumah? hahaha..itu ayat paling win mama ayu rasa...bebudak sekrg ni, macam2 ayat depa guna.

Ok lah, berbalik pada tajuk kt atas tu, alhamdulillah..mama telah pun dipanggil oleh Pejabat Tanah Klang untuk urusan Pesaka. Mama ditemani oleh kakak ipar (kaklong) and adik ipar untuk menjadi saksi dlm perbicaraan. Syukur tak terhingga walaupun masih ada yang belum selesai. Pelan2 akan mama ayu selesaikan jugak, in shaa Allah. Setelah habis bicara, semua nilai wang kepunyaan arwah, diserahkan kepada 5 orang anak2 mama. Untuk yang 4 orang tu, semua akan masuk ke Amanah Raya sebab x cukup umur. Kakaknya je lah akan dapat ttp mama sebagai pemegang amanah sbb tahun depan dak Wany  pun nak masuk 18 tahun dah...mama dapat kereta2 yg ditinggalkan. Sebab 2 kereta masih dalam pinjaman bank, mama amek keputusan utk melepaskan kete xtrail arwah. Setelah 4 bulan membuat bayaran bulanan, mama terpaksa jugak trade in kete ni...huaaaaa😢 x larat ko bayo bulan2.
Dulu lain lah, sebab arwah yg bayar semua kereta. 

Pikir punya pikir, Allah dorongkan mama & permudahkan segala urusan mama. Allahu, betapa besarnya kasih sayang Allah. Minta lah dan berdoalah pada Allah, nescaya akan dikabulkan Nya.


Selesai satu perkara, tinggal 2 perkara lagi, rumah & kete saga pulak. Mudah2an urusan ini juga Allah permudahkan. 

Sumber gambar dari google

Doa yang selalu mama ayu baca dan amalkan...zikir dalam kete. Korang cuba amalkan. In shaa Allah, Allah akan sentiasa ada bersama2 kita. Semoga hati ini ditetapkan Allah dalam agama Islam. Ya Allah, matikan aku dalam Islam. Matikan aku dalam iman dan bertakwa kepadaMu. Aamiin

Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 9 November 2017

Memberi dan menerima

Assalamualaikum semua..

Sumber dari google

Pepagi ni mama ayu nak cite sikit pasal memberi dan menerima. Kita ni dari golongan yang mana satu, samada memberi, menerima ataupun kedua2nya sekali. Setiap daripada golongan ini memberi makna yang tersendiri. Kesemuanya mempunyai kelebihan masing2. Golongan memberi atau lebih dikenali sebagai memberi sedekah/hadiah. Teringat zaman persekolahan dulu, mama ayu boleh dikatakan setiap tahun dapat hadiah sebab periksa no 1 sekolah agama. Tok ustaz yang bagi hadiah tu, dia cakap jangan cakap terima kasih masa dia bagi hadiah, sebaliknya ucapkan alhamdulillah. Sehingga sekarang pesanan ini masih terlekat diminda mama ayu. Memberi ini kalau kita fikirkan, ia adalah anugerah dari Allah. Allah menggerakkan hati si pemberi untuk memberi kepada orang lain. Maknanya, pemberian itu datangnya dari Allah SWT tetapi melalui siapa? majikan @ keluarga @ rakan2 dan sebagainya. Sebab itu keberkatan rezeki datangnya daripada Allah jua. Betapa besarnya kasih sayang Allah kerana memberi rezeki kepada kita. Dalam konteks kehidupan kita seharian, ada juga golongan yang suka memberi, tidak kira samada melalui kewangan, makanan, pakaian dan lain2 yang berupa hadiah/sumbangan. Bagi penerima hanya mengucapkan syukur dan mengharap satu hari nanti mereka juga akan menjadi golongan yang memberi.

Menerima pula adalah apabila seseorang memberi apa sahaja bentuk seperti wang/makanan/hadiah kepada kita. Sepertimana Allah memberi sesuatu kepada hambaNya dan kita sebagai penerima. Seseorang yang menerima hendaklah berlapang dada dan menerima pemberian seseorang dengan hati yang terbuka. Hanya doa yang dapat dikirimkan sebagai membalas balik kebaikan yang dilakukan oleh pemberi tadi.

Golongan memberi dan menerima adalah golongan yang ramai sekali di dunia ini. Ini kerana kita suka untuk memberi dan menerima. Contohnya, dalam pergaulan rakan sekerja, ada yang suka belanja rakan2 lain. Di sini maksudnya ada yang memberi, dan ada yang menerima. Hal ini berlarutan kerana kemungkinan pada masa akan datang ada rakan lain pulak yang belanja, maka yang memberi tadi telah menjadi penerima.

Begitulah sikap keterbukaan yang kita amalkan di zaman ini. Anugerah Allah kepada hambaNya, pemberian ibu bapa kepada anak2, pemberian majikan kepada pekerja...semua itu adalah lumrah hidup di dunia ini. Jika kita rasa kita susah, mintalah pada Allah. Allah akan datangkan/kabulkan permintaan kita. Hanya cepat atau lambat sahaja permintaan kita itu dikabulkan, maka teruslah berdoa.

Firman Allah SWT:
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا

“…… dan tidak satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya” (Surah Hud, ayat 6).

Hadis Rasulullah SAW :

يَقُوْلُ رَبُّكُمْ يَا ابْنَ آدَمَ تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِيْ أَمْلَأُ قَلْبَكَ غِنًى وَأَمْلَأُ يَدَكَ رِزْقًا يَا ابْنَ آدَمَ لَا تُبَاعِدْ مِنِّيْ أَمْلَأُ قَلْبَكَ فَقْرًا وَأَمْلَأُ يَدَكَ شُغْلاً


Tuhanmu berfirman, “Wahai anak Adam! Sempatkanlah beribadah kepada-Ku, niscaya Aku akan penuhi hatimu dengan rasa cukup dan Aku akan memenuhi tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam! Janganlah menjauh dari-Ku. Jika demikian, Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan Aku akan memenuhi tangan-Mu dengan kesibukan.” (HR. Hakim, dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahihut Targhib wat Tarhib).


Jumpa lagi, sayonara !!

Selasa, 31 Oktober 2017

Impian dan Harapan

Assalamualaikum semua..

Agak lama menyepi...memang sengaja membzkan diri agar hari2 selepas ini dapat dilalui dengan indah. Korang apa khabar? Diharapkan semua sihat hendaknya. Semoga kita semua di dalam lindungan Allah SWT.

Berbalik pada tajuk kt atas ni. Impian dan harapan adalah dua benda yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama. Setiap orang di beri harapan, pengharapan dalam hidup. Apapun yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, kita masih berharap agar Allah mengurniakan kita sesuatu yang baik dalam kehidupan ini. Harapan menjadikan kita untuk terus maju ke hadapan. Harapan menolak kita untuk terus berharap agar impian yang kita ingini tercapai. Impian merupakan idaman/kehendak yang kita inginkan. Setiap orang memerlukan impian ini. Impian untuk hidup lebih bermakna, disayangi dan menyayangi, impian nak jadi kaya, nak beli kereta besar, beli rumah besar dan banyak lagi lah...

Apapun yang kita harapkan, apapun yang kita impikan, berbaliklah kepada Al-Quran dan Sunnah. Berharaplah kita kepada Allah, kerana hanya Allah sahaja yang dapat memakbulkan impian kita. Keluarga, pekerjaan, urusan bisnes, rakan2 dan orang2 disekeliling kita hanya pendorong kepada harapan dan impian kita. Mudah2an hidup kita diberkati dan direhai Allah. Hidup kita terletak pada redha Allah SWT. Ibarat redha anak terletak pada ibu bapanya, redha isteri terletak pada suaminya, semuanya bergantung pada redha Allah jua. Hanya Allah yang Maha Kuasa, dapat mengabulkan segala permintaan kita.

Subhanallah
Alhamdulillah
La'ilaha'ilallah
Allahuakbar

Semoga terus success !! Sayonara..

Khamis, 19 Oktober 2017

Buat tatapan anak2 ku

Assalamualaikum semua..

Khas untuk anak-anakku. Betapa besarnya PENGORBANAN ayah terhadap kalian semua 😢


9 PERKARA SEORANG AYAH TAK PERNAH BERITAHU KITA

Berikut adalah beberapa perkara yang tak pernah ayah beritahu kita, walaupun mereka dalam keadaan susah sekalipun.

1. AYAH TAK CUKUP DUIT

Setiap bulan, mereka akan memikirkan keperluan rumah, keperluan dapur, anak-anak, isteri, dan akhir sekali barulah keperluan mereka.  Kita mungkin tak tahu, dalam poket ayah cuma ada RM10 sewaktu kita telefon minta wang semasa di universiti.

Bila awal bulan, memang seronok dapat gaji. Tapi bila ditolak-tolak kesemuanya, semua harapan untuk membeli apa saja kemahuan mereka terpaksa ditunda lagi. Hinggalah mereka melupakan terus hasrat tersebut sampai ke hari ini.

 2. AYAH KECEWA BILA TAK DAPAT BELIKAN MAINAN YANG KITA MINTA

Ayah mahu gembirakan kita. Kalau boleh, satu kedai mainan mahu diberikan kepada kita. Tapi tentulah ada masanya dia perlu mendidik kita.

Ada masanya pula, kewangan tak mengizinkan. Ayah rasa bersalah sangat bila tak dapat bawa balik mainan yang diminta oleh kita adik-beradik. Kalau dapat duit lebih, benda itulah yang pertama sekali ayah nak beli. Bukan barang lain.

3. AYAH MAHU DEKAT DENGAN KITA

Ayah mungkin nampak kekok apabila berbual dengan kita. Tapi sebenarnya mereka mahu hadir dalam hati kita. Kalau boleh, mereka mahu menghentikan masa supaya mereka dapat sentiasa ada dengan anak-anak dan melihat semua seperti apa yang dilihat oleh mata ibu – langkah pertama kita, perkataan pertama kita, dan berkongsi detik gembira dengan kita.

 4. AYAH DAH CUBA SEHABIS BAIK UNTUK KELUARGA

Kita mungkin tak perasan, ayah buat ‘overtime’ sebab mahu cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita asyik sebutkan. Walaupun mereka sibuk bekerja, percayalah dalam hati mereka kerja tersebut adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuklah kita.

Tapi sebagai manusia, ayah juga pernah tersalah langkah. Mungkin ia menyebabkan kita berdendam, terutamanya kalau ada janji mereka yang tidak ditepati. Entah kenapa, kita rasa ayah tak boleh buat silap. Sedangkan, mereka dah cuba sedaya-upaya, tapi segala ketentuan bukanlah di tangan mereka. Kalau kita sedih, apatah lagi mereka.

5. AYAH PENAT

Ayah penat. Kadang-kadang ayah sibuk ambil dan hantar anak ke sekolah sampai lupa makan tengahari. Ayah jamah saja apa yang sempat. Masalah ayah, kita tak jarang tanya. Sebab kalau tanya pun, mesti ayah kata tak ada. Lama-lama, kita pun lupa nak tanya lagi.

Bagaimana ayah dapat lakukan rutin ini setiap hari, itu rahsia dia. Dengan kudrat itulah ayah membesarkan kita hingga hari ini. Ya, hari ini. Walaupun kita dah kahwin dan berkeluarga, ayah masih tanya sama ada kita cukup makan pakai.

 6. AYAH MAHU KITA JADI LEBIH BAIK BERBANDING DIRINYA

Bila dah dewasa dan bekerja, baru kita tahu tekanan itu datang dari mana. Tapi seingat kita, ayah selalu nampak tenang dan ayah tak pernah mengeluh. Ayah hebat.

Tapi, dia tak mahu kita jadi seperti mereka. Dia mahu kita jadi lebih baik berbanding dirinya.

7. AYAH MAHU KITA BOLEH HIDUP TANPANYA SUATU HARI NANTI

Apa yang ayah larang selama ini ada sebabnya yang tersendiri. Apa yang ayah suruh buat pun samalah juga. Pokok pangkalnya, dia mahu kita boleh berdikari. Mereka tahu kita perlu hidup tanpa mereka satu hari nanti.

Jadi, diharapkan ilmu dan didikan yang diberikan kepada kita dapat menjadikan kita berfikir. Mungkin kita tak faham pada waktu itu, tapi kita akan faham nanti. Apa yang kita nak kata, katalah. Ayah tak risau tanggapan kita walaupun ada masanya dia berkecil hati.

Sebenarnya, bukan dia tak peduli perasaan kita. Tapi ayah berpandangan jauh dan cuba menunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

 8. AYAH TAK MENYESAL KORBANKAN SEMUANYA UNTUK KITA

Apabila ayah semakin tua, ayah lega tengok anak-anak berjaya. Tapi sebenarnya, yang kurang menyerlah pun, ayah sayang juga. Tak ada lebih, tak ada kurang. Kita saja yang menuduh ayah yang bukan-bukan.

Apa pun, ayah tak jemu mendoakan kita setiap hari untuk menampung kekurangan mereka terhadap kita. Ayah tak pernah menyesal berkorban untuk kita walaupun ada masanya kita tidak menjadi seperti apa yang mereka harapkan.

9. AYAH SAYANGKAN KITA

Tiada kata yang dapat menerangkan bagaimana ayah menyayangi kita. Mereka tak pandai menyusun ayat, mereka tak pandai meyakinkan kita melalui kata-kata. Hanya Tuhan yang mampu menilai semua pengorbanan ayah terhadap kita.

 ITULAH PENGORBANAN AYAH!

Kadang-kadang kita memang tak nampak semua perkara ini hinggalah kita dewasa.

Begitu banyak beban dan pengorbanan ayah tidak mungkin terucap dengan kata-kata kerana cintanya terhadap kita. Jadi, hargailah ayah kita walau apa pun sejarah kita dengan mereka. Ayah tidak pernah meminta masa yang lebih....tapi hanya sekelumit masa bersamanya dah cukup...

Alfatihah...selalu lah berdoa untuk ayah & mama, anak2ku

gambar dari google


 

Isnin, 16 Oktober 2017

Adikku Bertunang

Assalamualaikum & selamat pagi

Dah tak mau jiwang2...kehidupan harus diteruskan. Dalam hidup, apa sahaja yang Allah uji tandanya Allah sayang pada hambaNya. Teruslah kita muhasabah diri dan menjadi hamba muslim yang sejati.

Kisah minggu lepas, mama ayu bz sebab nk buatkan gubahan hantaran untuk adik yg bongsu. Sebab adik ni yg bongsu & last akan berkahwin, kita buat special sikit lah. Tapi tak lah special mana pun cuma guna bunga ros merah utk tepak sirih. Biasa mama guna bunga kekwa je tp kalau bunga ros memang idaman kalbu...hehe

Ok lah..jom layan gambar

 Gubahan tepak sireh..nan ado tepaknya tp yang penting ada sirehnya. Buat simple jek asalkan menarik & kemas

Tempat letak cincin...patutnya mama beli 2 tempat cincin tu tapi lupa lak, terbeli 1..so buatlah ape yg ada jek sbb malas nak singgah kedai bunga. 2 tu, 1 cincin merisik & 1 lg cincin bertunang
 
7 dulang dari pihak lelaki ...dok tunggu achik punya kek sampai x sampai2. Ingatkan nak gubah sikit2 tp dah x sempat..yang mane ade je le..

Bila cincin diletakkan di jari manis, tandanya seseorang tu telah pun berpunya. Suka nak dapat ahli baru dalam keluarga

 Sah dah menjadi tunangan adikku Fadhir. Orang kata bertunang ni banyak dugaannya. Banyakkan bersabar yo

 Gabungan hantaran dari pihak lelaki & perempuan
 
 Majlis merisik & bertunang...buat sekali gus. Rupa2nya ada incident kt situ...dorg duk tunggu abah lambat sebab sesat...hahaha, amek ko kul 3 baru mula. Walhal dah keluar rumah sebelum zohor lagi...hehe

 Tunang adikku, Ika with mak & abah

Gambar2 ni mama ayu amek dari fb along sebab mama x pergi pun, iddah ku belum berakhir. Tumpang gembira bila orang2 disekelilingku gembira. Dari jauh ku kirim doa agar majlis berjalan dengan lancar. Tunggu next majlis pulak...kawen

Jumpa lagi, sayonara !!
 

Ahad, 15 Oktober 2017

Perginya Oktober...

Assalamualaikum...

Menanti oktober, utk menyambut hari kelahiran en suami. Tetapi Allah lebih menyayanginya. Suamiku pergi tanpa sempat kuucapkan kata2 indah. Selamat tinggal, abang. Moga kita berjumpa lagi di Jannah. Aamiin



TB 19/7/2017

Hari ini, aku berusaha utk pergi awal ke tempat kerja. Banyak kerja yg perlu dilakukan. Semalam pun sampai rumah nk dekat Maghrib. Maklumlah hari ini ada Jamuan Hari Raya di TM Bukit Raja. Bukan saje ade jamuan, tp disertakan sekali dgn internal audit ISO. Macam biasa setiap tahun, bila ada audit je mmg super bz lah kan nak kena siapkan segala dokuman. Tp dokumen yg aku pegang x byk mane pun...2 jek..hehe

Sampai je di opis, belek2 file kejap, pastu naik kt tkt 1 utk dptkn tandatangan. Rasa2 sape2 je yg buat keje last minit mcm aku ni, fahamlah kot situasinya. 😁 Ok, tak lama pun aku kt atas tu sbb pasni nak kena settlekan utk jamuan pulak. Jam menunjukkan kul 9.00 pagi. Duduk2 kejap sebelum nak sambung keje, maklumlah dah pakai baju cantik2 kan nk sambut raya...hihi. Tiba2 jam 9.15 pagi, kring! kring! tepon ku berbunyi...

"Assalamualaikum kak, ni kak ayu ke? Saya izwan ni kawan abg wan...saya nak bgtau ni, tp minta akak bertenang ye...abg wan pengsan, ada di klinik"....duniaku seakan berputar, dugaan apakah ini...
"Allahuakbar!!!! ye izwan, mcmane leh jadi camtu" balasku.
"Sekejap kak, Dr. panggil saya, kejap lagi saya call balik" jelasnya.

Terkaku aku seketika,   Allah,Allah, Allah...zikirku dalam hati. Mengharapkan keajaiban dariMu. Semoga suamiku cepat sembuh.

Kring!Kring!..panggilan yg amat ku tunggu, tak sampai 10 minit berbalas kembali. 

"Kak...saya harap akak bawakkan bersabar ye...abg wan dah x de, dia dh meninggal dunia. Dr. dah berusaha untuk buatkan CPR tp Allah lebih menyayanginya"  

"Innalillahiwainnahirojiun...akak minta tolong kt izwan ye, tolong uruskan urusan pengebumian arwah suami akak di sana" 

Subhanallah...subhanallah, betapa derasnya air mata ini mengalir tak mahu berhenti. Masih terbayang2 diruangan mata, dua hari lepas sewaktu suamiku di rumah. Dia mengemaskan rumah sewaktu aku ke kuliah hujung minggu. Menjaga anak2 dan malam minggu tu, dia memasakkan nasi goreng untuk anak2nya. Allah...seperti memberi petunjuk bahawa dia akan pergi, pergi meninggalkan ku buat selama-lamanya. 

Astaghfirullah...suamiku nun jauh di selatan tanahair. Aku tidak boleh di buai perasaan. Anak2 perlu diberitahu, keluarga juga serta jiran tetangga. Banyak yang perlu diuruskan. Lantas telefonku kucapai. Aku telefon kakak suamiku yg sulong, tak berjawab. Aku telefon abangnya utk memaklumkan hal ini. Allahu, sedihnya hati tuhan saja yg tahu. Aku telefon along bagi mewakilkan pihak keluargaku pula. Tak sampai 10 minit, mak call utk kepastian. Air mata tak berhenti2 mengalir, aku perlu kuatkn diri. Aku perlu mencari ketenangan sendiri. Aku perlu kuat. Ya Allah, beri lah aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujianMu.

Berita tersebar jugak di opisku. Semua yang ada di opis, aku minta supaya tidak diberitahu mengenai berita ini. Tunggu sehingga majlis selesai baru boleh diberitahu. 

Ya Allah, seperti mana Kau permudahkan kematian suamiku, Kau permudahkanlah urusannya di sana. Aku mohon Ya Allah, permudahkan urusannya untuk di bawa ke sini untuk dikebumikan. Ku telefon kakak jiranku untuk menguruskan hal pengebumian. Sungguh, ramai yang telah membantu, keluarga, rakan2 sekerja arwah, rakan2ku, jiran2 dan tidak dapat aku balas budi mereka ini. Hanya Allah sahaja yang membalasnya.

Sejam telah berlalu...ku kutip kekuatan yang ada untuk aku drive pulang dan menjemput kesemua anak2 ku disekolah. Aku ke sekolah anakku yang sulong. Setiba di pejabat sekolah, aku diminta utk menulis nama anak di satu kertas. Puas lah kerani pejabat tu cari nama Nursyazliyana tapi tiada nama tu disekolah ni. "Anak puan sekolah disini ke?" " Ye lah, memang sekolah di sini, kenapa?" Sekejap ye, katanya. Ku lihat kerani sekolah tu mencari nama di notice board. "Betulke nama anak puan ni?" "Eh, maaf saya silap tulis, nama anak saya Nursyawany". Sambil menunggu, tiba2 wany pun naik kt atas tangga. "Mama, mama, nape mama datang? Nak bawak wany balik eh". Nampak ceria mukanya. Maklumlah tak pernah mama datang nak jemput awal kan balik sekolah. Dalam perjalanan menuju ke kereta, ku kutip kekuatan utk mengkhabarkan berita ini. "Mama nak bgtau ni, wany bersabarlah...ayah dah x de" Berlinang air mata kami dua beranak. Tapi aku tak boleh di buai rasa, ada lagi 2 orang yg perlu ku jemput di sekolah sebelah. " Wany tunggu dalam kereta, mama nak g amek iman imin pulak". Sampai di pejabat sekolah, isi borang & menapak naik kt tkt 3 untuk jemput si kembar pulak. "Imin, mama ko datang lah" kata kawannya. Tersipu2 iman & imin masa aku mengambilnya. "Nape mama? ni mesti ada ape2 ni sebab mama datang amek iman & imin". Mengomel je dak kembar ni sepanjang perjlnan menuju ke kereta. Sebaik nak sampai ke kereta, ku khabarkan berita duka kepada mereka. Mengalir air mata si imin. Iman macam tak percaya. Budak masih kecil, apa lah yang mereka faham. Mereka belum mengerti apa2.

Sampai di rumah, ku lihat adik perempuanku dah tiba dan sedang mengemas ape2 yang patut. Ruang tamu kosong, segala kerusi meja telah beralih keluar. Adik iparku bersama awie ke surau untuk meminjam tikar." Angah tak bagitau awie lg ke, ayah dia dah x de?" kata adikku. " Angah tak sempat bagitau, angah nak call takut dia terperanjat, angah  ingat nak bgtau depan2", balasku. "owh patutlah dia macam blur je". Tp aku tahu, anakku yg no.2 tu kuat.

"Ya Allah, Kau peliharalah aku & anak2ku. Permudahkan urusan suamiku untuk di bawa ke sini"...hatiku sentiasa berzikir & berdoa agar urusan suamiku dipermudahkan.

Kul 12.00 - "kak, abg azwan perlu dibawa ke hospital, kami tengah tunggu ambulance & buat report polis" "buatlah ape je dik, asalkn arwah dibawa kembali ke sini, akak minta tolong sangat2". Rumahku dipenuhi adik beradik dan saudara mara yang datang melawat. Aku dah tak boleh nak pikir apa, mengharapkan suamikum segera di bawa pulang untuk dikebumikan di sini.

Kul 1.30 - "Ayu, ni firdaus ni, arwah perlu di buat post mortem oleh pihak hospital sebab arwah meninggal di usia yang masih muda, perlu jawapan sebelum kul 2 sebab kul 2.30 Doc dah nak start buat post mortem". Allah, sekali lagi aku diuji. Kalau ikutkan hati, tak perlulah nak buat post mortem bagai, aku nak arwah cepat sampai ke sini tp mengikut nasihat doktor, perlu juga dilakukan demi kebaikan. Sebab nak tahu punca kematian. Setelah berbincang, aku pun setuju. Mengikut doktor, post mortem mengambil masa 2-4 jam. Allah...lamanya. 

"Angah, kalau ikut post mortem, mandi jenazah, kapan semua, mungkin dalam kul 5-6 ptg...keluar dari JB ke Klang amek masa 4-5 jam...kurang2 dalam kul 11 baru sampai. Petang JB org balik keje jem tu. Orang masjid kata kalau lambat sampai, kita kebumikan esok", kata along. Terasa batu jatuh ke bahu. beratnya dugaanku. Allah, kalau diizinkan, aku ingin mengebumikan arwah malam ini juga. Hati terus berzikir mencari penawar utk diriku sendiri.

Masa terus berlalu...4.30 pihak hospital menelefon untuk pengesahan memandikan jenazah. Aku minta arwah dimandikan dan dikapankan di sana. Syukur alhamdulillah, Allah telah permudahkan segala-galanya. Syukur juga kerana arwah mendapat majikan yang betul2 memahami. Aku amat berterima kasih kepada mereka. 

5.30 mendapat perkhabaran van jenazah telah bergerak untuk keluar dari bandar JB. Applikasi wasap yg banyak membantu di zaman teknologi ini. Setiap masa boleh mendapatkan info terkini. Allahuakbar, Allah Maha Besar, Dia mendengar rintihan hambanya. Alhamdulillah Ya Allah, Kau telah permudahkan urusan suamiku.

9.00 mlm - Van jenazah tiba di perkarangan Surau Al Masyur. Disurau malam ni ada tazkirah, sebaik je jenazah sampai, mereka baru nak solat Isyak. Sekali lagi aku mengucapkan syukur kepada Ilahi. Boleh je kalau aku nak arwah singgah sebentar dirumah kemudian di bawah ke surau untuk disolatkan dan ke kuburan. Tetapi aku tidak mahu melengahkan masa dan menyukarkan urusan mereka2 yang telah banyak membantu. Apa yang ada di dalam fikiran ini adalah semoga diberi kemudahan agar arwah dapat dikebumikan malam ini juga. 

Usai solat jenazah selesai, dipanggil kaum keluarga untuk melihat arwah bagi kali yang terakhir. Abang, inilah kali terakhir aku mengucup pipimu. Aku redha atas ketentuan-Nya. Allah lebih menyayangimu abang. Bersemadilah abang dengan tenang, ayang akan memikul tanggungjawab atas amanah yang telah abang tinggalkan iaitu anak2 kita. Sebaik jenazah di usung ke van jenazah untuk ke kuburan, aku pasrah. Tiada lagi insan yang bergelar suami yang akan ada disampingku menemani malamku dan hidupku. Abang, walaupun engkau telah pergi, ingatan ini tidak mungkin dan tidak akan terpadam kerana mengenalimu merupakan moment yang terindah dalam hidupku. Terima kasih Allah kerana telah meminjamkan suamiku untuk tahun2 perkahwinan kami, melayari kehidupan rumah tangga. Kau restuilah rumah tangga kami semasa arwah masih hidup. Jadikan anak2 kami anak2 yang soleh dan solehah dan penyejuk hati kami. Tetapkan iman kami dan berilah kami petunjuk dan hidayahMu. Bimbinglah kami ke jalan yang benar, jalan yang Kau redhai. Aamiin...

 Nota hati : aku rindu...rindu yang tidak terungkap